Assalamualaikum !!
Jika ditempat awam perlulah kita sentiasa berwaspada. Pegang beg dengan kemas dan erat. Sentiasa memerhati disekeliling kita.. biar orang tahu kita sentiasa berhati-hati.
Kat pejabat tempat saya bertugas ni ada taska. Kakak yang bekerja di taska tu baru balik dari bank keluarkan duit untuk bayar gaji pekerja-pekerja taska. Bila melalui betul-betul dibawah stesen monorail kat Chow Kit ni.. tiba-tiba datang motosikal dari belakang menarik beg yang nak bayar gaji budak2 tu.. bukan sikit oiiii... RM6,000.00. Joli katak ler peragut tu.
Dia cuba tarik beg tu, jadilah adegan tarik menarik... tapi motor tu terus memecut.. ada orang yang cuba nak bantu.. tapi tak boleh buat apa-apa... Tak tahu macamana kakak tu nak ganti balik duit gaji orang tu...
Stesen Monorail kat chow kit ni memang sibuk... harap pihak polis buat rondaan kat tempat-tempat macam ni. Atau pon letak seorang dua anggota polis.. Sekurang-kurangnya peragut tak jadikan lokasi tu sebagai lubuk emas.
Kepada peragut tu.. kalau dah pemalas.. lebih baik jadi peminta sedekah dari meragut beg atau barang kemas orang. Sampai bila nak hidup dengan hasil dari duit haram.. orang akan sumpah seranah dan hidup kamu pon takkan selamat.. ingat-ingat lah.