Nuffnang

Pages

Monday, 13 August 2012

30
Komen
Motivasi diri


Assalamualaikum

esti...pinjam gambar ye...

Kita tidak boleh mencipta Pengalaman
walau apa jua dugaan mendatang...
mesti hadapinya

moga kita semua cekal mengharungi dugaan


Saturday, 11 August 2012

Salam Ramadhan



Biar betul... 
rasanya dah lama saya tak update blog ni... !!

Saturday, 28 July 2012

10
Komen
Bulan Ramadhan Bulan Keberkatan

SALAM RAMADHAN 


Telah masuk hari kelapan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.  Setiap hari di Jabatan tempat saya bertugas dipenuhi waktu rehat dengan Tazkirah Ramadan oleh Ustaz-Ustaz jemputan.  Tidaklah sia-sia    waktu rehat selama sejam.

Peluang yang disediakan untuk menambah barakah bulan Ramadan ada juga yang mensia-siakan.  Ruang yang besar di dewan yang tersergam indah hanya terisi tak sampai beberapa baris sahaja.  Masih ada yang lebih mengutamakan tidur dari datang mendengar Tazkirah.  Tapi mungkin juga mereka ada urusan lain.

Saya tabik spring pada Ustaz yang sudi datang untuk menyampaikan kuliah.  Walaupon kurang sambutan tetapi tetap bersemangat untuk menyebarkan syiar Islam...  Terima kasih Ustaz...



Monday, 21 May 2012

Assalamualaikum..



Petua jika baby baru lahir kekuningan.

Kebanyakan baby yang baru lahir sukar nak elakkan dari kekuningan.  Saya dapat pengalaman dari seorang rakan yang mendapatkan ubat dari Tabib Cina atau Kedai SinSeh...  Ada sesetengah kedai tu beri herba-herba yang perlu direbus, kemudian jadikan mandian baby.  

Pernah dengar Serbuk Mutiara ?  serbuk ni boleh dapat di kedai tabib cina.  Bila baby didapati kekuningan selepas dilahirkan, calitkan sedikit serbuk mutira ke lidah baby atau boleh juga dicampurkan kedalam susu botol. Kuning baby akan berkurangan.

Insyallah.  

Punca baby kekuningan di sini.

Sunday, 20 May 2012

Bila uncle bangla pertama kali naik kapalterbang...




Friday, 2 December 2011

7
Komen
SBPA... bila nak keluar ni..

 Assalamualaikum  !!

 Sedang hangat dipasaran.  Semua pegawai perkhidmatan awam sedang menantikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.  Pekeliling yang dinantikan masih belum dikeluarkan lagi.  Pegawai yang berada di Unit Sumber Manusia sedang sibuk sediakan maklumat-maklumat terkini tentang gred jawatan, gaji terkini dan TPG pegawai.  Opsyen yang akan dikeluarkan pula akan dilakukan secara online.  Tunggu je lah...

Wednesday, 30 November 2011

9
Komen
Betul ke......Nazmi alami ‘masalah misteri’

Assalamualaikum  !!

gambar dari Utusan Malaysia
 Rakyat Malaysia sekarang ni sedang hangat memperkatakan tentang Nazmi ni... kehebatan dan ketangkasannya... memang mengkagumkan.  Tapi, bila terbaca kisah dia mengalami masalah tidak boleh beraksi di padang sepanjang 90 minit, terasa agak terkilan dan kesian... harap pihak yang berkenaan dapat membantu Nazmi meningkatkan stamina dan mengatasi masalah yang dihadapi.  Oleh kerana Nazmi masih muda dan kelak menjadi harapan tinggi dari rakyat Malaysia untuk kebangkitan bolasepak negara.
Harimau Malaya

Monday, 28 November 2011

25
Komen
Tak boleh follow... kenapa ye..

Assalamualaikum  !!

Niat hati nak follow tapi tak boleh..
kalau biasanya... bila keluar benda ni maknanya dah follow blog tu... 
tapi macamana pulak, tak pernah follow tapi keluar benda ni pada setiap blog yang saya kunjungi... 
ada sesiapa yang mengalami masalah ni tak !!

8
Komen
Melancong ke Bandung menginap di Orange Home’s

Assalamualaikum !!

Gambar google
Hari 1 di Bandung

Menaiki pesawat Airasia bersama keluarga dari LCCT.  Pesawat mendarat di  Bandar Udara Internasional Husein Sastranegara, Bandung yang mana merupakan sebuah bandar udara yang terletak di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Kemudahan kaunter Imigresen di Bandung tidak sekemas seperti di Jakarta yang lebih teratur dan selesa.  Di sini Cuma terdapat 2 kaunter disediakan.  Satu untuk rakyat tempatan dan satu untuk pelancong.  Bayangkan jika 2 pesawat sekaligus sampai.  Berasak-asak dari pintu masuk terminal lagi.. lebih dua jam untuk sampai ke kaunter imigresennya...  Aduh..   Berpeluh-peluh.  Yang bawa anak kecil tu... menangis sakan ler...

Pastikan mengisi borang yang diberi oleh FA semasa dalam penerbangan diisi dengan betul untuk setiap orang.  Maklumat yang diminta seperti berapa lama lawatan, nama hotel penginapan dan alamat, nombor pesawat dan lain-lain.  Serahkan di kaunter bersama passport dan bording pass.  Saya dan keluarga terpaksa mengisi semula borang kerana terdapat sedikit kesilapan.  Terpaksa ke bilik yang menyimpan borang jauh dibelakang untuk mengambil borang baru dan isi semula.  Kemudian, terpaksa beratur semula... lain kali perlu lebih berhati-hati..

Kami menginap di Orange Home’s Hotel.  Selesa dan disediakan kemudahan yang agak mencukupi.   Disediakan sarapan pagi untuk setiap orang.  Wifi pon ada.  Jika datang ke Bandung lagi saya pasti akan menginap di hotel ni.. 
 

Monday, 21 November 2011

8
Komen
Harimau Muda... Harapan Negara.. !!

Assalamualaikum !!


Moga Harimau Muda melunaskan tugas dengan penuh semangat...!!

Monday, 14 November 2011

9
Komen
Amalan Ibubapa ketika anak-anak sedang menghadapi peperiksaan

Assalamualaikum !!

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG.

Kepada pembaca budiman yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini atau tahun berikutnya. Penulis ada sikit perkara untuk kita kongsikan bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa. Melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah bolehlah melakukan amalan ini agar anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

 Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber asal:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang telah pun bersara iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah semuga perkongsian ini mendapat manafaat dan diberkati Allah s.w.t.


Wasallam.
sumber:MataHati AinulQalbi

juga dari amanirus.blogspot.com

5
Komen
Exam datang lagi..

Assalamualaikum !!

Peperiksaan SPM telah bermula hari ni.  Kepada semua adik-adik yang mengambil exam SPM tu, semoga telah benar-benar bersedia dari segi mental dan fizikal ye.. dan dapat menjawab soalan dengan tenang dan juga berhati-hati semasa membaca soalan.  Jangan lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab.  Kerana exam ni lah penentu masa depan adik-adik.  Samada nak ke menara gading atau terpaksa menamatkan pelajaran dan mula bekerja.  Kakak mendoakan kepada semua adik-adik calon SPM akan beroleh kejayaan yang diidamkan... Insyallah.

Friday, 11 November 2011

9
Komen
Hari hujan

Assalamualaikum !!

Selamat pagi.  Hari ni hari Jumaat.  Pagi ni bergerak ke tempat kerja dalam hujan lebat.  Kalau ikutkan hati tarik selimut lagi baikkkkk.... Bila bergerak dalam hujan, biasanya kenderaan pon bergerak perlahan juga.  Maklumlah di KL ni jalannya banyak lubang... silap haribulan pecah pulak tayar.  Alhamdulillah sempat sampai awal di tempat kerja walaupon dalam hujan...

musim hujan katak benyanyi
gendang ditabuh sambil menari
kenapa katak panggil hujan
sebab hujan dah jadi penyanyi..

(pantun mengarut..)


Sunday, 6 November 2011

6
Komen
Salam Aidil Adha

Asslamualaikum !!

Alhamdulillah saya telah selamat kembali dari percutian.  Segalanya berjalan lancar dan tiada sebarang halangan.  Bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah merahmati perjalanan kami dan melindungi kami dari sebarang kesukaran. Alhamdulillah.

Dikesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua teman-teman yang beragama Islam.  Disini ingin saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap sepanjang saya berblogging. Kita hanyalah manusia biasa yang tak sunyi dari melakukan kesilapan secara kita sedar ataupun diluar kesedaran kita. Yang elok adalah datang dari Allah SWT dan yang kurang elok tu adalah dari kelemahan saya sendiri.
~~ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA ~~
imej google

Sunday, 30 October 2011

Assalamualaikum !!

baby goggle kat airport...
Pinjaman pelajaran yang tidak dilunaskan biasanya akan dikenakan tindakan kepada PEMINJAM... 
Peminjam tak dibenarkan keluar negara.
Bagaimana pulak dengan nasib PENJAMIN..  surat beritahu nama akan di 'blacklist' dah sampai.  
Hari ni nak berangkat ke Bandung... macamanalah nasib saya nanti kat LCCT...

Wednesday, 26 October 2011

15
Komen
Siapa kata hantaran kahwin mahal..

Assalamualaikum !!

Bila saya terbaca kisah perceraian penyanyi Zainal Abidin dengan bekas isterinya yang telah menuntut hutang nafkah anak mereka sebanyak RM 167,102.04 terkejut juga dibuatnya.  Ingatkan belanja hantaran kawin saja yang mahal.. rupanya harga perceraian lagi mahal..

Kepada yang telah berumahtangga tu, jagalah dan hargailah pasangan dan anak-anak ye jangan abaikan mereka.

Tuesday, 25 October 2011

7
Komen
Assalamualaikum

kesiankan.... (gambar google)
 Akhir-akhirnya masa semakin menghimpit. 
Kurang berkesempatan untuk update blog ni.  Kepada yang sudi singgah tu, insyallah bila ada sedikit masa terluang pasti akan saya kunjungi semua..
terima kasih banyak..

Wednesday, 19 October 2011

16
Komen
Tukar kad pengenalan lagi

Assalamualaikum !!

I/C Tun Mahathir.. (sumber google)
Kad Pengenalan Malaysia akan ditukar lagi.  Kad pengenalan sekarang ni saya rasa kurang kualiti.  Walaupon ada cip bagai tapi cepat rosak.  Gambar pulak satu hal.. kita belum ready lagi pegawai bertugas kat kaunter Pendaftaran tu terus snapppp... entah senonoh ke tidak.. lantak..  Kebanyakan dari kita tentu kurang puas hati dengan kualiti gambar dan kualiti kad tu sendiri.  Gambar yang kurang jelas, muka terkejut, mata nak tidor dan macam-macam lagi yang tidak memuaskan hati..

Walaupon kad pengenalan lama yang dibuat dari plastik tu tak ada cip.. tapi tahan lasak.  Kena hujan, panas tetap utuh.  Cuma warna plastiknya je yang jadi kekuningan bila dah lama sangat.

Tahun depan nak tukar kad pengenalan baru lagi... bagus juga...
tapi adakah kualitinya akan lebih baik...?


Friday, 14 October 2011

13
Komen
Artis fofuler

Assalamualaikum !!

Seorang artis lelaki (dulu berkumpulan) datang ke tempat kerja kawan saya yang bekerja di Klinik C&C 1Malaysia.  Mana tak sukanya member saya ni, artis tu datang bersalaman dengan dia...  tak perlu nak pergi konsert nak dapat bersalaman atau sign autograf... dapat jumpa face to face lagi..

Memang tak dinafikan artis lelaki tu mempunyai keunikan vokal tersendiri...vokalnya sangat merdu boleh meruntun kalbu dibuatnya.  Dengar kata dia datang dapatkan rawatan secara sukarela kat klinik tu setiap minggu.  Moga penyanyi lelaki tu cepat dapat memulihkan diri... dan aktif semula menyanyi.. ramai peminat-peminat menanti.. 

agak-agak siapa artis fofuler tu yer.. vokal dia setanding dengan Jamal Abdillah..satu masa dulu pernah digosipkan dengan Siti Nurhaliza.

Tuesday, 11 October 2011

13
Komen
Follower belog cenonet...

Assalamualaikum !!

Terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang telah sudi menjadi rakan di blog GreenApple yang tak seberapa ni. Sebagai tanda penghargaan saya nak berkenalan lebih rapat dengan follower ke 999 dan 1000 blog cenonet ni...
Follower ke 999 
Klik klik klik pada gambar wani yang comel tu.. tapi sayangnya tiada url ke blog wani.. harap jika wani ada terbaca catatan saya ni, wani letak link ke blog wani ye..
Follower ke 1000

ini header blog ayu..
Jomlah kita terjah blog Ayu.  Walaupon dah jadi ibu kepada Aysha dan Ayna... (comel nama cahayamata ayu...) tapi masih berkesempatan untuk mengemaskini blog.  Cantik dan kemas blog ayu.  Almaklum ayu dah menjadi warga blogger ni sejak September 2010.. dah otai pon..  Teruskan usaha ayu..

sudilah terima jambangan 1,000 kuntum bunga ni....(betul ke ada 1000 kuntum)


Pasti tidak dilupakan khas dan paling istimewa buat semua follower blog GreenApple yang setia.  Walaupon kadang-kadang kurang berkesempatan nak duduk melepak lama sikit kat depan lappy ni... tapi masih ada juga yang sudi singgah... Terima Kasih tidak terhingga untuk semua...

Paling teristimewa Untuk Semua Follower blog GreenApple

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...