Nuffnang

Pages

Wednesday, 30 November 2011

9
Komen
Betul ke......Nazmi alami ‘masalah misteri’

Assalamualaikum  !!

gambar dari Utusan Malaysia
 Rakyat Malaysia sekarang ni sedang hangat memperkatakan tentang Nazmi ni... kehebatan dan ketangkasannya... memang mengkagumkan.  Tapi, bila terbaca kisah dia mengalami masalah tidak boleh beraksi di padang sepanjang 90 minit, terasa agak terkilan dan kesian... harap pihak yang berkenaan dapat membantu Nazmi meningkatkan stamina dan mengatasi masalah yang dihadapi.  Oleh kerana Nazmi masih muda dan kelak menjadi harapan tinggi dari rakyat Malaysia untuk kebangkitan bolasepak negara.
Harimau Malaya

Monday, 28 November 2011

28
Komen
Tak boleh follow... kenapa ye..

Assalamualaikum  !!

Niat hati nak follow tapi tak boleh..
kalau biasanya... bila keluar benda ni maknanya dah follow blog tu... 
tapi macamana pulak, tak pernah follow tapi keluar benda ni pada setiap blog yang saya kunjungi... 
ada sesiapa yang mengalami masalah ni tak !!

9
Komen
Melancong ke Bandung menginap di Orange Home’s

Assalamualaikum !!

Gambar google
Hari 1 di Bandung

Menaiki pesawat Airasia bersama keluarga dari LCCT.  Pesawat mendarat di  Bandar Udara Internasional Husein Sastranegara, Bandung yang mana merupakan sebuah bandar udara yang terletak di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Kemudahan kaunter Imigresen di Bandung tidak sekemas seperti di Jakarta yang lebih teratur dan selesa.  Di sini Cuma terdapat 2 kaunter disediakan.  Satu untuk rakyat tempatan dan satu untuk pelancong.  Bayangkan jika 2 pesawat sekaligus sampai.  Berasak-asak dari pintu masuk terminal lagi.. lebih dua jam untuk sampai ke kaunter imigresennya...  Aduh..   Berpeluh-peluh.  Yang bawa anak kecil tu... menangis sakan ler...

Pastikan mengisi borang yang diberi oleh FA semasa dalam penerbangan diisi dengan betul untuk setiap orang.  Maklumat yang diminta seperti berapa lama lawatan, nama hotel penginapan dan alamat, nombor pesawat dan lain-lain.  Serahkan di kaunter bersama passport dan bording pass.  Saya dan keluarga terpaksa mengisi semula borang kerana terdapat sedikit kesilapan.  Terpaksa ke bilik yang menyimpan borang jauh dibelakang untuk mengambil borang baru dan isi semula.  Kemudian, terpaksa beratur semula... lain kali perlu lebih berhati-hati..

Kami menginap di Orange Home’s Hotel.  Selesa dan disediakan kemudahan yang agak mencukupi.   Disediakan sarapan pagi untuk setiap orang.  Wifi pon ada.  Jika datang ke Bandung lagi saya pasti akan menginap di hotel ni.. 
 

Monday, 21 November 2011

8
Komen
Harimau Muda... Harapan Negara.. !!

Assalamualaikum !!


Moga Harimau Muda melunaskan tugas dengan penuh semangat...!!

Monday, 14 November 2011

8
Komen
Amalan Ibubapa ketika anak-anak sedang menghadapi peperiksaan

Assalamualaikum !!

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG.

Kepada pembaca budiman yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini atau tahun berikutnya. Penulis ada sikit perkara untuk kita kongsikan bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa. Melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah bolehlah melakukan amalan ini agar anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

 Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber asal:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang telah pun bersara iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah semuga perkongsian ini mendapat manafaat dan diberkati Allah s.w.t.


Wasallam.
sumber:MataHati AinulQalbi

juga dari amanirus.blogspot.com

5
Komen
Exam datang lagi..

Assalamualaikum !!

Peperiksaan SPM telah bermula hari ni.  Kepada semua adik-adik yang mengambil exam SPM tu, semoga telah benar-benar bersedia dari segi mental dan fizikal ye.. dan dapat menjawab soalan dengan tenang dan juga berhati-hati semasa membaca soalan.  Jangan lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab.  Kerana exam ni lah penentu masa depan adik-adik.  Samada nak ke menara gading atau terpaksa menamatkan pelajaran dan mula bekerja.  Kakak mendoakan kepada semua adik-adik calon SPM akan beroleh kejayaan yang diidamkan... Insyallah.

Friday, 11 November 2011

9
Komen
Hari hujan

Assalamualaikum !!

Selamat pagi.  Hari ni hari Jumaat.  Pagi ni bergerak ke tempat kerja dalam hujan lebat.  Kalau ikutkan hati tarik selimut lagi baikkkkk.... Bila bergerak dalam hujan, biasanya kenderaan pon bergerak perlahan juga.  Maklumlah di KL ni jalannya banyak lubang... silap haribulan pecah pulak tayar.  Alhamdulillah sempat sampai awal di tempat kerja walaupon dalam hujan...

musim hujan katak benyanyi
gendang ditabuh sambil menari
kenapa katak panggil hujan
sebab hujan dah jadi penyanyi..

(pantun mengarut..)


Sunday, 6 November 2011

5
Komen
Salam Aidil Adha

Asslamualaikum !!

Alhamdulillah saya telah selamat kembali dari percutian.  Segalanya berjalan lancar dan tiada sebarang halangan.  Bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah merahmati perjalanan kami dan melindungi kami dari sebarang kesukaran. Alhamdulillah.

Dikesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua teman-teman yang beragama Islam.  Disini ingin saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap sepanjang saya berblogging. Kita hanyalah manusia biasa yang tak sunyi dari melakukan kesilapan secara kita sedar ataupun diluar kesedaran kita. Yang elok adalah datang dari Allah SWT dan yang kurang elok tu adalah dari kelemahan saya sendiri.
~~ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA ~~
imej google

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...