Assalamualaikum !!
|
Gambar google |
Hari 1 di Bandung
Menaiki pesawat Airasia bersama keluarga dari LCCT. Pesawat mendarat di Bandar Udara Internasional Husein Sastranegara, Bandung yang mana merupakan sebuah bandar udara yang terletak di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Kemudahan kaunter Imigresen di Bandung tidak sekemas seperti di Jakarta yang lebih teratur dan selesa. Di sini Cuma terdapat 2 kaunter disediakan. Satu untuk rakyat tempatan dan satu untuk pelancong. Bayangkan jika 2 pesawat sekaligus sampai. Berasak-asak dari pintu masuk terminal lagi.. lebih dua jam untuk sampai ke kaunter imigresennya... Aduh.. Berpeluh-peluh. Yang bawa anak kecil tu... menangis sakan ler...
Pastikan mengisi borang yang diberi oleh FA semasa dalam penerbangan diisi dengan betul untuk setiap orang. Maklumat yang diminta seperti berapa lama lawatan, nama hotel penginapan dan alamat, nombor pesawat dan lain-lain. Serahkan di kaunter bersama passport dan bording pass. Saya dan keluarga terpaksa mengisi semula borang kerana terdapat sedikit kesilapan. Terpaksa ke bilik yang menyimpan borang jauh dibelakang untuk mengambil borang baru dan isi semula. Kemudian, terpaksa beratur semula... lain kali perlu lebih berhati-hati..
Kami menginap di Orange Home’s Hotel. Selesa dan disediakan kemudahan yang agak mencukupi. Disediakan sarapan pagi untuk setiap orang. Wifi pon ada. Jika datang ke Bandung lagi saya pasti akan menginap di hotel ni..