Nuffnang

Pages

Thursday, 26 May 2011

2
Komen
Senangnya nak tidor.....

Macam-macam penyakit ada zaman sekarang ni... tak pernah dengar pulak penyakit bila ketawa boleh tertidor.  Payah juga, tengah syok ketawa terus berdengkur....   kesian kat kengkawan....

 

Khamis, 26 Mei 2011

Suri rumah ‘tertidur’ setiap kali ketawa


* Claire Scott with daughter Ebony and son Cameron

LONDON: Menghidap penyakit cataplexy menyebabkan seorang wanita, Claire Scott, tertidur setiap kali dia ketawa.

Disahkan menghidap penyakit yang jarang berlaku, otot ibu kepada dua anak itu akan lemah setiap kali emosinya meningkat.

Cataplexy menyebabkan Claire tumbang sehingga 50 kali sehari sejak zaman kanak-kanaknya.

Pada satu ketika, Claire, 24, pernah tertidur 25 kali ketika menghadiri majlis Krismas yang penuh meriah.

Selepas diberi ubat antimurung, keadaan Claire agak terkawal sehinggalah baru-baru ini dia sekali lagi tumbang apabila anaknya - berusia lima tahun - membuat kelakar.

Kata Claire, dia gagal menahan diri daripada ketawa.

“Perkara pertama yang saya ingat selepas itu ialah suami saya, David, mengangkat saya dari lantai dapur,” katanya.

Serangan cataplexy berlangsung beberapa saat atau minit dan sepanjang tempoh itu, penghidapnya hanya mampu mendengar tetapi tidak dapat melihat. Satu ketika dulu, doktor pernah menyangka Claire menghidap masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan. - TS
 
Sumber dari relevansokmo : TQ - tumpang share.

Post a Comment

2 comments:

Unknown said...

aiyokkk..xleh ketawa?seksanya nak thn gelak.ehhehe

Green Apple said...

macam macam ada dalam ini dunia.... cuba bayangkan kita tengah dok gelak-gelak tetiba geng pengsan... hahaha..
selisihkan...

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...