Pages

Tuesday, 31 May 2011

Cemas....komuter terhenti, penumpang sesak nafas...

Penumpang buka sendiri pintu kecemasan 

komuter terkandas


TERKANDAS...sebahagian penumpang komuter yang terkandas, semalam.
TERKANDAS...sebahagian penumpang komuter yang terkandas, semalam.
KUALA LUMPUR: “Kami terpaksa membuka sendiri pintu kecemasan komuter yang terkandas
berhampiran Stesen Komuter Salak Selatan selepas sesak nafas untuk menyelamatkan diri,”
kata penumpang, Azreen Anuar, 21, yang dalam perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan
(TBS), Kuala Lumpur, semalam.

Azreen berkata, sebelum ini dia jarang menaiki komuter, namun kerana ingin ke TBS
menyebabkan dia terpaksa menaikinya dan tidak menyangka menempuhi saat mencemaskan
sehingga mengalami sesak nafas.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang selepas komuter berkenaan tiba-tiba
berhenti dan bekalan elektrik terputus menyebabkan keadaan di dalam gerabak gelap dan
pendingin hawa gagal berfungsi.

“Saya lihat ketika itu suasana kecoh tambahan ada bayi dan ibu mengandung yang panik.

“Seorang penumpang menghubungi pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) berhubung kejadian
itu dan mereka berjanji akan menghantar bantuan,” katanya ketika ditemui di Stesen Komuter
Salak Selatan selepas berjaya diselamatkan.

Katanya, mereka terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk menerima bantuan
menyebabkan penumpang membuka pintu kecemasan sendiri.


Sementara itu, Penguasa Kanan Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi
berkata, bomba menerima panggilan pada jam 6.16 petang.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, seorang wanita pengsan dipercayai sesak
nafas dan pihaknya menghubungi ambulans sebelum mangsa dihantar ke hospital.

“Seramai 500 penumpang yang terkandas di dalam komuter terbabit berjaya diselamatkan.

“Komuter terbabit terhenti tiba-tiba kerana mengalami masalah teknikal dan bomba berjaya
mengeluarkan mangsa tidak sampai sejam,” katanya.

Sumber  :  Harian Metro






12 comments:

  1. actually KTM memang slalu berhenti x pasal2 je. dlu penah kena tapi x sampai parah camnie ..

    ReplyDelete
  2. bhye gak ek nek komuter ni..haih..cuak2

    ReplyDelete
  3. bahaye... nasib ada org yg kuat nk bukak pintu tuh... kalo x kelemasan semua penumpang...

    ReplyDelete
  4. bahaya nye..nasib baik xpernah berhadapan ngn situasi cmni lg

    ReplyDelete
  5. wowowowooo..takutnye kalau jadi gini..

    ReplyDelete
  6. kalau yg memang ada asthma tu... jangan lupa sentiasa bawa ubat pelega kemana-mana pon... malang tak berbau....

    ReplyDelete
  7. huuuuu...tu laa...komuter salu cm tu kot....rase mlas nk nek...tp lau dh trpksa nek jugak....mtak simpang...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete