Nuffnang

Pages

Friday, 20 May 2011

2
Komen
Demam Drama Nora Elena....


Waktu rehat tengahari tadi... jalan jalan di sekitar Jalan TAR,  cari kedai buku..... konon... nak cari novel Kasih Yang Suci... gara-gara terpengaruh dengan drama Nora Elena yang sedang hangat hangat kat TV3 skrang nih...

Lepas satu kedai ke satu kedai bertanyakan novel nih... tapi hampehhhh.... jurujual tu bagi tau sedang di ulang cetak.....tungguh je lah... sampai siri drama habis...


tapi berjaya juga cari sinopsis kat blog
Lagenda Budak Nakal - TQ



SINOPSIS NORA ELENA

Tonggak utama drama Nora Elena
Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.


Drama arahan Jet Li itu berkisar tentang kehidupan seorang perempuan bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang sentiasa dibayangi detik hitam dia dinodai seorang lelaki yang bernafsukan binatang.


Selepas 10 tahun berlalu, Nora akhirnya berjaya menyingkirkan memori pahit itu setelah bertemu cinta hatinya, Idham (Zul Ariffin).


Rancangan membina rumah tangga bersama Idham dilanda badai apabila Nora mula rapat dengan majikan Idham, Seth Tan (Aaron Aziz).


Cemburu mula menguasai Idham lantaran salah faham yang timbul dan sekali gus membuat keputusan membatalkan perkahwinannya bersama Nora.


Tindakan drastik Idham membuatkan Nora benar-benar terpukul dengan keadaan yang dialami dan secara tidak langsung mengundang kembali kisah silam yang telah lama dibuang jauh.


Dugaan demi dugaan menimpa Nora serta pelbagai cemuhan terpaksa ditelan walaupun cintanya terhadap Idham sememangnya tulus dan ikhlas.


Di kala itu, Seth menghulurkan tangan dan menawarkan diri sebagai pengganti Idham dalam hidup Nora. Seth bersedia menghilangkan penderitaan Nora dengan mengahwini Nora.


Sejauh mana kejujuran Seth dan terleraikah persoalan siapakah yang menodai Nora satu ketika dulu? Semuanya bakal terjawab dalam drama meruntun jiwa yang turut dibintangi Erry Putra dan Puteri Fateen itu.

Post a Comment

2 comments:

saya syamimi said...

haaaaaa! cite nora elana dh jd citer samimi wajib tgk! besh3..
mencik eid yang cpt pns hati tuh.

Green Apple said...

bestnya... ada geng...
episod smlm, elena dah nikah ngan Seth..hsome nya Seth tuh... hahaha...

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...