Nuffnang

Pages

Friday 2 December 2011

8
Komen
SBPA... bila nak keluar ni..

 Assalamualaikum  !!

 Sedang hangat dipasaran.  Semua pegawai perkhidmatan awam sedang menantikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.  Pekeliling yang dinantikan masih belum dikeluarkan lagi.  Pegawai yang berada di Unit Sumber Manusia sedang sibuk sediakan maklumat-maklumat terkini tentang gred jawatan, gaji terkini dan TPG pegawai.  Opsyen yang akan dikeluarkan pula akan dilakukan secara online.  Tunggu je lah...

Wednesday 30 November 2011

9
Komen
Betul ke......Nazmi alami ‘masalah misteri’

Assalamualaikum  !!

gambar dari Utusan Malaysia
 Rakyat Malaysia sekarang ni sedang hangat memperkatakan tentang Nazmi ni... kehebatan dan ketangkasannya... memang mengkagumkan.  Tapi, bila terbaca kisah dia mengalami masalah tidak boleh beraksi di padang sepanjang 90 minit, terasa agak terkilan dan kesian... harap pihak yang berkenaan dapat membantu Nazmi meningkatkan stamina dan mengatasi masalah yang dihadapi.  Oleh kerana Nazmi masih muda dan kelak menjadi harapan tinggi dari rakyat Malaysia untuk kebangkitan bolasepak negara.
Harimau Malaya

Monday 28 November 2011

27
Komen
Tak boleh follow... kenapa ye..

Assalamualaikum  !!

Niat hati nak follow tapi tak boleh..
kalau biasanya... bila keluar benda ni maknanya dah follow blog tu... 
tapi macamana pulak, tak pernah follow tapi keluar benda ni pada setiap blog yang saya kunjungi... 
ada sesiapa yang mengalami masalah ni tak !!

9
Komen
Melancong ke Bandung menginap di Orange Home’s

Assalamualaikum !!

Gambar google
Hari 1 di Bandung

Menaiki pesawat Airasia bersama keluarga dari LCCT.  Pesawat mendarat di  Bandar Udara Internasional Husein Sastranegara, Bandung yang mana merupakan sebuah bandar udara yang terletak di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Kemudahan kaunter Imigresen di Bandung tidak sekemas seperti di Jakarta yang lebih teratur dan selesa.  Di sini Cuma terdapat 2 kaunter disediakan.  Satu untuk rakyat tempatan dan satu untuk pelancong.  Bayangkan jika 2 pesawat sekaligus sampai.  Berasak-asak dari pintu masuk terminal lagi.. lebih dua jam untuk sampai ke kaunter imigresennya...  Aduh..   Berpeluh-peluh.  Yang bawa anak kecil tu... menangis sakan ler...

Pastikan mengisi borang yang diberi oleh FA semasa dalam penerbangan diisi dengan betul untuk setiap orang.  Maklumat yang diminta seperti berapa lama lawatan, nama hotel penginapan dan alamat, nombor pesawat dan lain-lain.  Serahkan di kaunter bersama passport dan bording pass.  Saya dan keluarga terpaksa mengisi semula borang kerana terdapat sedikit kesilapan.  Terpaksa ke bilik yang menyimpan borang jauh dibelakang untuk mengambil borang baru dan isi semula.  Kemudian, terpaksa beratur semula... lain kali perlu lebih berhati-hati..

Kami menginap di Orange Home’s Hotel.  Selesa dan disediakan kemudahan yang agak mencukupi.   Disediakan sarapan pagi untuk setiap orang.  Wifi pon ada.  Jika datang ke Bandung lagi saya pasti akan menginap di hotel ni.. 
 

Monday 21 November 2011

8
Komen
Harimau Muda... Harapan Negara.. !!

Assalamualaikum !!


Moga Harimau Muda melunaskan tugas dengan penuh semangat...!!

Monday 14 November 2011

9
Komen
Amalan Ibubapa ketika anak-anak sedang menghadapi peperiksaan

Assalamualaikum !!

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG.

Kepada pembaca budiman yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini atau tahun berikutnya. Penulis ada sikit perkara untuk kita kongsikan bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa. Melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah bolehlah melakukan amalan ini agar anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

 Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber asal:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang telah pun bersara iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah semuga perkongsian ini mendapat manafaat dan diberkati Allah s.w.t.


Wasallam.
sumber:MataHati AinulQalbi

juga dari amanirus.blogspot.com

5
Komen
Exam datang lagi..

Assalamualaikum !!

Peperiksaan SPM telah bermula hari ni.  Kepada semua adik-adik yang mengambil exam SPM tu, semoga telah benar-benar bersedia dari segi mental dan fizikal ye.. dan dapat menjawab soalan dengan tenang dan juga berhati-hati semasa membaca soalan.  Jangan lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab.  Kerana exam ni lah penentu masa depan adik-adik.  Samada nak ke menara gading atau terpaksa menamatkan pelajaran dan mula bekerja.  Kakak mendoakan kepada semua adik-adik calon SPM akan beroleh kejayaan yang diidamkan... Insyallah.

Friday 11 November 2011

10
Komen
Hari hujan

Assalamualaikum !!

Selamat pagi.  Hari ni hari Jumaat.  Pagi ni bergerak ke tempat kerja dalam hujan lebat.  Kalau ikutkan hati tarik selimut lagi baikkkkk.... Bila bergerak dalam hujan, biasanya kenderaan pon bergerak perlahan juga.  Maklumlah di KL ni jalannya banyak lubang... silap haribulan pecah pulak tayar.  Alhamdulillah sempat sampai awal di tempat kerja walaupon dalam hujan...

musim hujan katak benyanyi
gendang ditabuh sambil menari
kenapa katak panggil hujan
sebab hujan dah jadi penyanyi..

(pantun mengarut..)


Sunday 6 November 2011

6
Komen
Salam Aidil Adha

Asslamualaikum !!

Alhamdulillah saya telah selamat kembali dari percutian.  Segalanya berjalan lancar dan tiada sebarang halangan.  Bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah merahmati perjalanan kami dan melindungi kami dari sebarang kesukaran. Alhamdulillah.

Dikesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua teman-teman yang beragama Islam.  Disini ingin saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap sepanjang saya berblogging. Kita hanyalah manusia biasa yang tak sunyi dari melakukan kesilapan secara kita sedar ataupun diluar kesedaran kita. Yang elok adalah datang dari Allah SWT dan yang kurang elok tu adalah dari kelemahan saya sendiri.
~~ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA ~~
imej google

Sunday 30 October 2011

Assalamualaikum !!

baby goggle kat airport...
Pinjaman pelajaran yang tidak dilunaskan biasanya akan dikenakan tindakan kepada PEMINJAM... 
Peminjam tak dibenarkan keluar negara.
Bagaimana pulak dengan nasib PENJAMIN..  surat beritahu nama akan di 'blacklist' dah sampai.  
Hari ni nak berangkat ke Bandung... macamanalah nasib saya nanti kat LCCT...

Wednesday 26 October 2011

15
Komen
Siapa kata hantaran kahwin mahal..

Assalamualaikum !!

Bila saya terbaca kisah perceraian penyanyi Zainal Abidin dengan bekas isterinya yang telah menuntut hutang nafkah anak mereka sebanyak RM 167,102.04 terkejut juga dibuatnya.  Ingatkan belanja hantaran kawin saja yang mahal.. rupanya harga perceraian lagi mahal..

Kepada yang telah berumahtangga tu, jagalah dan hargailah pasangan dan anak-anak ye jangan abaikan mereka.

Tuesday 25 October 2011

8
Komen
Assalamualaikum

kesiankan.... (gambar google)
 Akhir-akhirnya masa semakin menghimpit. 
Kurang berkesempatan untuk update blog ni.  Kepada yang sudi singgah tu, insyallah bila ada sedikit masa terluang pasti akan saya kunjungi semua..
terima kasih banyak..

Wednesday 19 October 2011

15
Komen
Tukar kad pengenalan lagi

Assalamualaikum !!

I/C Tun Mahathir.. (sumber google)
Kad Pengenalan Malaysia akan ditukar lagi.  Kad pengenalan sekarang ni saya rasa kurang kualiti.  Walaupon ada cip bagai tapi cepat rosak.  Gambar pulak satu hal.. kita belum ready lagi pegawai bertugas kat kaunter Pendaftaran tu terus snapppp... entah senonoh ke tidak.. lantak..  Kebanyakan dari kita tentu kurang puas hati dengan kualiti gambar dan kualiti kad tu sendiri.  Gambar yang kurang jelas, muka terkejut, mata nak tidor dan macam-macam lagi yang tidak memuaskan hati..

Walaupon kad pengenalan lama yang dibuat dari plastik tu tak ada cip.. tapi tahan lasak.  Kena hujan, panas tetap utuh.  Cuma warna plastiknya je yang jadi kekuningan bila dah lama sangat.

Tahun depan nak tukar kad pengenalan baru lagi... bagus juga...
tapi adakah kualitinya akan lebih baik...?


Friday 14 October 2011

14
Komen
Artis fofuler

Assalamualaikum !!

Seorang artis lelaki (dulu berkumpulan) datang ke tempat kerja kawan saya yang bekerja di Klinik C&C 1Malaysia.  Mana tak sukanya member saya ni, artis tu datang bersalaman dengan dia...  tak perlu nak pergi konsert nak dapat bersalaman atau sign autograf... dapat jumpa face to face lagi..

Memang tak dinafikan artis lelaki tu mempunyai keunikan vokal tersendiri...vokalnya sangat merdu boleh meruntun kalbu dibuatnya.  Dengar kata dia datang dapatkan rawatan secara sukarela kat klinik tu setiap minggu.  Moga penyanyi lelaki tu cepat dapat memulihkan diri... dan aktif semula menyanyi.. ramai peminat-peminat menanti.. 

agak-agak siapa artis fofuler tu yer.. vokal dia setanding dengan Jamal Abdillah..satu masa dulu pernah digosipkan dengan Siti Nurhaliza.

Tuesday 11 October 2011

13
Komen
Follower belog cenonet...

Assalamualaikum !!

Terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang telah sudi menjadi rakan di blog GreenApple yang tak seberapa ni. Sebagai tanda penghargaan saya nak berkenalan lebih rapat dengan follower ke 999 dan 1000 blog cenonet ni...
Follower ke 999 
Klik klik klik pada gambar wani yang comel tu.. tapi sayangnya tiada url ke blog wani.. harap jika wani ada terbaca catatan saya ni, wani letak link ke blog wani ye..
Follower ke 1000

ini header blog ayu..
Jomlah kita terjah blog Ayu.  Walaupon dah jadi ibu kepada Aysha dan Ayna... (comel nama cahayamata ayu...) tapi masih berkesempatan untuk mengemaskini blog.  Cantik dan kemas blog ayu.  Almaklum ayu dah menjadi warga blogger ni sejak September 2010.. dah otai pon..  Teruskan usaha ayu..

sudilah terima jambangan 1,000 kuntum bunga ni....(betul ke ada 1000 kuntum)


Pasti tidak dilupakan khas dan paling istimewa buat semua follower blog GreenApple yang setia.  Walaupon kadang-kadang kurang berkesempatan nak duduk melepak lama sikit kat depan lappy ni... tapi masih ada juga yang sudi singgah... Terima Kasih tidak terhingga untuk semua...

Paling teristimewa Untuk Semua Follower blog GreenApple

Thursday 6 October 2011

12
Komen
Demam Exam

Assalamualaikum !!

carian google punye..
Mulai esok adik-adik di tingkatan 3 akan mula menghadapi Exam PMR.  
Moga adik HUMAIRA


yang akan menghadapi exam mulai esok..telah benar-benar siap sedia menyediakan perisai peperangan
dan moga dipermudahkan semuanya...  
Biarlah soalan-soalan yang keluar nanti boleh dijawab seperti 'makan kacang... '. heeeee
Bila teringatkan pengalaman menghadapi peperiksaan dulu-dulu... seram pulak rasanya.

13
Komen
Full House Collection Giveaway

Assalamualaikum !!


Nak join GA Full House ni.. klik banner tu ye..
Tarikh Tutup : 10.10.2011


Wednesday 5 October 2011

6
Komen
Giveaway LuvBunny House

Assalamualaikum !!



 Nak join GA cik Bunny.. klik banner tu ye..
Tarikh Tutup : 1 Nov 2011

Nak Tag :



Monday 3 October 2011

14
Komen
Segmen : Tambah Trafik Blog!

Assalamualaikum !!


Nak join klik banner.. seperti biasa..
Tarikh tutup : 5.10.2011 ( 2.30 p.m.) Rabu

2
Komen
Giveaway By Syiqin And Nadhirah

Assalamualaikum !!

Nak join klik banner tu..
Tag :

Saturday 1 October 2011

23
Komen
Peragut

Assalamualaikum  !!

Jika ditempat awam perlulah kita sentiasa berwaspada.  Pegang beg dengan kemas dan erat.  Sentiasa memerhati disekeliling kita.. biar orang tahu kita sentiasa berhati-hati.

Kat pejabat tempat saya bertugas ni ada taska.  Kakak yang bekerja di taska tu baru balik dari bank keluarkan duit untuk bayar gaji pekerja-pekerja taska.  Bila melalui betul-betul dibawah stesen monorail kat Chow Kit ni.. tiba-tiba datang motosikal dari belakang menarik beg yang nak bayar gaji budak2 tu.. bukan sikit oiiii... RM6,000.00.  Joli katak ler peragut tu.

Dia cuba tarik beg tu, jadilah adegan tarik menarik... tapi motor tu terus memecut.. ada orang yang cuba nak bantu.. tapi tak boleh buat apa-apa...  Tak tahu macamana kakak tu nak ganti balik duit gaji orang tu... 

Stesen Monorail kat chow kit ni memang sibuk... harap pihak polis buat rondaan kat tempat-tempat macam ni.  Atau pon letak seorang dua anggota polis.. Sekurang-kurangnya peragut tak jadikan lokasi tu sebagai lubuk emas.

Kepada peragut tu.. kalau dah pemalas.. lebih baik jadi peminta sedekah dari meragut beg atau barang kemas orang.  Sampai bila nak hidup dengan hasil dari duit haram.. orang akan sumpah seranah dan hidup kamu pon takkan selamat.. ingat-ingat lah.

10
Komen
SEGMEN HARIS KAITO : JOM TAMBAH FOLLOWER !

Assalamualaikum  !!


Segmen oh segmen...

Nak join Segmen Haris Kaito : Jom Tambah Follower.
klik banner tu ye..
jom sama-sama kita meriahkan 

6
Komen
SEGMEN JOM TAMBAH TRAFFIKKK

Assalamualaikum !!



Nak join segmen Jom Tambah Traffik, klik banner kat atas ni..
Segmen ni ditutup lepas 24 jam.. 

KEEP ON SMILING :)

5
Komen
"GiveAway by anis athia"

Assalamualaikum !!


Nak join GiveAway by anis athia
klik banner tu..
tiada syarat berat pon..
Tarikh tutup :  11.59pm 1 November 2011 (lama lagi)
tetiba nak tag..

18
Komen
SEGMEN 1 hari : Tambah rakan blogger

Assalamualaikum !!

Segmen lagi.. nak join klik banner kat atas ni...
tak perlu tag sesape.. senang bangat tuh...

Tutup : 10.00 malam esok

9
Komen
Aku Gila Follower? atau Aku Follower Gila?

Assalamualaikum !!


Jom join segmen en. yui92 "Aku Gila Follower? atau Aku Follower Gila?"  
Kalau berminat sila klik banner kat atas ni ye...
follow wt yahoo account

Friday 30 September 2011

5
Komen
4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik oleh Wanita

Assalamualaikum !!
Selamat menunaikan sembahyang Jumaat kepada kaum lelaki... sebelum melangkah ke masjid apa kata kita kongsikan bersama...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s: Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & shaum (sabar) ?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!


sumber dari : Amirul Mujahidin

Thursday 29 September 2011

12
Komen
Typewriter @ mesintaip

Assalamualaikum !!

Keyboard laptop atau komputer yang kita gunakan sekarang ni lembut dan shahdu bila kita menekannya untuk menaip.   Tapi sebelum adanya laptop ni orang dolu-dolu nak menaip kena guna mesintaip.  Pernah tengok tak mesin taip ni...
Amekkawwww  (google punya mesintaip..
Bila tak kena gaya jari yang sedang menaip tu silap haribulan boleh termasuk celah-celah huruf tu.. boleh cedera jari dibuatnya.  yang paling istimewa mesintaip ni ada stereng (heeee... ) kalau nak tukar barisan kena tolak stereng putih tu baru barisan bertukar... kalau tak tolak stereng tu, alamat menaip sampai keluar kertas...  

Bila dah mula menaip, bunyi macam nak perang.  Lagi-lagi kalau ada dua orang yang menggunakan mesintaip.. lagi dahsyat bunyinya.  

Cara orang lama mengatur jari diatas papan kekunci (keyboard) macam kat bawah ni..
jari di atas papan kekunci (google punya)


jari perlu berlatih menekan huruf2 ni... sampai pandai..
Setiap jari ada hurufnya.  Bila semakin mahir, mata tak perlu tengok kat mesintaip tu.. tapi tertumpu pada teks atau catatan yang perlu disalin ke mesintaip.

Kita boleh tak buat macam tu... atau guna dua jari je...

Wednesday 28 September 2011

27
Komen
Lesen Radio

Assalamualaikum !!


Pada sekitar tahun 70an, pemilik radio perlu memilik lesen.  Kalau tak silap RM12.00 untuk setahun.  Pada jangka masa tertentu ada pegawai penguatkuasa (bukan bandaraya ye..) akan datang untuk memeriksa lesen radio.  Lesen ni perlu digantung.  Dengan bangganya dari jauh dah nampak, tuan rumah ni pemilik radio yang berlesen. 

Kat sini saya nak kongsi pengalaman mak saya suatu ketika dulu..mungkin ada yang masih ingat kisah-kisah lucu yang timbul ekoran dari ketiadaan lesen radio.  Jiran-jiran akan mula menyebarkan berita kemasukan pegawai peguatkuasa ke kampung.  Pelbagai gelagat pemilik radio yang tidak berlesen ni.  Cepat-cupat buka bateri.. takut dikesan... kendian sorok radio tu.  Lokasi biasa tempat menyorok radio ni biasanya bawah tilam, dalam lipatan kain kat almari selubung dengan kain.  Tak pon tumpang radio kat rumah jiran yang ada lesen.  Silap haribulan terlupa kat mana sorok radio tu.  Heee ... bila pegawai penguatkuasa datang menyiasat, dengan selamba bagi tau tak ada radio (tiba2 jadi pembohong..takut punya pasal).

Akhirnya kerajaan memansuhkan lesen.  Barulah aman...

Tuesday 27 September 2011

26
Komen
Cicak pergi sekolah

Assalamualaikum  !!

Pengalaman semasa bersekolah memang sukar untuk dilupakan.  Kadang-kadang rindu dengan guru-guru dan rakan-rakan yang selalu menyakitkan hati.   

Saya teringat suatu kisah yang tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila.  

Seperti biasa, baju kurung, kain sarong dan tudung saya akan sangkut di luar almari.  Gantung dengan baik, sambil anginkan.  Ye lah, takkan nak tukar tiap-tiap hari.  Dua hari sekali baru tukar.

Hari tu ada peperiksaan percubaan.  Saya pon bersiap-siap semua peralatan sekolah supaya tiada yang tertinggal.  Masa sangat mencemburui.  Saya sudah agak terlewat bangun pagi tu.  Maka terburu-buru mengenakan pakaian.

Sampai saja disekolah, terus masuk ke dewan peperiksaan.  Semasa sedang saya menjawab soalan, saya rasakan ada sesuatu bergerak-gerak dipinggang kain.  Saya rasakan mungkin semut.  Saya cuba picit-picitkan supaya semut tu mati.  Barulah rasa selesa, tiada lagi rasa ada semut bergerak-gerak.

Tamat waktu persekolahan, saya pulang ke rumah.  Saya pon tukar pakaian sekolah.  Bila saya buka kain, saya pon terkejut BERUKkkkk... rupanya benda yang saya rasa merayap kat pinggang kain saya tadi adalah seekor anak cicak... MAAAKKKKKK.... eeeeeee... geli-gelemannya tak terkata.  Cicak tu pon dah mati dikerjakan saya masa kat sekolah tadi..

Begitulah kisahnya cicak pergi sekolah... pengajarannya.. lain kali pastikan pakaian tu di kibas-kibas terlebih dahulu.  Manalah tahu ada cicak ke, lipas ke... tak pasal-pasal cicak tu meninggal dunia. 

Monday 26 September 2011

29
Komen
Foto ~ percutian yang berani !! * 4 *

Assamualaikum !!
Part 4 (Gambar)
Gambar-gambar yang dapat saya upload untuk kenangan..



Pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta.


Nasi lemak yang dibeli dalam pesawat dengan harga Rph39,000 bersamaan dengan RM18.00


Simkad simPATI yang dibeli secara terburu-buru sebaik sampai di Jakarta.


Bawa pulang T-shirt ke Malaysia sehelai dua sebagai kenangan.


Harga makanan yang dijual di Mangga Dua, Jakarta.


Terkejut tengok benda ni tersusun kat tepi jalan !!

Setakat tu je lah, kisah yang dapat saya ceritakan serba sedikit beserta gambar-gambar yang sempat saya snap.  Tak berani nak upload banyak, nanti berat pulak blog ni.  Pengalaman ni tak mungkin dilupakan sampai bila-bila.  Betapa beraninya kami... 

5
Komen
percutian yang berani..! * 3 *

Part 3
Assalamualaikum !!

Saya dan piah teruskan langkah menujuk ke pintu kaunter untuk menaiki pesawat.  Tiket dan passport kami serah pada pramugari bertugas untuk semakan.  Semasa di dalam kapalterbang, saya dan piah duduk bersebelahan.  Kalau tak beli makanan ni, macamana dengan kami bila sampai di Jakarta nanti.  Makanan mungkin ada, tapi tak tahu samada halal atau sebaliknya.  Dipendekkan cerita, kami beli makanan di dalam penerbangan tu, walaupon harga agak tidak masuk akal.  Nasi lemak dengan harga Rph 39,000.  Kalau dalam RM lebihkurang RM18 untuk 1 nasi lemak.  Air mineral pulak lagi.  Untuk dua orang kami telah habiskan duit lebih RM40.00, hanya untuk makanan yang ringkas begitu.

Cabin crewnya pulak semua orang Indonesia.  Tuturkatanya menarik.  Walaupon belum sampai di Jakarta, kami telah mula merasai suasana dikelilingi dengan orang-orang Indonesia yang bertutur agak berlainan dengan cara pertuturan kita.

Penerbangan lebihkurang dua jam.  Kapalterbang mendarat dengan selamat di Soekarno Hatta Airport, Jakarta.  Saya dan piah menuruti belakang penumpang lain keluar dari pesawat.  Ikut saja kemana hala mereka.  Sambil membaca papantanda tunjuk arah.  Hinggalah kami berdua ditahan oleh Pak Imigresen, kerana mereka mengesyaki kami bukan orang Indonesia.  Dan dengan berbudi bahasa dia menghalakan kami ke kaunter Imigresen.   

Selesai pemeriksaan, kami menuju keluar untuk pemeriksaan bagasi pula.  Tiada masalah.  Tiada barang larangan yang kami bawa. Yang ada cuma pakaian untuk 5 hari di Jakarta sahaja.

Saya dan piah termanggu-manggu.  Seperti yang dipesan oleh rakan-rakan, Jangan sesekali keluar dari kawasan lapanganterbang.  Jangan benarkan orang yang tidak dikenali pegang bagasi.  Saya dan piah, dengan eratnya memegang bagasi kami. 

Saya dan zaza masih tertanya-tanya, samada zaza akan datang atau pon tidak.  Kerana tiada kataputus dari zaza.  Piah dan saya ke kedai menjual simkad.  Jika kami menggunakan simkad Malaysia, kadar roaming sangat mahal.  Setiap sms RM2.00.  Dengan beraninya kami berdua tukar simkad Indonesia.  simPATI, nama simkad tu.  Kalau kita disini Hotlink kot... Untuk simkad ni saja saya telah belanjakan sebanyak Rph100,000 bersamaan dengan lebihkurang RM36.00.

Bila dah tukar simkad, kami cuba hubungi keluarga di Malaysia.  Tapi tak berjaya.  lebih dari 20 kali dicuba pon masih tak berjaya.  Rupanya setiap kali cubaan yang tidak berjaya tu pon ditolak isian simkad tu.  Aduh.  Pergi semula ke kedai yang menjual simkad tadi.  Bila dia cuba, boleh pulak.  tapi terputus.  Kami cuba semula, tapi masih tak boleh.  Dimana pulak silapnya.  Tak boleh jadi ni, andaikata zaza sampai nanti, dia tak boleh hubungi kami.

Saya dan piah mencari idea sambil berjalan.  Tiba-tiba piah nak cari tandas.  Kami pon cari papantanda TOILET.  Merata tempat kami cari di lapanganterbang tu.  Tapi tak jumpa pon walau 1 perkataan toilet.  Akhirnya, saya mencadangkan untuk cari Surau.  Mungkin disurau terdapat tandas.  Kami pon mencari lagi.  Papantanda SURAU pon... tak ada.  Macamana ni... kalau kat Malaysia, terdapat banyak surau disediakan.

Badan pon dah keletihan.  Saya dan piah mula bertanya kepada seorang lelaki.  Dimana surau.  Dia tak faham.  Saya beritahu, saya nak tunaikan SOLAT.  Baru dia faham.  Rupanya di Indonesia, Surau dipanggil sebagai Musollah.  Ya Allah.  Kami terlupa, ini bukan Malaysia.  Akhirnya, jumpa Musollah (Surau).  Tapi disitu tiada tandas.  Tetapi ada ruang untuk mengambil wuduk.  Cuma keadaan suraunya tidak seselesa kat LCCT atau KLIA.  Surau lelaki dan perempuan, melalui pintu yang sama, cuma dihadang dengan sekeping penghadang.  Tempatnya pon agak sempit dan berhimpit-himpit.  Tapi tak mengapa, ada juga tempat untuk mengerjakan solat.  Kalau kita cari tandas di Indonesia, memang tak jumpa.  Rupanya mereka gunakan nama Kamar Kecil.  Lain padang lain belalang.  Heeee

Selesai solat lebihkurang sudah jam 3 petang.  Zaza masih belum sampai atau mungkin tidak sampai langsung... Kami cuba lagi untuk menghubungi keluarga di Malaysia.  Masih tidak berjaya, walau telah banyak kali dicuba.  Piah dapat idea.  Tukar semula simkad.  Guna semula simkad Hotlink.  Akhirnya berjaya hubungi rakan ofis dan keluarga.  Dan dapat memaklumkan, yang kami telah selamat sampai di Jakarta.

Rakan ofis saya tanya samada zaza telah sampai.  Kami dimaklumkan bahawa, dia memang merancang untuk tidak pergi.  Tapi saya dan piah tetap sabar dan tawakal.  Kami jangkakan flight zaza akan mendarat di Jakarta pada jam 4 petang.  Insyallah, mudah-nudahan Allah bukakan hatinya untuk datang. 

Lama sungguh kami menunggu.  Ruang untuk duduk pon kurang disediakan.  Terpaksa lepak di lantai.  Kerana ramai juga yang tidur baring dilantai.  Kami pon tanpa segan silu bersila dilantai.  Letih tak terkata.  

Sudah jam 5 petang.  Zaza masih tak muncul.  Takkan kami nak tidur di airport. Saya teringatkan nombor telefon ibu Rita yang telah saya dapatkan dari zaza. Saya cuba hubungi.  Alhamdulillah.  Ada jawapan.  Ibu Rita berjanji akan datang ambil kami apabila zaza sampai nanti.  Betul ke ibu rita sudi datang ambil kami... kerisauan tetap menghantui.

Hari sudah semakin petang.  Perut pula telah berkeroncong.  Makanan apa yang nak kami makan nanti.  Zaza masih belum menampakkan batang hidungnya.  Adakah kami akan tidur di airport....


Jam 5.30 petang, ibu rita sampai bersama suami dan anak perempuannya Tia untuk berjumpa saya dan piah.  Saya merasa sungguh lega dan bersyukur kehadrat Allah, kerana ada orang yang datang mengambil kami.  Sekurang-kurangnya walau zaza tak jadi datang, saya masih boleh minta bantuan dari ibu rita.

Jam 6.00 petang, ibu rita terima panggilan.  Rupanya dari zaza.  Zaza telah sampai, tapi tidak berjaya hubungi kami, kerana kami telah tukar simkad.  Mungkin saya dan piah agak terburu-buru membeli dan menukar simkad.   Lain kali jangan sesekali lakukan begini. Lebih selamat bawa handphone kedua, supaya boleh guna kedua-dua talian.  Malaysia dan Indonesia.  Pengajaran..

Dari jauh saya lihat zaza tersenyum lebar.  Walaupon dia seorang diri, tapi dia telah biasa ke Indonesia terutama ke Bali. Kami menyambutnya dengan pelukan.  Syukur dia selamat sampai.  Saya dan piah mengangap tiada apa-apa yang berlaku.  Kami tidak bertanyakan kisah-kisah sebelum ini yang menyebabkan dia berat hati untuk bercuti ke Jakarta.  Biarkan.  Biarkan kisah itu berlalu.  Debaran kami semakin reda.  Alhamdulillah zaza tidak menghampakan kami walaupon hingga ke saat akhir tiada kepastian diberi.  Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana memudahkan perjalanan kami.  Terima kasih ibu rita  sekeluarga yang banyak membantu kami semasa di Tanah Abang, Jakarta.

p/s  :   Pengajaran yang sangat berguna saya perolehi dalam percutian ini adalah....jangan sesekali terlalu bergantung harap dengan orang... 

Gambar Kenangan di Jakarta di Part 4


PART 1
PART 2

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...