Nuffnang

Pages

Tuesday, 31 May 2011

9
Komen
Cemas....komuter terhenti, penumpang sesak nafas...

Penumpang buka sendiri pintu kecemasan 

komuter terkandas


TERKANDAS...sebahagian penumpang komuter yang terkandas, semalam.
TERKANDAS...sebahagian penumpang komuter yang terkandas, semalam.
KUALA LUMPUR: “Kami terpaksa membuka sendiri pintu kecemasan komuter yang terkandas
berhampiran Stesen Komuter Salak Selatan selepas sesak nafas untuk menyelamatkan diri,”
kata penumpang, Azreen Anuar, 21, yang dalam perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan
(TBS), Kuala Lumpur, semalam.

Azreen berkata, sebelum ini dia jarang menaiki komuter, namun kerana ingin ke TBS
menyebabkan dia terpaksa menaikinya dan tidak menyangka menempuhi saat mencemaskan
sehingga mengalami sesak nafas.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang selepas komuter berkenaan tiba-tiba
berhenti dan bekalan elektrik terputus menyebabkan keadaan di dalam gerabak gelap dan
pendingin hawa gagal berfungsi.

“Saya lihat ketika itu suasana kecoh tambahan ada bayi dan ibu mengandung yang panik.

“Seorang penumpang menghubungi pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) berhubung kejadian
itu dan mereka berjanji akan menghantar bantuan,” katanya ketika ditemui di Stesen Komuter
Salak Selatan selepas berjaya diselamatkan.

Katanya, mereka terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk menerima bantuan
menyebabkan penumpang membuka pintu kecemasan sendiri.


Sementara itu, Penguasa Kanan Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi
berkata, bomba menerima panggilan pada jam 6.16 petang.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, seorang wanita pengsan dipercayai sesak
nafas dan pihaknya menghubungi ambulans sebelum mangsa dihantar ke hospital.

“Seramai 500 penumpang yang terkandas di dalam komuter terbabit berjaya diselamatkan.

“Komuter terbabit terhenti tiba-tiba kerana mengalami masalah teknikal dan bomba berjaya
mengeluarkan mangsa tidak sampai sejam,” katanya.

Sumber  :  Harian Metro






Sunday, 29 May 2011

3
Komen
Jom cuti-cuti di Melaka.......

Gambar dari Google

Cuti sekolah dah mula.... pagi minggu nih kami buat cadangan untuk ke Melaka.  Dah lama juga tak ronda-ronda disana.  

Selalu mengengar cerita  orang je, tentang perubahan dan 
kemajuan di bandar Melaka.  Macam-macam ada... 





Pelancong sudah pasti menjadikan Melaka sebagai tempat percutian bersama keluarga.  

Bawa anak-anak mengalami sendiri keindahan disana.

Harap-harap hari ni di Melaka jalan tak sesak padat.  Kalau tak, terpaksa batalkan hajat.

Cadangannya, nak singgah makan-makan di pusat ikan bakar yang paling best kat Umbai....

Gambar dari Google
Kengkawan bagi tau ikan bakar kat sini lebih sedap dari tempat lain.... tapi tak taulah sebab tak pernah cuba.

Hari ni kami akan cuba mana yang patut.... Melaka tunggu kami ye....

Saturday, 28 May 2011

6
Komen
Nak kawin...... Ada Duit ke......?

Sumber gambar :  Google

Nak kawin ada duit ke tak... ?  orang bujang yang dah cukup haul tu mesti pening kepala bila pikir pasal hantaran.  Betul tak...

Mana tidaknya... hantaran makin hari makin melambung...makin tinggi pelajaran anak, makin mahal lah juga hantarannya.... bak kata orang... macam nak jual anak...(tak kooott...)

Pada musim cuti sekolah inilah, ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan mereka dan sudah pastilah kerja kahwin ni tak lengkap kalau tak diadakan kenduri kahwinnya yang ‘grand’ dan meriah…  

Tau tak kenapa hantaran makin naik ikut pasaran....

Semua orang tau.....


*   Dengan jemputan melebihi dari 1,000 tetamu....

*   Makanan yang disediakan kebiasaannya menggunakan khidmat
     katering... (tak ada orang nak mengendalikan dalam
     hal-hal makanan.....)


*   Pelamin....(ala-ala pelamin diraja)

Sumber : Google  (persandingan diraja)


*    Gambar....guna khidmat fotografer pro
      dengan videonya....gambar pra-wedding pon ada, zaman la ni...

*    MakAndam...guna khidmat makeup artis  (baru la glamer...)

*    Keluarga / penanggah pon nak pakai sedondon dan ikut
      warna tema .....

*    Persembahan tarian depan pengantin....

*    Khemah pon satu hal jugak.... kalau dah jemputan lebih 1,000
      khemah perlu ada 7 - 8 buah... dengan
      berkerawang-kerawang, bertirai-birai bagai....

Semua tu... perlu duit yang beribu-riban...

Gembiranya hanya sehari dua tetapi bebanan yang ditanggung akibat hutang yang tinggi bagi menampung majlis tersebut boleh menjadi igauan ngeri buat pasangan dan keluarga pengantin..


Apa kata ikut check-list nih...
Sumber : ustaz.blogspot.com
Ini cuma pendapat.... kalau kurang tepat harap maaf lah yer.....


Friday, 27 May 2011

1
Komen
Nora Elena.....Gempak...

Episod Khamis - 26 / 5 / 2011

Entah kenapa drama Nora Elena ni tak tulis episod ke berapa dan ke berapa... tak tau lak kalau tak perasan...

Kisahnya.....Nora bersetuju terima Seth untuk ganti Eid sebagai suami kerana permintaan ibunya yang sakit.  Bila risau dan rungsing akan pengSAN... Nak buat camane dah penyakit gitu kan...

Eid pulak macam org gila talak... terhegeh-hegeh nak merayu ngan banglong Nora supaya keluarga boleh terima dia semula.  Tapi kena halau....

Lain kali jangan guna falsafah.... 'bila aku dah ludah, aku tak kan jilat balik...'  sebab Eid sebenarnya tak menyiasat hal sebenar.... pakai terjah jer...

Yang syoknya.. bila Nora dan Seth dah jadi suami/isteri yang sah, Nora tak benarkan Seth.... em..em....em  walaupun pada malam pertama mereka.... hahaha... kesian Seth...  Bukan tu jer.... makan pun asyik nasi goreng dan makan sorang2....

Nasib baik Seth cerdik... dia call mak/ayah mertuanya untuk dtg.  Alasannya nak makan masakan asam pedas.  Sebelum mak/ayah mertua sampai... Seth dah suruh Nora untuk panggil Seth. ... Aaabang.... hahaha....

Semasa nikah, Seth telah beri hantaran sebanyak RM50,000.  Tapi Nora tak nak dan telah pulangkan semula kepadanya... Seth kata "tak nak nanti buruk dagu..."  Nora dengan nada yang agak kasar telah membetulkan, 'buruk siku..lah..'

Nora masih belum boleh menerima Seth sebagai suaminya kerana perkahwinan mereka tanpa perasaan cinta...

Samada Nora boleh menerima Seth atau tidak, tunggu episod Isnin (minggu depan).

0
Komen
Al-Quran.... mengkagumkan Dr. Miller


Sumber gambar :  Google

 Sempena hari Jumaat ni... jom kita baca apa kata Dr. Miller tentang Al-Quran... kitab agung umat Islam...  

Thursday, 26 May 2011

2
Komen
Senangnya nak tidor.....

Macam-macam penyakit ada zaman sekarang ni... tak pernah dengar pulak penyakit bila ketawa boleh tertidor.  Payah juga, tengah syok ketawa terus berdengkur....   kesian kat kengkawan....

 

7
Komen
Tibai boss....

Pagi ni boss kena tibai... mana boleh tahan der... asyik terkena jer... Apa... dia ingat dia bagus sangat.   Semua dah dok ready tinggal nk sign je.... kalau setakat kesilapan sikit2 tu biasalah... semua org buat silap.  Jangan ingat kita ni sama dengan malaikat...

Melepas perasaan ni memang syok.  Tapi akibatnya tunggu lah hujung tahun nanti... merundum lah markah prestasi... hahaha.... sendiri buat sendiri tanggung lah... nak wat lagu mana...

Tapi tibai ni cara berhemah...bahasa mau baik... bukan bodek...  jangan masukan pasir dalam periuk nasi sendiri, nahas tuh....

Sesekali rasa nak belajar tibai roti canai... nak lepas tension.....
pandai adik ni... ada gaya..
(sumber gambar : google)

(sumber gambar :  google)
 

Tuesday, 24 May 2011

5
Komen
Lagi Lagi Kecuaian.....


Seorang bapa terlupakan anak perempuannya yang berusia 3 tahun tertinggal didalam kereta kancil kerana ingin membantu mengusung jenazah sepupunya.

Agak kerap juga mendengar kisah kecuaian seperti ini.  Sangat sedih dan mendukacitakan apabila seorang anak kecil dibiarkan bersendirian.  Perkara seperti ini boleh dielakkan jika ibubapa saling mengambil berat tentang anak-anak.  Jangan harapkan orang lain untuk menjaga keselamatan anak kita.  Jika bapa sibuk ingin membantu orang lain yang dalam kesusahan, si ibu lah yang perlu mengambil alih tugas, untuk memerhatikan dan memastikan anak-anak tidak hilang dari pandangan.

Walau apapun, semoga roh adik Nor Izzyan Natasya Ishak ditempatkan bersama ahli syurga.  Al-Fatihah.

Sumber : Harian Metro

0
Komen
Terowong SMART.... menyusahkan trafik ke pusatbandar

Terowong SMART ditutup menyusahkan trafik hala ke Kuala Lumpur.



Boleh dikatakan kenderaan bertumpu di laluan lebuhraya Seremban/Kuala Lumpur dan Jalan Sungai Besi untuk menuju ke Kuala Lumpur.  Apabila Terowong SMART ditutup.... gawat jadinya.... Manakan tidak...kebanyakan kenderaan akan menggunakan lalauan Terowong SMART jika lebuhraya Seremban/Kuala Lumpur sesak (walaupon setiap hari begitu).  Biarlah terpaksa membayar tol RM2 tetapi selesa dan lancar hingga ke pusat bandaraya.


gambar sekadar hiasan jer.....
Pagi ni pukul 6.50 telah berlaku kesesakan hingga boleh dikatakan melekat.... tidak bergerak.  Sudah semestinya semua pekerja lewat sampai ke ofis.  Kalau boleh pihak Terowong SMART berikan informasi dari masa kesemasa di TV tentang penutupan terowong agar pengguna jalanraya mendapat informasi secukupnya dan bersedia untuk membuat pilihan lain selain dari menggunakan laluan tersebut dan yang berhampiran.

Nampaknya peranan Terowong SMART sebagai dua fungsi (kenderaan dan air) belum berjaya lagi dilaksanakan.  Demi keselamatan pengguna jalanraya.  Janganlah mengadaikan nyawa manusia semata-mata ingin membuktikan sesuatu.

Friday, 20 May 2011

2
Komen
Demam Drama Nora Elena....


Waktu rehat tengahari tadi... jalan jalan di sekitar Jalan TAR,  cari kedai buku..... konon... nak cari novel Kasih Yang Suci... gara-gara terpengaruh dengan drama Nora Elena yang sedang hangat hangat kat TV3 skrang nih...

Lepas satu kedai ke satu kedai bertanyakan novel nih... tapi hampehhhh.... jurujual tu bagi tau sedang di ulang cetak.....tungguh je lah... sampai siri drama habis...


tapi berjaya juga cari sinopsis kat blog
Lagenda Budak Nakal - TQ

1
Komen
tak habis habis dengan PTK.....

Berbagai penilaian untuk kakitangan perkhidamtan awam dicuba,diubah dan diolah tapi masih belum memenuhi kehendak dan kesesuaian kepada semua....


semua orang adalah manusia biasa, tak lepas dari perasaan yang mana kada-kadang terlebih emosi dalam membuat penilaian kepada anak anak buahnya....  apa-apa pon yang jadi mangsa adalah mereka yang mendapat penilaian yang tidak seimbang...dapat naik pangkat atau tidak bergantung kepada markah yang diberi...

JPA telah rangka cara baru jom kita baca (sumber Berita harian)

34
Komen
Meooooow....

kucing smua cuti dan mc la pulak hari nih.... tinggal lah si tikus berkeliaran dengan bebasnya....


Mood hari Jumaat ni lain ckit... riang gumbira... sebab esok dah hari rehat sedunia..... kerja pon ala ala je lah...huhuhu....
Macamana pun tugas perlu dibereskan.... nak buat susunatur sesi temuduga tuk minggu depan.  Nak cari panel dan sediakan tempat.... brekfes tuk panel pon kena ada gak... jgn biar panel kelaparan... hahaha...

Bila kucing masuk Isnin nanti, semua mesti dah settle...
kucing semua masuk opis....mintak semua yg telah disediakan.... kalau tak tersedia.. siap la luuu....

Thursday, 19 May 2011

2
Komen
mase kecik kecik....

teringat plak kesah masa baru masuk derjah satu..... banyak tahun yg lalu...

sedihnya... nk masuk ke tak nih.......


Biasa la waktu baru masuk skolah cikgu akan tanya macam2... nk berkenalan lah kate kan....
mula2 tanya name... masa ni best gak... antara nama yang masih ku ingat, agak unik adalah sorang sahabat ku ni.... Isnin... dia baik dan selalu senyum....  mungkin dia lahir hari Isnin kooootttt tu yg dpt nama camtuh.......

Kendian cikgu tanya cita-cita lak....

Kebanyakannya bagi jwpn standard.... nk jadi cikgu.... tapi tak jadik pon sekarang nih... jadi lain....tp x kesahlah janji jadi owang.....

Salah sorang kawan perempuan ku ni namanya Fatimah.... nama sama ngan cikgu kelas.... tapi bila cikgu tanya nak jadi apa dia jawab Emak.... nak jadi Emak.... cikgu buat reaksi apa aku pon lupa dah.... agaknya gelak mcm nak pecah perotlah kot...

emak sapa ni ekkk.... sempoi...


Kawan aku si Isnin pulak... bagi jawapan yg mengegar kelas... walau pon kitorng kecik lg tapi tau lah jawapan dia tu agak melampau.... tau tak nk jadik aper.....?  Nak jadi Komunisssss......

gambar sekadar hiasan je ekkkk.... x de niat apa-apa ponnn...


jadi, kepada adik-adik kecik tu... kita didiklah dia buat pilihan yang tepat untuk kerjaya masa depan... jangan tersilap langkah... dan jadilah insan yang berguna kepada agama dan bangsa....

Tuesday, 17 May 2011

4
Komen
Ohhhh Petai...

Macam2 leh bwat ngan petai... walaupon harga makin mahal tp tetap jadi pilihan....



Paling best sambal petai ngan udang.... terliur...

x de lauk lain pon x mengapa....

Tapi x penah lak makan ikan bakar ngan petai....


Satu benda yang sungguh ku x sanggka... petai dah ditinkan..... wahhh... dah upgred gitu....




Sumber KOSMO...

1
Komen
Kenangan ...

Kejadiannya 18 April 2011 (Isnin)

Pertama kali Bomba dtg ke kwsn opis...wat pe dorg dtg......

X siapa pun sangka selama ni selalu gak ada latihan kebakaran tapi hari ni betul2.  Mcm pendekar bujang lapok ckp tuh.... ini bukan cobaan tapi betul betul....






pd masa kejadian, ada lah ckit prbncangan nk letak bebudak baru lapor diri kat unit2 di opis nih... tp x smpt bwat apa pon, loceng dah berbunyi.... apa lg... lari lah.......

Dari 10.30 pg dok betbran kt padang... nk pi mana pon x bleh... smpai lah bomba dtg 1... 2.... 3... 4... biji...pon x settle lg... bila Hazmat dtg, masuk dlm makmal guna baju org pi planet tuh.... x tau la....




Apa2 pon rasa hormat dan tabik spring pd psukan BOMBA yg tlh bersabung nyawa mnolong memadamkan kbkaran... Tenkiu bebanyak.... jasa mu pasti kami knang smpai bebila....





skarang ni keadaan btmbah pulih... cuba bldg yg sblah knan x bleh guna... tutup terus tuk dibaiki... x tau brapa lama bleh masuk smula...

bwat smtara waktu nih.... smua yg tlbat pi lah merempat kt tmpat owang...... ksiann....


http://ondscene.my/kebakaran/kebakaran-di-imr

Sunday, 15 May 2011

1
Komen
Belia sana sini

Hari Belia Negara
Posted on 13/05/2011 by sekretariat


Sesape yg x ada aktiviti esok, bleh lah gi meramaikan brsempena Hari Belia Negara.


Tarikh : 15 Mei 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 malam-10.00 malam
Tempat : Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

ATURCARA :  kat sini dan jom join yang  ini 

Thursday, 12 May 2011

0
Komen
PTK cara baru...


PENIALAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) akan diganti dengan 360 darjah.   Bagaimana penilaiannya akan dibuat kepada semua penjawat awam tak pasti lagi.... kita tunggu.....
  

Tuesday, 10 May 2011

0
Komen
Kerja Oh Kerja.....

Sedang mencari kerja, cuba daftar di sini.....


0
Komen
Rasa nak marah......?


Cara yang terbaik untuk meredakan kemarahan adalah dengan mengambil wudhu' setiap kali perasaan itu datang. Di samping membaca ayatul Qursi, zikrullah, istighfar serta sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan. Kita harus menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah syaitan akan berpesta dan itulah cara mudah untuk dia mempengaruhi kita. Bermakna orang yang sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan. Bagi memadamkannya ia perlukan air. Air wudhu'lah yang harus kita gunakan bagi membanteras sikap mazmumah di dalam diri kita oleh sikap marah melampau.



Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah ? Apa untungnya aku marah ?

Orang yang marah sebenamya mempamerkan kebodohannya . , jadi mulai hari ini, tanamkan sikap untuk menahan rasa marah dan cuba senyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan.

Cubalah berjenaka dan anggap masalah itu cuma hiburan . Jangan begitu serius semasa bekerja(terlampau memikirkan kerja sehingga sukar memahami orang lain) kerana ini akan menyebabkan anda sering tertekan.. Dengan itu sikap yang sebegitu keras akan menekankan perasaan orang. Sekaligus menjauhkan orang lain dari kita dan itu akan mengundang tekanan dalam diri. Kurangkan aktiviti yang menekan minda , carilah perbualan yang positif dan jangan cuba berbual perkara yang negatif seperti mengumpat orang, menyebarkan fitnah dan lain-lain. Ini kerana berita-berita kosong akan menyakitkan minda dan jiwa seterusnya akan meletuskan rasa amarah yang teramat.



Kalau rasa tertekan dengan kerja, cubalah bertenang, rehatkan minda seketika dan cuba buat sesuatu contohnya melukis, menulis dan lain-lain tapi jangan pula ambil kesempatan sehingga mengabaikan tugas kita yang sebenarnya.

Presiden Termiskin di Dunia


Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh stesen Televisyen Fox (AS) tentang kehidupan peribadinya:

"Ketika anda melihat cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?" Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya: "Ingat, kau tidak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggungjawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran ."
 

Berikut adalah gambaran Ahmadinejad, yang membuat orang terkagum dan terkesima :


1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden
Beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.


2. Beliau mendapati bahawa terdapat ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menyambut tetamu VIP, lalu beliau mengeluarkan arahan untuk menutup ruang tersebut dan menyuruh pegawai istana untuk menggantikannya dengan ruang yang biasa dengan 2 kursi kayu. Walaupun  nampak sederhana tetapi terlihat menakjubkan. 


3. Di banyak kesempatan, beliau dikenali sebagai seorang yang suka berjenaka dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presidennya.


4. Di bawah kepimpinannya, ketika beliau meminta menteri-menterinya untuk datang kepadanya dan menteri-menteri tersebut akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani yang mempunyai arahan-arahan darinya, arahan tersebut terutama sekali menekankan para menteri-menterinya untuk hidup secara sederhana dan disebutkan bahawa segala rekod peribadi mahupun ahli keluarga terdekat mereka akan diawasi, sehingga pada saat menteri-menteri tersebut keluar dari pejabatnya, mereka keluar dengan kepala menegak.


5. Langkah pertama beliau ketika itu ialah mengumumkan kekayaan dan harta benda beliau yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah di Teheran. Rekod banknya mempunyai baki paling minimum, dan satu-satunya wang yang masuk adalah gaji bulanannya.


6. Gajinya sebagai pensyarah di sebuah universiti hanya senilai US$ 250 (RM 750).


7. Ahmadinejad masih tinggal di rumah warisan ayahnya. Hanya itulah yang dimiliki oleh seorang presiden dari negara yang penting, baik secara strategik, ekonomi, politik, pertahanan dan pengeluaran minyak. Bahkan beliau juga dikatakan tidak mengambil gajinya, alasan beliau adalah semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.


8. Satu perkara yang membuatkan para staf di pejabat presiden kagum adalah beg yang selalu dibawa oleh beliau setiap hari selalu berisikan sarapan; roti atau roti keju yang disiapkan oleh isterinya dan beliau juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.
 


9. Hal lain yang beliau ubah ialah Penggunaan Jet Terbang Presiden, beliau mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat menjimatkan duit cukai yang dibayar rakyat dan untuk dirinya,
beliau hanya meminta untuk terbang dengan pesawat terbang biasa dengan kelas ekonomi.


10. Beliau kerap mengadakan pertemuan dengan menteri-menterinya untuk mendapatkan info tentang kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan, dan beliau memansuhkan protokol istana sehingga menteri-menterinya dapat masuk terus ke pejabatnya tanpa sebarang halangan.
Beliau juga menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, atau penerbitan peribadi, atau hal-hal seperti itu ketika berkunjung di berbagai tempat di negaranya.

11. Sekiranya perlu menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.


Apakah perilaku tersebut merendahkan kedudukan presiden? Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yang selalu mengikut kemanapun beliau pergi.
Menurut akhbar Wifaq, gambar-gambar yang diambil oleh adiknya tersebut, kemudian dipaparkan oleh media masa di seluruh dunia, termasuk Amerika.



12. Sepanjang solat berjemaah, anda dapat melihat bahawa beliau tidak duduk di saf paling depan


13. Ketika suara azan berkumandang, beliau akan terus mengerjakan solat di manapun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.

14. Majlis perkahwinan anak lelaki beliau hanya berlangsung dalam keadaan yang amat sederhana, bahkan majlis itu tidak ubah seperti perkahwinan kaum Buruh sahaja. Berikut adalah gambar-gambar majlis perkahwinan seorang anak presiden.
Tetamu hanya dihidangkan buah-buahan dan minuman
   


Kagum dan respect betul dengan Ahmadinejad ini, alangkah bagusnya jika pemimpin-pemimpin Malaysia juga mempunyai personaliti seperti beliau. 

Sumber diperolehi dr. Billy Info -  TQ.

source: http://arenaphoto.blogspot.com

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...