SALAM RAMADHAN
Telah masuk hari kelapan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Setiap hari di Jabatan tempat saya bertugas dipenuhi waktu rehat dengan Tazkirah Ramadan oleh Ustaz-Ustaz jemputan. Tidaklah sia-sia waktu rehat selama sejam.
Peluang yang disediakan untuk menambah barakah bulan Ramadan ada juga yang mensia-siakan. Ruang yang besar di dewan yang tersergam indah hanya terisi tak sampai beberapa baris sahaja. Masih ada yang lebih mengutamakan tidur dari datang mendengar Tazkirah. Tapi mungkin juga mereka ada urusan lain.
Saya tabik spring pada Ustaz yang sudi datang untuk menyampaikan kuliah. Walaupon kurang sambutan tetapi tetap bersemangat untuk menyebarkan syiar Islam... Terima kasih Ustaz...