Nuffnang

Pages

Tuesday 30 August 2011

47
Komen
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri !!


 ASSALAMUALAIKUM..
Gambar dari google
Oleh kerana pada tahun ini kita menyambut lebaran bersekali dengan sambutan hari kemerdekaan maka dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 54 kepada semua rakan blogger semoga lebaran kali ini memberikan kita semua kegembiraan bersama yang tersayang.  

Berhati-hatilah ketika memandu.  Jalan raya bukan milik kita seorang jadi berlaku adillah kepada pemandu lain juga.  Jangan terburu-buru dan banyakkan bersabar serta bertimbangrasa agar semuanya terselamat dari sebarang perkara yang tidak diingini.  Ingatlah orang tersayang sedang menanti kepulangan kita bersama ketupat lemang yang telah tersedia...

Saya juga memohon ampun dan maaf seandainya selama ini ada kata-kata saya yang kurang sesuai untuk ditulis di blog ini atau diruangan komen rakan-rakan.


~ SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI ~

Friday 26 August 2011

9
Komen
"JOM JOIN BLOGLIST CIK IDA"


Assalamualaikum

Jom join bloglist cik ida.. jika berminat klik banner kat atas tu..

Tag :


dan




Thursday 25 August 2011

15
Komen
Zakat Fitrah

gambar dari google
Hukum Zakat Fitrah

Zakat fitrah hukumnya adalah wajib.

Zakat Fitrah Untuk Anak-Anak

Anak-anak yang telah baligh (dewasa), jika mereka mampu mencari pendapatan sendiri, maka zakat fitrah mereka tertanggung atas diri mereka sendiri, bukan atas bapa atau penjaga mereka. Malah tidak sah bapa atau penjaga mereka mengeluarkannya bagi pihak mereka kecuali dengan izin mereka atau dengan mereka mewakilkannya. 
 
Kesimpulannya, bagi anak-anak yang telah dewasa, syarat untuk mewajibkan bapa atau penjaga menanggung zakat fitrah mereka ialah mereka tidak mampu mencari pendapatan sendiri.

Bilakah anak wajib menanggung zakat fitrah untuk ibu-bapanya?

Anak tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi ibu-bapanya kecualilah jika ibu-bapanya fakir atau miskin di mana nafkah sara hidup mereka menjadi kewajipannya ketika itu. Adapun ibu-bapa yang kaya atau berkemampuan, maka zakat fitrah mereka tidak wajib ditanggung oleh anak-anak mereka, akan tetapi ditanggung oleh mereka sendiri. 

Lafaz Niat Zakat Fitrah
1.   Untuk Diri Sendiri
  • "Inilah wang zakat sebanyak...... menggantikan beras yang wajib atas diriku pada tahun ini kerana Allah Taala"
 2.  Untuk Diri Dan Keluarga dan Tanggungan
  • "Inilah wang zakat sebanyak ...... menggantikan beras yang wajib atas diriku dan keluarga serta tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala"
3.   Zakat Yang Diwakilkan
  • "Inilah wang zakat sebanyak ..... menggantikan beras yang telah diwakilkan kepadaku oleh ....... dan keluarga/tanggungannya pada tahun ini kerana Allah Taala"


Wallahuallam..

 Petikan dari : Ust Ahmad Adnan Fadzil

Tuesday 23 August 2011

21
Komen
Kad Raya dari Hira !!

Assalamualaikum...!!!

Kad raya dari rakan blogger ~ Hira

Selamat menjalani ibadah puasa.
 Anda ada dapat kad raya tak tahun ni,  saya dah dapat dari seorang rakan blogger.
 Best ada rakan blogger ni... kalau tak tak ada siapa pon nak hantar kada raya pada saya,
kad raya tu adalah dari gadis comel kat banner di bawah ni..


~ Hira ~       








Rasa terharu pulak bila dapat kad raya, almaklum zaman sekarang mana ada orang nak hantar kad, paling-paling pon hantar SMS je.. tapi bila dapat kad tu rasa macam benar-benar wujud... (lawak lah..) sebab selama ni kan hanya menghadap komputer dan berkata-kata pon hanya dalam hati...

Terima kasih Hira... nanti akak gantung kat dinding eaaa.. heeee

Sunday 21 August 2011

37
Komen
Waktu-Waktu Mustajab Berdoa


 Assalamualaikum...!!
Mungkin kita terfikir waktu yang bagaimana paling sesuai untuk kita berdoa kehadrat Allah SWT.. mudah-mudahan doa-doa kita tu akan dimakbulkan... Insyallah...

Waktu-waktu mustajab berdoa :
  • Ketika hujan
  • ketika hendak memulakan solat dan selepas solat
  • ketika menghadapi musuh dalam peperangan
  • waktu antara azan dan iqamat
  • Ketika iktidal yang akhir dalam solat
gambar iktidal dari google
      
  • ketika sujud dalam solat
  • ketika khatam al-Auran (30 juzuk)
  • sepanjang malam, terutamanya dispertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur
  • sepanjang hari Jumaat
  • kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat
  • antara waktu zuhur dan asar dan antara Asar dan Maghrib


Sumber dari : Solusi

24
Komen
"SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?"


Nak join segmen cik Tia jom klik banner kat atas tu ye...
Tarikh Tutup :  21 Ogos 2011 @ 2 p.m (Ahad - hari ni...)

Saturday 20 August 2011

22
Komen
SEGMEN BEN ASHARI : BLOG PILIHAN SAYA IALAH

Assalamualaikum...!!


Segmen seterusnya dari En. Ben adalah untuk memilih sepuluh blog yang menjadi pilihan saya... Jadi disini dengan bangganya saya telah memilih 10 blog bertuah yang telah saya terjah... jom kita nilaikan bersama...

1.
Suka denga blog ni sebab, tuan punya blog ni masih muda baru berusia 14 tahun tapi boleh menghasilkan sebuah blog yang cantik, kemas dan menarik.  Nampaknya mish apple ni sangat berbakat.

2.
Ratu Qaseh Saifuddin tuan punya blog seorang student MLT yang banyak buat kerja2 lab.... saya tertarik dengan salah satu entri  qaseh adalah tentang cara-cara cacing kerawit dikeluarkan dari usus manusia... eeeee... seram... jika nak tau kisah selanjutnya jom terjah belog beliau.

3.
Blog ni agak menarik juga.  Entri yang disampaikan juga membuatkan saya ingin mengetahui dan membacanya hingga habis.  Salah satu entri yang menarik perhatian saya adalah tentang perkara yang boleh membatalkan puasa..... betul ke kentut boleh membatalkan puasa...?  nak tahu jawapannya jom terjah...

4.
Blog ni pada saya ringan.  Klik terus masuk tak perlu loading.... Besttt... selain tu background pon menarik dengan warna kemerahan + sedikit pink... memikat hati untuk terus membaca dan menjelajah blog beliau.

5.
Mula-mula mengenali blog xila ni saya ingatkan betul2 Paris Hilton... Pada pendapat saya blog xila ringan dan tak menjemukan.  Bila klik terus masuk dan tak sempat nak fikir samada nak pangkah atau tunggu.  Heeee.. Saya doakan xila cepat2 dapat kerja agar kadar pengangguran di Malaysia berkurangan.

6.
Maaf saya tak dapat ambil header blog encikizzul... sebab ada disable right click... Walaupon begitu, saya tertarikh dengan isi kandungan blog ni berinformasi dan ada juga tentang keagamaan.

7.
Blog Kancil 8349 ni menjadi pilihan saya kerana blog ni menyahut seruan kerajaan mengutamakan kenderaan tempatan.  Blog  kancil ni pada pendapat saya ringan bila diklik... tak perlu menunggu lama untuk loading.  Berinformasi dan menarik.

8.
Blog mari membebel milik eqa ni menjadi pilihan saya kerana walaupon ia merupakan sebuah blog baru, tetapi berinformasi dan pemilihan warna yang menarik, ceria membuatkan saya tertarik untuk menjelajah blog eqa.  

9.
Blog pilihan saya yang kesembilan adalah blog amzar syazani.  Walaupon header wajahnya yang berselindung disebalik kamera, namun blog beliau tidak berselindung.  Semua yang dipaparkan adalah entri-entri yang berinfomasi dan berguna kepada yang memerlukan. Menurut firasat saya, Amzar adalah penyokong fanatik Chelsea.

10.
Blog pilihan saya yang terakhir adalah blog bebudakbiasa.  Saya suka dengan background blog ni yang simple dan menarik.  

! ***************************** !

Dah cukup 10 blog yang telah saya buat pilihan.  Walaupon kebanyakannya belum pernah saya kenali dan jejaki, diharap dengan segmen en. Ben ni dapat lebih mengenali kesemuanya....  

12
Komen
BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA

 

Tarikh Tutup : 20 Ogos 2011 (hari ni... @ 2.00 pm)

Friday 19 August 2011

44
Komen
Gadis sekarang cari lelaki tak hensem...

Assalamualaikum...
cilok dari google

Best tak tajuk entri kali ni... nampaknya saham lelaki kurang hensem semakin mahal sekarang ni.. mana perginya lelaki-lelaki hensem kat Malaysia ni... dah pupus ke...

Walaupon ada yang kata muka sipolan tu macam muka pecah pintu, tapi siapa sangka dapat gadis yang kiut miut... dari segi apa agaknya yang menjadi pilihan gadis-gadis comel zaman sekarang ni...

  • harta-benda... wang berjuta
  • ada kereta mewah paling-paling pon macam kereta fomula 1..
  • hati-budi yang tulus mulus... tak pernah marah-marah... tutur kata sentiasa dijaga...(sopannya...)
  • ayat power... sampai tak lena tidur malam terkenangkan ayat2 power tu... 
          atau
  • lelaki yang beriman..... yang mengikut lunas-lunas agama, jaga batas-batas pergaulan dan tidak ter'over' bila jalan sama-sama...
yang mana satu penyebab sebenar yang menjadi ukuran untuk menambat hati cikmek-cikmek kat Malaysia ni ye...

Entri ni tiada kaitan dengan sesiapa ye... kalau ada yang terasa ampun dan maap dipinta...

8
Komen
Segmen Tempek dan Jelajah Blog

 
 Jom join segmen cik Temoyo....klik je banner kat atas tu...
Segmen tempek dan jelajah blog cik Temoyo ni saya suka sebab boleh memperkenalkan blog saya kepada rakan-rakan blogger yang masih belum mengenali blog GA...
dan saya juga boleh mengenali blogger-blogger lain yang join segmen ni... 

 Inilah cik Temoyo... kiut-miut

2
Komen
Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com


Nak join... tekan banner ye...

Tarikh Tutup :  21 Ogos 2011

Tag :

Wednesday 17 August 2011

10
Komen
Segmen : PENDAPAT SAYA IALAH ..


 Nak join segmen Ben Ashaari... jom klik banner ye...

42
Komen
"Jom tambahkan FOLLOWER!"


 Assalamualaikum
Nak join segmen 'Jom Tambah Follower'...blog Aril...! klik banner kat atas ni laju2...
tiada syarat-syarat ketat yang perlu dipatuhi... senang bangat... 
Jom cepat... apa tunggu-tunggu lagi....


7
Komen
Nilailah sendiri...

Pemeriksaan JAIS di DUMC 3 Ogos 2011.  Terima Kasih kepada rakan blogger SCREWKUAT untuk video ini.

Sunday 14 August 2011

15
Komen
SEGMEN: Lagu MERDEKA Pilihan

Jika berminat... klik banner untuk join tau...

LAGU MERDEKA PILIHAN

Suka sangat dengan lagu Saya Anak Malaysia ni... Dulu pernah dinyanyikan oleh dR. Sam.  Bila dengar pasti akan terikut-ikut rentaknya... hehe

17
Komen
Baju Raya

Cantikkan baju kurung ni... tapi ni bukan baju saya... ni saya cilok kat google... 
Hari ni dah 14 Ramadhan bermakna sudah 14 hari kita berpuasa.  Lebih kurang 15 hari je lagi hari raya akan menjelma.  Masing-masing dah tak sabar nak beraya.  Persiapan pasti telah diatur sebaik mungkin.  Baju telah pon ditempah, tak lama lagi baju siap boleh lah pergi ambil.  

Masalahnya.... tangan pasti mengiggil semasa nak membayarnya... betul tak !  Mana kan tidak, harga tempahan pakaian sekarang ni semakin menjadi-jadi pulak naiknya.  Kadang-kadang harga tempah lagi mahal dari harga kain tu sendiri.

Saya ada pengalaman suatu ketika dulu, semasa menghantar kain untuk dijahit baju kurung pada seorang kawan.   Bila baju tu siap, saya tanya berapa harga.  Dia boleh kata, ni harga kawan RM25.00 kalau orang lain RM50.00.  Mak-aiiii... biar betul....  pada pandangan saya bukan susah sangat pon nak jahit baju kurung, boleh pulak nak letak harga macam tu.... 

Oleh kerana saya rasa tercabar oleh kawan saya tu.... maka, saya pon mengagahkan diri belajar sendiri tanpa guru buat baju kurung.  Alhamdulillah..... jadi rupanya.... tak susah pon... dan sehingga sekarang saya tak perlu lagi menempah baju...  last minit pon masih boleh pergi beli kain dan terus jahit.... ahhhhh.... leganya...

Ada juga hikmah disebalik kawan tu letak harga tinggi, mencabar kewibawaan saya untuk cuba buat sendiri.... hehehe... amekkawww....

Friday 12 August 2011

14
Komen
Segmen juadah berbuka kegemaran saya oleh iejjah

Nak join segmen... nak tau syarat-syarat...jom terjah blog iejjah
Nasi Kerabu 
Walaupon saya bukan orang Kelantan... tapi nasi kerabu memang makanan kegemaran.
Nak buat sendiri belum pernah cuba buat... takut tak sedap... hehe (alasan orang pemalas...)
Makanan ni diperkenalkan kepada saya semasa kat ofis lama dulu berkawan dengan eratnya dengan orang Tanah Merah...
Dia suruh cuba dulu... cuba... cuba... akhirnya dah jadi makanan kegemaran pulak... hehe
sebab utama saya suka Nasi Kerabu ni, mungkin disebabkan ada banyak ulam-ulaman didalamnya dan digaul pula dengan isi ikan... hahhhh... nyam... nyam... nyam...
begitulah sedikit sebanyak kisah makanan kegemaran saya ketika berbuka puasa.

Saya nak tag  :




10
Komen
TIDAK PANDAI BERBAHASA



Pernah saya terfikir, kenapa generasi muda hari ini tidak pandai berbahasa? Cakapnya kasar, tidak pandai mengambil hati, tulisnya keras ayatnya pedas. Hingga kadan-kandang ramai yang bosan melayan mereka.

Mungkin ia adalah kesan sampingan teknologi. Jika dahulu, kita banyak berinteraksi dengan manusia, tetapi kini banyak yang bersifat virtual, dengan mesin tanpa jiwa dan rasa. Bercakap dengan skrin!
Maka bahasa yang ditulis semakin pudar daripada seni dan warna. Membaca tulisan pun sudah seperti ungkapan matematik tanpa perasaan.

“Ahh, buang masa sahaja. Janji mesej sampai” alasan yang diberi.

Sedangkan manusia masih memiliki naluri yang sama. Suka pada keindahan bahasa, cenderung kepada pengaruh kata-kata.

Mungkin kerana itu, semakin ramai anak muda yang sesat dalam kehidupan hanya kerana terlalu mudah jatuh ke permainan kata-kata. Cukup sekadar disuntik sedikit rasa, terus rabun dari menilai yang mana intan yang mana kaca.  Sungguh merugikan.

Semakin lama semakin ringkas ayat yang digunakan, hinggakan kadang-kadang langsung tak faham apa sebenarnya yang dimaksudkan.

Bahasa Jiwa Bangsa...


Sebahagian Petikan  dari : saifulislam

Wednesday 10 August 2011

27
Komen
Pencerobohan Privasi di FB

Terjumpa benda ni kat FB... bila ikut semua arahan dibawah ni... memang betul pon terdapat senarai nombor hp semua rakan fb....

Berita terkini !  Amaran !!!
Nombor telefon bimbit semua rakan-rakan anda sedang dipaparkan di facebook ! Ini bukan gurauan...
Sila ke bahagian atas kanan skrin (FB anda) dan klik...
~ Account
~ Edit Friends
~ Contact (di kiri skrin)
Semua nombor telefon bimbit rakan-rakan akan dipaparkan.  Sila copy post ini di status anda supaya rakan-rakan anda mendapat maklumat ini dan memadam semula nombor telefon bimbit mereka untuk mengelakkan PENCEROBOHAN PRIVASI....

Tuesday 9 August 2011

19
Komen
SEGMEN PENGALAMAN BERAYA DI KAMPUNG

Segmen lagi... kalau berminat nak join segmen pengalaman beraya di kampung silalah terjah ke blog Cik Hira yang cute !

Pengalaman Manis
Main Mercun, bungapi dan dapat duit raya... hehe
Duit raya tu hasil dari pemburuan kesemua rumah jiran kat kampung.... berpeluh2... tak ingat nak balik rumah... ada tu sampai tidor rumah jiran pon ada... (tapi rumah sedara le...)  Bila balik rumah, kira berapa pendapatan hari tu... hahaha... seronoknya... esok jalan lagi...

Pengalaman Pahit :   
Tak ada kot... semua best2...

Makanan Wajib :  
Sudah tentu lemang... org Melaka kan terkenal dengan lemangnya... makan dengan rendang ayam, daging atau rendang kerang....

Monday 8 August 2011

19
Komen
Segment Nak Kumpul Link

Assalamualaikum kawan2...
Jom join Segmen Nak Kumpul Link di blog Zeckze.  Jika berminat dan nak mendapatkan syarat2nya bolehlah terjah di  SINI

33
Komen
Wang, Duit, Fulus, Ongkos, Pitih dan sebagainya


foto pinjam dr en google

Saya nak cerita pengalaman seorang kawan kira-kira 5 tahun lepas...

Pernah tak rakan2 mengalami kejadian wang yang dikeluarkan di mesin ATM di setesen minyak atau di pasaraya terkeluar dengan keadaan yang diluar kebiasaan...

Al-kisahnya, seorang rakan telah mengalami kejadian yang sangat menyeronokkan ni... (kalau lah saya yang kena... hehehe..) bestnya...

Dia tekan jumlah wang yang nak dikeluarkan sebanyak RM210....tapi yang dia hairan, duit tu keluar seperti tidak lurus tersusun, tetapi tersangkut-sangkut.... banyaknya... dia pon jadi panik tak tentu hala... kenapa mesin ni mengamuk tak pasal-pasal....banyak sangat dia muntahkan duit...  bila dia kira jumlahnya hampir RM2,000.00.  Hahahaha... 

Kalau terkena pada anda, apakah yang akan anda lakukan.... (soalan cepumas ni...) 
a.  guna duit tu belanja sakan, beli baju, kasut dan handbeg....
b. simpan selama setahun... kalau pihak berkenaan tuntut baru serah...
c. report terus pada bank yang berkenaan... (tapi belum tentu anda dapat habuan atau tak.. hehehe...- nakal...)


Saturday 6 August 2011

53
Komen
Waktu Imsak

Boleh atau tidak makan selepas waktu imsak...

Yang afdhalnya adalah mengakhirkan sahur dan berhenti makan kira2 10 minit sebelum masuk Subuh.. supaya dapat membersihkan diri (gosok gigi daripada sisa makanan) dan bersiap sedia untuk bersolat. Hadis Nabi menyebutkan kira2 50 ayat (dlm 10 minit ke 15 minit) sebelum masuk waktu Subuh.

"Traffic Light" waktu makan masa bulan puasa

Hijau    -    Waktu Maghrib
Kuning -   Waktu Imsak
Merah   -   Waktu Subuh

Selain dari itu sekiranya makanan masih ada di dalam mulut dan tiba2 kedengaran azan subuh, apa perlu kita buat... luahkan atau telan.... ?

Seperti yang diterangkan oleh seorang Ustazah semasa menghadiri tazkirah Ramadhan... "apabila mendengar sahaja azan subuh, hendaklah diluahkan semua yang sedang dikunyah... tak boleh ditelan... sekiranya ditelan maka, terbatallah puasa..."  

Wallahuallam....


"TL" pinjam dr : jejakaterhangat 
Sumber : ustazlove

Thursday 4 August 2011

23
Komen
Setia

Adakah kita seorang yang setia....!!


foto google

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...