Part 3
Assalamualaikum !!
Saya dan piah teruskan langkah menujuk ke pintu kaunter untuk menaiki pesawat. Tiket dan passport kami serah pada pramugari bertugas untuk semakan. Semasa di dalam kapalterbang, saya dan piah duduk bersebelahan. Kalau tak beli makanan ni, macamana dengan kami bila sampai di Jakarta nanti. Makanan mungkin ada, tapi tak tahu samada halal atau sebaliknya. Dipendekkan cerita, kami beli makanan di dalam penerbangan tu, walaupon harga agak tidak masuk akal. Nasi lemak dengan harga Rph 39,000. Kalau dalam RM lebihkurang RM18 untuk 1 nasi lemak. Air mineral pulak lagi. Untuk dua orang kami telah habiskan duit lebih RM40.00, hanya untuk makanan yang ringkas begitu.
Cabin crewnya pulak semua orang Indonesia. Tuturkatanya menarik. Walaupon belum sampai di Jakarta, kami telah mula merasai suasana dikelilingi dengan orang-orang Indonesia yang bertutur agak berlainan dengan cara pertuturan kita.
Penerbangan lebihkurang dua jam. Kapalterbang mendarat dengan selamat di Soekarno Hatta Airport, Jakarta. Saya dan piah menuruti belakang penumpang lain keluar dari pesawat. Ikut saja kemana hala mereka. Sambil membaca papantanda tunjuk arah. Hinggalah kami berdua ditahan oleh Pak Imigresen, kerana mereka mengesyaki kami bukan orang Indonesia. Dan dengan berbudi bahasa dia menghalakan kami ke kaunter Imigresen.
Selesai pemeriksaan, kami menuju keluar untuk pemeriksaan bagasi pula. Tiada masalah. Tiada barang larangan yang kami bawa. Yang ada cuma pakaian untuk 5 hari di Jakarta sahaja.
Saya dan piah termanggu-manggu. Seperti yang dipesan oleh rakan-rakan, Jangan sesekali keluar dari kawasan lapanganterbang. Jangan benarkan orang yang tidak dikenali pegang bagasi. Saya dan piah, dengan eratnya memegang bagasi kami.
Saya dan zaza masih tertanya-tanya, samada zaza akan datang atau pon tidak. Kerana tiada kataputus dari zaza. Piah dan saya ke kedai menjual simkad. Jika kami menggunakan simkad Malaysia, kadar roaming sangat mahal. Setiap sms RM2.00. Dengan beraninya kami berdua tukar simkad Indonesia. simPATI, nama simkad tu. Kalau kita disini Hotlink kot... Untuk simkad ni saja saya telah belanjakan sebanyak Rph100,000 bersamaan dengan lebihkurang RM36.00.
Bila dah tukar simkad, kami cuba hubungi keluarga di Malaysia. Tapi tak berjaya. lebih dari 20 kali dicuba pon masih tak berjaya. Rupanya setiap kali cubaan yang tidak berjaya tu pon ditolak isian simkad tu. Aduh. Pergi semula ke kedai yang menjual simkad tadi. Bila dia cuba, boleh pulak. tapi terputus. Kami cuba semula, tapi masih tak boleh. Dimana pulak silapnya. Tak boleh jadi ni, andaikata zaza sampai nanti, dia tak boleh hubungi kami.
Saya dan piah mencari idea sambil berjalan. Tiba-tiba piah nak cari tandas. Kami pon cari papantanda TOILET. Merata tempat kami cari di lapanganterbang tu. Tapi tak jumpa pon walau 1 perkataan toilet. Akhirnya, saya mencadangkan untuk cari Surau. Mungkin disurau terdapat tandas. Kami pon mencari lagi. Papantanda SURAU pon... tak ada. Macamana ni... kalau kat Malaysia, terdapat banyak surau disediakan.
Badan pon dah keletihan. Saya dan piah mula bertanya kepada seorang lelaki. Dimana surau. Dia tak faham. Saya beritahu, saya nak tunaikan SOLAT. Baru dia faham. Rupanya di Indonesia, Surau dipanggil sebagai Musollah. Ya Allah. Kami terlupa, ini bukan Malaysia. Akhirnya, jumpa Musollah (Surau). Tapi disitu tiada tandas. Tetapi ada ruang untuk mengambil wuduk. Cuma keadaan suraunya tidak seselesa kat LCCT atau KLIA. Surau lelaki dan perempuan, melalui pintu yang sama, cuma dihadang dengan sekeping penghadang. Tempatnya pon agak sempit dan berhimpit-himpit. Tapi tak mengapa, ada juga tempat untuk mengerjakan solat. Kalau kita cari tandas di Indonesia, memang tak jumpa. Rupanya mereka gunakan nama Kamar Kecil. Lain padang lain belalang. Heeee
Selesai solat lebihkurang sudah jam 3 petang. Zaza masih belum sampai atau mungkin tidak sampai langsung... Kami cuba lagi untuk menghubungi keluarga di Malaysia. Masih tidak berjaya, walau telah banyak kali dicuba. Piah dapat idea. Tukar semula simkad. Guna semula simkad Hotlink. Akhirnya berjaya hubungi rakan ofis dan keluarga. Dan dapat memaklumkan, yang kami telah selamat sampai di Jakarta.
Rakan ofis saya tanya samada zaza telah sampai. Kami dimaklumkan bahawa, dia memang merancang untuk tidak pergi. Tapi saya dan piah tetap sabar dan tawakal. Kami jangkakan flight zaza akan mendarat di Jakarta pada jam 4 petang. Insyallah, mudah-nudahan Allah bukakan hatinya untuk datang.
Lama sungguh kami menunggu. Ruang untuk duduk pon kurang disediakan. Terpaksa lepak di lantai. Kerana ramai juga yang tidur baring dilantai. Kami pon tanpa segan silu bersila dilantai. Letih tak terkata.
Sudah jam 5 petang. Zaza masih tak muncul. Takkan kami nak tidur di airport. Saya teringatkan nombor telefon ibu Rita yang telah saya dapatkan dari zaza. Saya cuba hubungi. Alhamdulillah. Ada jawapan. Ibu Rita berjanji akan datang ambil kami apabila zaza sampai nanti. Betul ke ibu rita sudi datang ambil kami... kerisauan tetap menghantui.
Hari sudah semakin petang. Perut pula telah berkeroncong. Makanan apa yang nak kami makan nanti. Zaza masih belum menampakkan batang hidungnya. Adakah kami akan tidur di airport....
Jam 5.30 petang, ibu rita sampai bersama suami dan anak perempuannya Tia untuk berjumpa saya dan piah. Saya merasa sungguh lega dan bersyukur kehadrat Allah, kerana ada orang yang datang mengambil kami. Sekurang-kurangnya walau zaza tak jadi datang, saya masih boleh minta bantuan dari ibu rita.
Jam 6.00 petang, ibu rita terima panggilan. Rupanya dari zaza. Zaza telah sampai, tapi tidak berjaya hubungi kami, kerana kami telah tukar simkad. Mungkin saya dan piah agak terburu-buru membeli dan menukar simkad. Lain kali jangan sesekali lakukan begini. Lebih selamat bawa handphone kedua, supaya boleh guna kedua-dua talian. Malaysia dan Indonesia. Pengajaran..
Dari jauh saya lihat zaza tersenyum lebar. Walaupon dia seorang diri, tapi dia telah biasa ke Indonesia terutama ke Bali. Kami menyambutnya dengan pelukan. Syukur dia selamat sampai. Saya dan piah mengangap tiada apa-apa yang berlaku. Kami tidak bertanyakan kisah-kisah sebelum ini yang menyebabkan dia berat hati untuk bercuti ke Jakarta. Biarkan. Biarkan kisah itu berlalu. Debaran kami semakin reda. Alhamdulillah zaza tidak menghampakan kami walaupon hingga ke saat akhir tiada kepastian diberi. Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana memudahkan perjalanan kami. Terima kasih ibu rita sekeluarga yang banyak membantu kami semasa di Tanah Abang, Jakarta.
p/s : Pengajaran yang sangat berguna saya perolehi dalam percutian ini adalah....jangan sesekali terlalu bergantung harap dengan orang...