Nuffnang

Pages

Tuesday, 31 May 2011

12
Komen
Cemas....komuter terhenti, penumpang sesak nafas...

Penumpang buka sendiri pintu kecemasan 

komuter terkandas


TERKANDAS...sebahagian penumpang komuter yang terkandas, semalam.
TERKANDAS...sebahagian penumpang komuter yang terkandas, semalam.
KUALA LUMPUR: “Kami terpaksa membuka sendiri pintu kecemasan komuter yang terkandas
berhampiran Stesen Komuter Salak Selatan selepas sesak nafas untuk menyelamatkan diri,”
kata penumpang, Azreen Anuar, 21, yang dalam perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan
(TBS), Kuala Lumpur, semalam.

Azreen berkata, sebelum ini dia jarang menaiki komuter, namun kerana ingin ke TBS
menyebabkan dia terpaksa menaikinya dan tidak menyangka menempuhi saat mencemaskan
sehingga mengalami sesak nafas.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang selepas komuter berkenaan tiba-tiba
berhenti dan bekalan elektrik terputus menyebabkan keadaan di dalam gerabak gelap dan
pendingin hawa gagal berfungsi.

“Saya lihat ketika itu suasana kecoh tambahan ada bayi dan ibu mengandung yang panik.

“Seorang penumpang menghubungi pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) berhubung kejadian
itu dan mereka berjanji akan menghantar bantuan,” katanya ketika ditemui di Stesen Komuter
Salak Selatan selepas berjaya diselamatkan.

Katanya, mereka terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk menerima bantuan
menyebabkan penumpang membuka pintu kecemasan sendiri.


Sementara itu, Penguasa Kanan Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi
berkata, bomba menerima panggilan pada jam 6.16 petang.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, seorang wanita pengsan dipercayai sesak
nafas dan pihaknya menghubungi ambulans sebelum mangsa dihantar ke hospital.

“Seramai 500 penumpang yang terkandas di dalam komuter terbabit berjaya diselamatkan.

“Komuter terbabit terhenti tiba-tiba kerana mengalami masalah teknikal dan bomba berjaya
mengeluarkan mangsa tidak sampai sejam,” katanya.

Sumber  :  Harian Metro






Sunday, 29 May 2011

3
Komen
Jom cuti-cuti di Melaka.......

Gambar dari Google

Cuti sekolah dah mula.... pagi minggu nih kami buat cadangan untuk ke Melaka.  Dah lama juga tak ronda-ronda disana.  

Selalu mengengar cerita  orang je, tentang perubahan dan 
kemajuan di bandar Melaka.  Macam-macam ada... 





Pelancong sudah pasti menjadikan Melaka sebagai tempat percutian bersama keluarga.  

Bawa anak-anak mengalami sendiri keindahan disana.

Harap-harap hari ni di Melaka jalan tak sesak padat.  Kalau tak, terpaksa batalkan hajat.

Cadangannya, nak singgah makan-makan di pusat ikan bakar yang paling best kat Umbai....

Gambar dari Google
Kengkawan bagi tau ikan bakar kat sini lebih sedap dari tempat lain.... tapi tak taulah sebab tak pernah cuba.

Hari ni kami akan cuba mana yang patut.... Melaka tunggu kami ye....

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...