Nuffnang

Pages

Wednesday, 28 September 2011

27
Komen
Lesen Radio

Assalamualaikum !!


Pada sekitar tahun 70an, pemilik radio perlu memilik lesen.  Kalau tak silap RM12.00 untuk setahun.  Pada jangka masa tertentu ada pegawai penguatkuasa (bukan bandaraya ye..) akan datang untuk memeriksa lesen radio.  Lesen ni perlu digantung.  Dengan bangganya dari jauh dah nampak, tuan rumah ni pemilik radio yang berlesen. 

Kat sini saya nak kongsi pengalaman mak saya suatu ketika dulu..mungkin ada yang masih ingat kisah-kisah lucu yang timbul ekoran dari ketiadaan lesen radio.  Jiran-jiran akan mula menyebarkan berita kemasukan pegawai peguatkuasa ke kampung.  Pelbagai gelagat pemilik radio yang tidak berlesen ni.  Cepat-cupat buka bateri.. takut dikesan... kendian sorok radio tu.  Lokasi biasa tempat menyorok radio ni biasanya bawah tilam, dalam lipatan kain kat almari selubung dengan kain.  Tak pon tumpang radio kat rumah jiran yang ada lesen.  Silap haribulan terlupa kat mana sorok radio tu.  Heee ... bila pegawai penguatkuasa datang menyiasat, dengan selamba bagi tau tak ada radio (tiba2 jadi pembohong..takut punya pasal).

Akhirnya kerajaan memansuhkan lesen.  Barulah aman...

Tuesday, 27 September 2011

25
Komen
Cicak pergi sekolah

Assalamualaikum  !!

Pengalaman semasa bersekolah memang sukar untuk dilupakan.  Kadang-kadang rindu dengan guru-guru dan rakan-rakan yang selalu menyakitkan hati.   

Saya teringat suatu kisah yang tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila.  

Seperti biasa, baju kurung, kain sarong dan tudung saya akan sangkut di luar almari.  Gantung dengan baik, sambil anginkan.  Ye lah, takkan nak tukar tiap-tiap hari.  Dua hari sekali baru tukar.

Hari tu ada peperiksaan percubaan.  Saya pon bersiap-siap semua peralatan sekolah supaya tiada yang tertinggal.  Masa sangat mencemburui.  Saya sudah agak terlewat bangun pagi tu.  Maka terburu-buru mengenakan pakaian.

Sampai saja disekolah, terus masuk ke dewan peperiksaan.  Semasa sedang saya menjawab soalan, saya rasakan ada sesuatu bergerak-gerak dipinggang kain.  Saya rasakan mungkin semut.  Saya cuba picit-picitkan supaya semut tu mati.  Barulah rasa selesa, tiada lagi rasa ada semut bergerak-gerak.

Tamat waktu persekolahan, saya pulang ke rumah.  Saya pon tukar pakaian sekolah.  Bila saya buka kain, saya pon terkejut BERUKkkkk... rupanya benda yang saya rasa merayap kat pinggang kain saya tadi adalah seekor anak cicak... MAAAKKKKKK.... eeeeeee... geli-gelemannya tak terkata.  Cicak tu pon dah mati dikerjakan saya masa kat sekolah tadi..

Begitulah kisahnya cicak pergi sekolah... pengajarannya.. lain kali pastikan pakaian tu di kibas-kibas terlebih dahulu.  Manalah tahu ada cicak ke, lipas ke... tak pasal-pasal cicak tu meninggal dunia. 

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...