Nuffnang

Pages

Thursday, 25 August 2011

15
Komen
Zakat Fitrah

gambar dari google
Hukum Zakat Fitrah

Zakat fitrah hukumnya adalah wajib.

Zakat Fitrah Untuk Anak-Anak

Anak-anak yang telah baligh (dewasa), jika mereka mampu mencari pendapatan sendiri, maka zakat fitrah mereka tertanggung atas diri mereka sendiri, bukan atas bapa atau penjaga mereka. Malah tidak sah bapa atau penjaga mereka mengeluarkannya bagi pihak mereka kecuali dengan izin mereka atau dengan mereka mewakilkannya. 
 
Kesimpulannya, bagi anak-anak yang telah dewasa, syarat untuk mewajibkan bapa atau penjaga menanggung zakat fitrah mereka ialah mereka tidak mampu mencari pendapatan sendiri.

Bilakah anak wajib menanggung zakat fitrah untuk ibu-bapanya?

Anak tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi ibu-bapanya kecualilah jika ibu-bapanya fakir atau miskin di mana nafkah sara hidup mereka menjadi kewajipannya ketika itu. Adapun ibu-bapa yang kaya atau berkemampuan, maka zakat fitrah mereka tidak wajib ditanggung oleh anak-anak mereka, akan tetapi ditanggung oleh mereka sendiri. 

Lafaz Niat Zakat Fitrah
1.   Untuk Diri Sendiri
  • "Inilah wang zakat sebanyak...... menggantikan beras yang wajib atas diriku pada tahun ini kerana Allah Taala"
 2.  Untuk Diri Dan Keluarga dan Tanggungan
  • "Inilah wang zakat sebanyak ...... menggantikan beras yang wajib atas diriku dan keluarga serta tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala"
3.   Zakat Yang Diwakilkan
  • "Inilah wang zakat sebanyak ..... menggantikan beras yang telah diwakilkan kepadaku oleh ....... dan keluarga/tanggungannya pada tahun ini kerana Allah Taala"


Wallahuallam..

 Petikan dari : Ust Ahmad Adnan Fadzil

Post a Comment

15 comments:

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
zakat fitrah melambangkan keikhlasan agama isalam dlm membantu penganutnya yg susah..

cik tehaa said...

huhu..zakat fitrah. kadang ada org tlepas pndg hal ni..

nway, Selamat Hari Raya Green Apple! :D

Green Apple said...

@yusuflaili : mudah2an diagihkan kpd yg benar2 memelukan

Green Apple said...

@cik tehaa : kadang2 anak dara yg dah kerja tu, kompius siapa yg patut bayar ni... aku ke ayah ke... rupanya sendiri kena bayar :D

Unknown said...

Alhamdulillah dh settel

Green Apple said...

@khairul : wahhh bagus2.. sebelum terlupa :D

Gamez loVer said...

:):)

Green Apple said...

@Si Pujangga ; senyum tu.. dah bayar ke.. :D

syiela said...

alhamdulillah.. hubby dah tunaikan tuk kami sekeluarga :)

Green Apple said...

@syiela : dia menjalankan t/jwab tu.. hehe
sblm terlupa

EmpayarUtama said...

Malam tadi settle dah untuk taun ni

Green Apple said...

@EmpayarUtama : perkara yg wajib jgn dilengahkan.. :D

msredcheesecake said...

Msred n anak nyer dah dibayar oleh mr hubby....

Elih Japahar said...

Selamat hari raya..maaf zahir! semoga zakat ditunaikan

Anonymous said...

An interesting discussion is worth comment.
I do believe that you ought to write more about this topic, it might not be a
taboo matter but typically folks don't talk about such subjects. To the next! All the best!! http://www.razere.com/index.php?do=/profile-7386/info/ is one of the greatest manufacturers while in the on line marketplace. If you want to prevent impotent manufacturers, then distinctive retail outlet is your ideal bet. Verify it out at site

Also visit my homepage :: soccer jersey

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...