Nuffnang

Pages

Friday, 12 August 2011

10
Komen
TIDAK PANDAI BERBAHASA



Pernah saya terfikir, kenapa generasi muda hari ini tidak pandai berbahasa? Cakapnya kasar, tidak pandai mengambil hati, tulisnya keras ayatnya pedas. Hingga kadan-kandang ramai yang bosan melayan mereka.

Mungkin ia adalah kesan sampingan teknologi. Jika dahulu, kita banyak berinteraksi dengan manusia, tetapi kini banyak yang bersifat virtual, dengan mesin tanpa jiwa dan rasa. Bercakap dengan skrin!
Maka bahasa yang ditulis semakin pudar daripada seni dan warna. Membaca tulisan pun sudah seperti ungkapan matematik tanpa perasaan.

“Ahh, buang masa sahaja. Janji mesej sampai” alasan yang diberi.

Sedangkan manusia masih memiliki naluri yang sama. Suka pada keindahan bahasa, cenderung kepada pengaruh kata-kata.

Mungkin kerana itu, semakin ramai anak muda yang sesat dalam kehidupan hanya kerana terlalu mudah jatuh ke permainan kata-kata. Cukup sekadar disuntik sedikit rasa, terus rabun dari menilai yang mana intan yang mana kaca.  Sungguh merugikan.

Semakin lama semakin ringkas ayat yang digunakan, hinggakan kadang-kadang langsung tak faham apa sebenarnya yang dimaksudkan.

Bahasa Jiwa Bangsa...


Sebahagian Petikan  dari : saifulislam

Post a Comment

10 comments:

Anonymous said...

kadang background dorg kot punca dorg jd mcm tu. sy pun sedang makan hati dgn rakan sy yg usia nye muda dr sy makin di diamkan makin pijak kepala. hurmm

Anisa Hang Tuah said...

kachak luar

kachak dalam.

Asyila Zainuddin said...

pengaruh rakan sebaya jugak kot.. :)

Green Apple said...

@Jiejah Gorjes : mungkin juga... klau dah melampau tu... mana boleh tahan...

Green Apple said...

@Anisa Hang Tuah :
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekal

Green Apple said...

@Asyila Zainuddin : mungkin juga... tp tak boleh juga nak salahkan org lain.. kadang2 dari diri sendiri.

cik tehaa said...

setuju. kalau nak ubah ayat pun jangan sampai keterlaluan kan ;)

Green Apple said...

@cik tehaa : jgn sampai rasa x minat nak teruskan bacaan...

Zahirah said...

sokong! haha :D pernah jumpa banyak kali. tapi layan kan je. hehe

Anak Wak Mail said...

hmm,,perlu jaga kata2 saya..:)

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...