Nuffnang

Pages

Friday, 30 September 2011

5
Komen
4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik oleh Wanita

Assalamualaikum !!
Selamat menunaikan sembahyang Jumaat kepada kaum lelaki... sebelum melangkah ke masjid apa kata kita kongsikan bersama...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s: Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & shaum (sabar) ?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!


sumber dari : Amirul Mujahidin

Thursday, 29 September 2011

12
Komen
Typewriter @ mesintaip

Assalamualaikum !!

Keyboard laptop atau komputer yang kita gunakan sekarang ni lembut dan shahdu bila kita menekannya untuk menaip.   Tapi sebelum adanya laptop ni orang dolu-dolu nak menaip kena guna mesintaip.  Pernah tengok tak mesin taip ni...
Amekkawwww  (google punya mesintaip..
Bila tak kena gaya jari yang sedang menaip tu silap haribulan boleh termasuk celah-celah huruf tu.. boleh cedera jari dibuatnya.  yang paling istimewa mesintaip ni ada stereng (heeee... ) kalau nak tukar barisan kena tolak stereng putih tu baru barisan bertukar... kalau tak tolak stereng tu, alamat menaip sampai keluar kertas...  

Bila dah mula menaip, bunyi macam nak perang.  Lagi-lagi kalau ada dua orang yang menggunakan mesintaip.. lagi dahsyat bunyinya.  

Cara orang lama mengatur jari diatas papan kekunci (keyboard) macam kat bawah ni..
jari di atas papan kekunci (google punya)


jari perlu berlatih menekan huruf2 ni... sampai pandai..
Setiap jari ada hurufnya.  Bila semakin mahir, mata tak perlu tengok kat mesintaip tu.. tapi tertumpu pada teks atau catatan yang perlu disalin ke mesintaip.

Kita boleh tak buat macam tu... atau guna dua jari je...

Wednesday, 28 September 2011

26
Komen
Lesen Radio

Assalamualaikum !!


Pada sekitar tahun 70an, pemilik radio perlu memilik lesen.  Kalau tak silap RM12.00 untuk setahun.  Pada jangka masa tertentu ada pegawai penguatkuasa (bukan bandaraya ye..) akan datang untuk memeriksa lesen radio.  Lesen ni perlu digantung.  Dengan bangganya dari jauh dah nampak, tuan rumah ni pemilik radio yang berlesen. 

Kat sini saya nak kongsi pengalaman mak saya suatu ketika dulu..mungkin ada yang masih ingat kisah-kisah lucu yang timbul ekoran dari ketiadaan lesen radio.  Jiran-jiran akan mula menyebarkan berita kemasukan pegawai peguatkuasa ke kampung.  Pelbagai gelagat pemilik radio yang tidak berlesen ni.  Cepat-cupat buka bateri.. takut dikesan... kendian sorok radio tu.  Lokasi biasa tempat menyorok radio ni biasanya bawah tilam, dalam lipatan kain kat almari selubung dengan kain.  Tak pon tumpang radio kat rumah jiran yang ada lesen.  Silap haribulan terlupa kat mana sorok radio tu.  Heee ... bila pegawai penguatkuasa datang menyiasat, dengan selamba bagi tau tak ada radio (tiba2 jadi pembohong..takut punya pasal).

Akhirnya kerajaan memansuhkan lesen.  Barulah aman...

Tuesday, 27 September 2011

23
Komen
Cicak pergi sekolah

Assalamualaikum  !!

Pengalaman semasa bersekolah memang sukar untuk dilupakan.  Kadang-kadang rindu dengan guru-guru dan rakan-rakan yang selalu menyakitkan hati.   

Saya teringat suatu kisah yang tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila.  

Seperti biasa, baju kurung, kain sarong dan tudung saya akan sangkut di luar almari.  Gantung dengan baik, sambil anginkan.  Ye lah, takkan nak tukar tiap-tiap hari.  Dua hari sekali baru tukar.

Hari tu ada peperiksaan percubaan.  Saya pon bersiap-siap semua peralatan sekolah supaya tiada yang tertinggal.  Masa sangat mencemburui.  Saya sudah agak terlewat bangun pagi tu.  Maka terburu-buru mengenakan pakaian.

Sampai saja disekolah, terus masuk ke dewan peperiksaan.  Semasa sedang saya menjawab soalan, saya rasakan ada sesuatu bergerak-gerak dipinggang kain.  Saya rasakan mungkin semut.  Saya cuba picit-picitkan supaya semut tu mati.  Barulah rasa selesa, tiada lagi rasa ada semut bergerak-gerak.

Tamat waktu persekolahan, saya pulang ke rumah.  Saya pon tukar pakaian sekolah.  Bila saya buka kain, saya pon terkejut BERUKkkkk... rupanya benda yang saya rasa merayap kat pinggang kain saya tadi adalah seekor anak cicak... MAAAKKKKKK.... eeeeeee... geli-gelemannya tak terkata.  Cicak tu pon dah mati dikerjakan saya masa kat sekolah tadi..

Begitulah kisahnya cicak pergi sekolah... pengajarannya.. lain kali pastikan pakaian tu di kibas-kibas terlebih dahulu.  Manalah tahu ada cicak ke, lipas ke... tak pasal-pasal cicak tu meninggal dunia. 

Monday, 26 September 2011

28
Komen
Foto ~ percutian yang berani !! * 4 *

Assamualaikum !!
Part 4 (Gambar)
Gambar-gambar yang dapat saya upload untuk kenangan..



Pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta.


Nasi lemak yang dibeli dalam pesawat dengan harga Rph39,000 bersamaan dengan RM18.00


Simkad simPATI yang dibeli secara terburu-buru sebaik sampai di Jakarta.


Bawa pulang T-shirt ke Malaysia sehelai dua sebagai kenangan.


Harga makanan yang dijual di Mangga Dua, Jakarta.


Terkejut tengok benda ni tersusun kat tepi jalan !!

Setakat tu je lah, kisah yang dapat saya ceritakan serba sedikit beserta gambar-gambar yang sempat saya snap.  Tak berani nak upload banyak, nanti berat pulak blog ni.  Pengalaman ni tak mungkin dilupakan sampai bila-bila.  Betapa beraninya kami... 

4
Komen
percutian yang berani..! * 3 *

Part 3
Assalamualaikum !!

Saya dan piah teruskan langkah menujuk ke pintu kaunter untuk menaiki pesawat.  Tiket dan passport kami serah pada pramugari bertugas untuk semakan.  Semasa di dalam kapalterbang, saya dan piah duduk bersebelahan.  Kalau tak beli makanan ni, macamana dengan kami bila sampai di Jakarta nanti.  Makanan mungkin ada, tapi tak tahu samada halal atau sebaliknya.  Dipendekkan cerita, kami beli makanan di dalam penerbangan tu, walaupon harga agak tidak masuk akal.  Nasi lemak dengan harga Rph 39,000.  Kalau dalam RM lebihkurang RM18 untuk 1 nasi lemak.  Air mineral pulak lagi.  Untuk dua orang kami telah habiskan duit lebih RM40.00, hanya untuk makanan yang ringkas begitu.

Cabin crewnya pulak semua orang Indonesia.  Tuturkatanya menarik.  Walaupon belum sampai di Jakarta, kami telah mula merasai suasana dikelilingi dengan orang-orang Indonesia yang bertutur agak berlainan dengan cara pertuturan kita.

Penerbangan lebihkurang dua jam.  Kapalterbang mendarat dengan selamat di Soekarno Hatta Airport, Jakarta.  Saya dan piah menuruti belakang penumpang lain keluar dari pesawat.  Ikut saja kemana hala mereka.  Sambil membaca papantanda tunjuk arah.  Hinggalah kami berdua ditahan oleh Pak Imigresen, kerana mereka mengesyaki kami bukan orang Indonesia.  Dan dengan berbudi bahasa dia menghalakan kami ke kaunter Imigresen.   

Selesai pemeriksaan, kami menuju keluar untuk pemeriksaan bagasi pula.  Tiada masalah.  Tiada barang larangan yang kami bawa. Yang ada cuma pakaian untuk 5 hari di Jakarta sahaja.

Saya dan piah termanggu-manggu.  Seperti yang dipesan oleh rakan-rakan, Jangan sesekali keluar dari kawasan lapanganterbang.  Jangan benarkan orang yang tidak dikenali pegang bagasi.  Saya dan piah, dengan eratnya memegang bagasi kami. 

Saya dan zaza masih tertanya-tanya, samada zaza akan datang atau pon tidak.  Kerana tiada kataputus dari zaza.  Piah dan saya ke kedai menjual simkad.  Jika kami menggunakan simkad Malaysia, kadar roaming sangat mahal.  Setiap sms RM2.00.  Dengan beraninya kami berdua tukar simkad Indonesia.  simPATI, nama simkad tu.  Kalau kita disini Hotlink kot... Untuk simkad ni saja saya telah belanjakan sebanyak Rph100,000 bersamaan dengan lebihkurang RM36.00.

Bila dah tukar simkad, kami cuba hubungi keluarga di Malaysia.  Tapi tak berjaya.  lebih dari 20 kali dicuba pon masih tak berjaya.  Rupanya setiap kali cubaan yang tidak berjaya tu pon ditolak isian simkad tu.  Aduh.  Pergi semula ke kedai yang menjual simkad tadi.  Bila dia cuba, boleh pulak.  tapi terputus.  Kami cuba semula, tapi masih tak boleh.  Dimana pulak silapnya.  Tak boleh jadi ni, andaikata zaza sampai nanti, dia tak boleh hubungi kami.

Saya dan piah mencari idea sambil berjalan.  Tiba-tiba piah nak cari tandas.  Kami pon cari papantanda TOILET.  Merata tempat kami cari di lapanganterbang tu.  Tapi tak jumpa pon walau 1 perkataan toilet.  Akhirnya, saya mencadangkan untuk cari Surau.  Mungkin disurau terdapat tandas.  Kami pon mencari lagi.  Papantanda SURAU pon... tak ada.  Macamana ni... kalau kat Malaysia, terdapat banyak surau disediakan.

Badan pon dah keletihan.  Saya dan piah mula bertanya kepada seorang lelaki.  Dimana surau.  Dia tak faham.  Saya beritahu, saya nak tunaikan SOLAT.  Baru dia faham.  Rupanya di Indonesia, Surau dipanggil sebagai Musollah.  Ya Allah.  Kami terlupa, ini bukan Malaysia.  Akhirnya, jumpa Musollah (Surau).  Tapi disitu tiada tandas.  Tetapi ada ruang untuk mengambil wuduk.  Cuma keadaan suraunya tidak seselesa kat LCCT atau KLIA.  Surau lelaki dan perempuan, melalui pintu yang sama, cuma dihadang dengan sekeping penghadang.  Tempatnya pon agak sempit dan berhimpit-himpit.  Tapi tak mengapa, ada juga tempat untuk mengerjakan solat.  Kalau kita cari tandas di Indonesia, memang tak jumpa.  Rupanya mereka gunakan nama Kamar Kecil.  Lain padang lain belalang.  Heeee

Selesai solat lebihkurang sudah jam 3 petang.  Zaza masih belum sampai atau mungkin tidak sampai langsung... Kami cuba lagi untuk menghubungi keluarga di Malaysia.  Masih tidak berjaya, walau telah banyak kali dicuba.  Piah dapat idea.  Tukar semula simkad.  Guna semula simkad Hotlink.  Akhirnya berjaya hubungi rakan ofis dan keluarga.  Dan dapat memaklumkan, yang kami telah selamat sampai di Jakarta.

Rakan ofis saya tanya samada zaza telah sampai.  Kami dimaklumkan bahawa, dia memang merancang untuk tidak pergi.  Tapi saya dan piah tetap sabar dan tawakal.  Kami jangkakan flight zaza akan mendarat di Jakarta pada jam 4 petang.  Insyallah, mudah-nudahan Allah bukakan hatinya untuk datang. 

Lama sungguh kami menunggu.  Ruang untuk duduk pon kurang disediakan.  Terpaksa lepak di lantai.  Kerana ramai juga yang tidur baring dilantai.  Kami pon tanpa segan silu bersila dilantai.  Letih tak terkata.  

Sudah jam 5 petang.  Zaza masih tak muncul.  Takkan kami nak tidur di airport. Saya teringatkan nombor telefon ibu Rita yang telah saya dapatkan dari zaza. Saya cuba hubungi.  Alhamdulillah.  Ada jawapan.  Ibu Rita berjanji akan datang ambil kami apabila zaza sampai nanti.  Betul ke ibu rita sudi datang ambil kami... kerisauan tetap menghantui.

Hari sudah semakin petang.  Perut pula telah berkeroncong.  Makanan apa yang nak kami makan nanti.  Zaza masih belum menampakkan batang hidungnya.  Adakah kami akan tidur di airport....


Jam 5.30 petang, ibu rita sampai bersama suami dan anak perempuannya Tia untuk berjumpa saya dan piah.  Saya merasa sungguh lega dan bersyukur kehadrat Allah, kerana ada orang yang datang mengambil kami.  Sekurang-kurangnya walau zaza tak jadi datang, saya masih boleh minta bantuan dari ibu rita.

Jam 6.00 petang, ibu rita terima panggilan.  Rupanya dari zaza.  Zaza telah sampai, tapi tidak berjaya hubungi kami, kerana kami telah tukar simkad.  Mungkin saya dan piah agak terburu-buru membeli dan menukar simkad.   Lain kali jangan sesekali lakukan begini. Lebih selamat bawa handphone kedua, supaya boleh guna kedua-dua talian.  Malaysia dan Indonesia.  Pengajaran..

Dari jauh saya lihat zaza tersenyum lebar.  Walaupon dia seorang diri, tapi dia telah biasa ke Indonesia terutama ke Bali. Kami menyambutnya dengan pelukan.  Syukur dia selamat sampai.  Saya dan piah mengangap tiada apa-apa yang berlaku.  Kami tidak bertanyakan kisah-kisah sebelum ini yang menyebabkan dia berat hati untuk bercuti ke Jakarta.  Biarkan.  Biarkan kisah itu berlalu.  Debaran kami semakin reda.  Alhamdulillah zaza tidak menghampakan kami walaupon hingga ke saat akhir tiada kepastian diberi.  Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana memudahkan perjalanan kami.  Terima kasih ibu rita  sekeluarga yang banyak membantu kami semasa di Tanah Abang, Jakarta.

p/s  :   Pengajaran yang sangat berguna saya perolehi dalam percutian ini adalah....jangan sesekali terlalu bergantung harap dengan orang... 

Gambar Kenangan di Jakarta di Part 4


PART 1
PART 2

Sunday, 25 September 2011

7
Komen
percutian yang berani..! * 2 *

Part 2
Assalamualaikum !!

Esok nak berangkat.. 
Malam ni saya dan piah berkemas serba sedikit pakaian yang hendak dibawa.  Rasa hilang semangat untuk meneruskan rancangan.  Kami terfikir, kenapa zaza tak mahu berterus terang.  Bukankah perbincangan sebaik-baik cara untuk menyelesaikan apa-apa pon masalah.  Tapi dia lebih suka berbincang dan bercerita di belakang kami berdua.  Apa salah kami..   Malam tu juga, saya terima sms dari salah seorang rakan ofis... Ianya membuatkan kami betul2 susah hati... "zaza memang tak mahu pergi, tak tahu kenapa" itulah ayat yang saya baca dalam sms tu..

Habis macamana dengan saya dan piah.  Kami tak kenal rakan zaza di Jakarta.  Kami tak ada contact nombor rakan zaza tu.  Kami tak tahu apa-apa...  Kami juga tidak ada sesiapa di sana.  Sebab, semuanya diatur oleh zaza sejak dari awal.  Dia yang pelawa dan dia yang atur penginapan dan kenderaan.  Macamana dengan nasib kami bila sampai di airport Jakarta nanti.  

Malam tu juga, saya call zaza minta nombor telefon kenalannya di Jakarta.  Ibu Rita namanya.  Alasan saya, sebab kami akan sampai dulu di Jakarta nanti, supaya senang untuk saya hubungi ibu Rita untuk datang ke airport mengambil kami bertiga.  Alhamdulillah, dia percaya dengan alasan saya dan telah beri nombor telefon.

Saya dan piah bertekad.. walau apa pon terjadi, kita teruskan.  Jangan terlalu bergantung dengan kawan.  Jangan ingan tanpa kawan tersebut, kita tak boleh meneruskan apa-apa rancangan yang telah diatur.  Tekad dengan berani tu.. heeee  Nasib baik berdua, kalau sorang mungkin tak menjadi.

Waktu penerbangan jam 11.00 pagi.
Kami dah sampai LCCT dua jam lebih awal.  Maklumlah rombongan cik kiah - 2 orang je.  Tak pernah jejak negara orang.  Tak kenal sesiapa.  Tak tahu ada hotel ke tidak.  Tak tahu ibu rita tu wujud ke tidak.  Insyallah, mudah-mudahan semuanya lancar.

Kami berbaris di kaunter daftar masuk.  Rasanya betul barisan yang kami masuk ni.  Sebab, ramai orang Indonesia.  Saya dan piah menganguk-angguk kepala... mengiakan apa yang kami lakukan ini.  Berbaris.. panjang bukan main. Hati tetap rasa berdebar, takut tersalah kaunter pulak.  Alhamdulillah, kaunternya betul dan bagasi kami pon diterima masuk.

Saya dan piah tergelak-gelak kecil.  Entah apa yang mengelikan hati, nungkin memikirkan tingkahlaku kami yang macam rusa masuk kampong.  Apabila masuk ke balai pelepasan, semuanya bercampur - Jokjakarta, Bandung, Jakarta, Solo..  betul ke tidak ni.  Tawakkal je lah.  Lebih kurang jam 10.40 panggilan masuk untuk penumpang ke Jakarta.  Saya dan piah berbondong-bondong macam pelarian yang tak tahu hala tuju, ikut arah orang-orang yang ramai tu.  Berdebar-debar.  Betul ke apa yang kami sedang lakukan ni...


~  panjang pulak cerita saya ni.. terpaksa disambung ke Part 3 ~ 


Saturday, 24 September 2011

11
Komen
percutian yang berani..! * 1 *

Part 1
Assalamualaikum !!

Ini hanyalah sebuah kisah benar yang ingin ku kongsikan bersama.  Tidak memberi maksud apa-apa, hanya sebagai pengajaran kepada diri sendiri..

Pergi bercuti memang menyeronokkan.  Perlu ada perancangan untuk kesesuatu destinasi.  Zaza tengok secara online ada tiket murah.  Terus pelawa saya dan piah untuk turut serta booking tiket.   Tiket yang kami ambil ni pulak bukan dalam negara tapi ke Jakarta.  Cemane nak pergi tu belakang kira.  Bukan main lagi.. Sudahlah Malaysia ni kurang disenangi disana, pada masa tu...  Tapi kami beranikan diri.  Macamana pun bila semakin hampir masa untuk pergi, keadaan di Jakarta nampaknya semakin pulih dan kami pun merasa agak semakin yakin untuk meneruskan percutian ni.

Seminggu sebelum sampai tarikhnya, perbincangan pon dibuat untuk cari hotel dan pengangkutan.  Agen untuk tour di Jakarta dari KL ni kenakan harga agak kurang munasabah.  Kami tidak setuju.  Mujurlah zaza ada seorang kenalan di Jakarta dan sanggup untuk mencarikan hotel dan sedia mengambil kami bertiga di airport Soekarno Hatta.  Lega rasa..

4 hari sebelum sampai tarikh.  Zaza pulak masih belum renew passport dia yang dah expired.  Saya dan piah  nasihatkan dia supaya buat cepat.  Jangan buang masa.  Tapi dia banyak dalih.  Sekejap je boleh siap.. kata dia ler..  Saya dan piah dah rasa syak keikhlasan zaza, rasanya macam dia tak mahu pergi sekali dalam percutian ni.  Habislah kami berdua kali ni, kalau dia pedajal... Dah la tak pernah keluar negara, kalau dalam negara ok lah jugak.

Semakin dekat hari nak berangkat, semakin banyak pulak alasan zaza.  Dia pon ada berbincang dengan orang lain... dia tak mau pergi sebenarnya..  Masalahnya dia tak beritahu kami... Nak bertanya terus kepada dia nanti dia naik angin pulak, kami terpaksa tunggu hingga ke tarikh untuk berangkat.

Akhirnya sehari sebelum berangkat zaza pergi renew passport.  Saya dan piah rasa lega... dan nak jadikan betul-betul masalah...kebetulan pada hari tu juga, kami baru perasan waktu penerbangan tu berbeza.  Saya dan piah sama flight, tapi zaza selang 3 jam kemudian.  Ya Allah... apa sebenarnya nak jadi ni..

Nanti saya sambung.. panjang sangat nanti bosan pulak nak baca... heeeee




Saturday, 17 September 2011

26
Komen
Adab Berkunjung

 Assalamualaikum !!
google
Sekarang ni masih dalam musim beraya.. masih banyak lagi open house yang perlu di kunjungi.  Jika kita berkunjung ke rumah jiran atau rakan taulan, bagaimana tingkahlaku kita...
  • Beri salam atau tekan loceng
  • Jangan berdiri di muka pintu, tapi berdirilah disisi pintu, agar tuan rumah tidak terkejut... dan tuan rumah sempat untuk mengemas ruang yang sedang berselerak.
  • Bila dijemput masuk, jaga mata.! pandangan jangan meliar disekitar rumah.
  • Berbual dengan sopan dan bermuka manis, jangan menggunakan kata-kata yang menyinggung perasaan
  • makanlah makanan yang telah dihidangkan, walaupon makanan tu kita tak suka atau tak pernah makan, jamahlah sedikit, untuk mengambil hati..
  • minta izin jika ingin menggunakan tandas
manakala jika bawa adik-adik atau anak-anak, pastikan..

  • tidak menyelongkar almari untuk mencari alat permainan
  • minta izin, jika ingin meminjam alat permainan anak tuan rumah
  • ajar adik-adik duduk dengan tertib, minum atau makan apabila telah dijemput..
selepas makan
  • jika tuan rumah tiada pembantu, bantulah tuan rumah untuk mengemas bekas makanan yang telah digunakan untuk dihantar ke dapur.. pasti tuan rumah gembira..
  • ucapkan terima kasih sebelum pulang dan jemputlah tuan rumah sekeluarga untuk berkunjung ke rumah kita pula
jangan sampai tuan rumah serik nak jemput kita datang beraya..

Friday, 16 September 2011

17
Komen
Segmen Simple : Ucapan Hari MALAYSIA2

 Assalamualaikum  !!

 Bersempena sambutan Hari Malaysia pada hari ni 16 September 2011
saya mengagahkan diri join Segmen Simple :   Ucapan Hari MALAYSIA2
oleh Ayuinsyirah.. jika nak join klik banner kat atas ni..
Segmen ni ditutup pada hari ni jam 12.00 malam.

Ucapan & Harapan saya terhadap Negara Ku Tercinta ~ MALAYSIA

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun
dan 
Menyambut Hari Malaysia pada setiap 16/9 bersempena pengabungan seluruh negeri-negeri di Malaysia.
Semoga negara ku sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT
dari segala ancaman dan keganasan
dari kemusnahan bencana alam
dari musuh-musuh (dalam selimut)
Bersyukur kerana
dilimpahi rezeki dan kemewahan oleh kerana keamanan yang dikecapi..
sehinggakan rakyat negara-negara diseluruh dunia juga menumpang mencari rezeki di negara ku tercinta...

TERIMA KASIH MALAYSIA

5
Komen
Cabut lari

 Assalamualaikum  !!

google punye..
Andaikata terlanggar penunggang motorsikal kat jalanraya, apa yang anda akan buat..
  1. tengok kiri kanan (line clear) cabut lari
  2. bantu dan beri pertolongan
  3. jika cedera bawa ke hospital
  4. beri wang pendahuluan untuk rawatan kat klinik / hospital lepas tu ambil nombor handphone (syarat je ..) tapi tak call langsung
  5. buat repot polis
 adakah kita seorang yang bertanggungjawab..

3
Komen
1 GA Cik Najihah - Meriah Yaw

Assalamualaikum !!

Nak join 1st GA cik Najihah.. klik banner kat atas ni..
 
CLOSE : 23 SEPTEMBER ( 12 MALAM )

1
Komen
JeMaRi AsMaRa MiNi GiveAway!!

 Assalamualaikum !!


Nak join Jemari Asmara Mini Giveaway.. klik banner kat atas ni..
Tarikh tutup akan dimaklumkan oleh cik zefa kemudian

Thursday, 15 September 2011

7
Komen
Nak cari vitamin 'M'

 Assalamualaikum !!

baby google
 Kemalasan melanda...
arrrrgggghhhh !  macamana nak buat ni..

Tuesday, 13 September 2011

19
Komen
Komunis tu apa ye..

Assalamualaikum !!

Komunis tu apa.  Kalau yang lahir zaman  laa ni berkemungkinan besar tak tahu komunis ni manusia ke alien..saya pernah buat entri pasal cita-cita seorang kawan semasa kami di tahun satu untuk menjadi komunis.  Mungkin dia tak tahu apa itu komunis..

Komunisme adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan kemasyarakatan. Ia berdasarkan kebendaan semata-mata dan terbentuk hasil daripada tindak balas fahaman Kapitalisme.

Pengasas dan Pemimpin

Pengasasnya adalah seorang Yahudi Jerman bernama Karl Marks. Dia mengisytiharkan fahamannya pada tahun 1848. Dia menulis buku yang bernama Das Kapital pada tahun 1867.

Pembantunya bernama Inakal. Kemudian, Lenin yang memimpin revolusi komunis di Rusia menubuhkan kerajaan yang berasaskan ajarannya. Kemudian, fahaman ini diteruskan oleh Stalin yang menjadi pemimpin selepas Lenin. Antara pemimpinnya ialah Terutaski, Yahudi Rusia. Dia berpecah daripada Stalin kerana berselisih pendapat. Di negara China, fahaman komunis dipimpin oleh Mau Zi Thong.

Dasar-dasar dan Pegangan

Antara dasar-dasar yang menjadi pegangan dan kepercayaan komunis adalah:

  • Tidak percaya adanya Tuhan dan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin, dosa pahala dan sebagainya. Mereka menjadikan logik dan kebenaran semata-semata sebagai asas kepercayaan. Walaupun pengikut ajaran ini berbeza mengikut keadaan setempat, konsep ini tetap menjadi asas ajaran komunis. Oleh itu, komunis menentang semua fahaman beragama sekeras-kerasnya.
  • Menentang pemilikan harta secara perseorangan. Berbanding kapitalis, mereka berfahaman segala kemewahan dan harta benda adalah milik semua. Seseorang pemilik tidak dibenarkan memiliki harta yang melebihi daripada harta orang lain. Apabila harta itu banyak, harta itu mesti menjadi milik negara dan menjadi milik orang awam.
  • Menghapuskan kelas dalam masyarakat. Tidak ada kelas antara majikan dan pekerja. Mereka sanggup meluaskan fahaman melalui kuasa politik walaupun terpaksa menggunakan senjata supaya pemerintahan negara dikuasai oleh masyarakat buruh.
  • Membentuk pemikiran rakyat supaya mengabdikan diri kepada negara semata-mata. Tidak ada prinsip beribadah kepada Tuhan kerana negara dan benda adalah tuhan yang disanjung dan dipuja.
  • Menafsirkan semula sejarah yang melibatkan pertarungan antara pekerja dengan majikan yang berakhir dengan kemenangan pekerja secara kekerasan.
  • Berpegang pada kepercayaan tidak ada hari akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Perbandingan Komunisme dengan Islam

  • Komunisme ialah fahaman yang bercanggah dengan akidah Islam iaitu mengingkari kewujudan Allah, perkara-perkara ghaib dan hari kiamat.
  • Bercanggah dengan naluri manusia yang perlu pada keselesaan dengan cara yang betul, mempunyai sifat mementingkan diri dan hidup bermasyarakat. Semua ini perlu ditimbang dengan adil.
  • Tidak berperikemanusiaan. Golongan komunis menjadikan manusia seperti kilang seterusnya merampas hak milik mereka. Sebenarnya, pemimpin komunis selaku pemilik lebih bernafsu daripada orang-orang kaya di negara-negara kapitalis.
  • Mempunyai kelemahan-kelemahan yang terbuka. Ia dicipta oleh manusia yang lemah dan mempunyai sifat dendam sesama manusia lalu menindas dengan cara yang zalim.
 5 buah negara yang kekal diperintah komunis iaitu :

  1. China
  2. Laos
  3. Vietnam
  4. Cuba
  5. Korea Utara
Sekadar suatu berkongsian..

Sumber dari : mazhab.sementoji

Monday, 12 September 2011

5
Komen
Dapat Doodle khas untuk peserta segmen Saya Blogger Pelangi

Assalamualaikum  !!

~ Saya Blogger Green ~

Dapat doodle yang comel dari cik Aima.. tenkiu.. 
Nak letak kat sidebar sebagai kenangan peserta segmen

Friday, 9 September 2011

5
Komen
"1st GA dari Cik Kiah Ronggeng "

Assalamualaikum  !!

Jom join 1st GA Cik Kiah Ronggeng... 
nak tau syarat-syaratnya klik banner kat atas ni !!


Tarikh tutup GA ni lama lagi :
 
7.9.2011 until 4.10.2011 
tepat pukul 12:00 a.m
 
Suka nak tag :

Thursday, 8 September 2011

3
Komen
++Segmen Aima Mazlan™ : Saya Blogger Pelangi++

Assalamualaikum  !!

++ Segmen Aima Mazlan : Saya Blogger Green  ++

Nak join segmen Aima Mazlan.. klik banner kat atas ni..
Tempoh :
6/9/2011 hingga 9/9/2011

Tag :

9
Komen
First Giveaway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia

Assalamualaikum  !!



Nak join..klik banner kat atas tu untuk mengetahui syarat-syaratnya..

Hadiah pilihan saya kalau boleh nak :  
aksesori untuk perempuan.. untuk dijadikan kenangan

Saya nak tag :

Tarikh tutup : 28/9/2011
Keputusan diumum pada : 8/10/2011

Wednesday, 7 September 2011

17
Komen
Pemandu Malaysia

Assalamualaikum  !!

Macamana dengan pengalaman memandu semasa pulang beraya baru-baru ni.  Seronok semestinya.  Nak jumpa mak ayah dan seluruh orang kampung.  

Pemandu Malaysia ni masih ada atau tidak sifat bersopan santun..  Tidak mementingkan diri sendiri. Bertolakansur.  Tidak menggunakan lorong kecemasan dengan memotong sesukahati dan tidak berlumba-lumba. 

Tetapi sentiasa sabar dan memberi laluan kepada kenderaan lain dengan hati yang terbuka...

Dan kita pon akan merasa aman dan selesa sepanjang perjalanan pulang ke kampung dan kembali ketempat bertugas.  Adakah ia hanya suatu mimpi..



Tuesday, 6 September 2011

2
Komen
2 IN 1 CONTEST BY YANA

Assalamaulaikum !!

(Thanx hira sebab telah tag kak GA..)


 Jom join "2 in 1 contest by Yana"
kalau berminat klik je banner kat atas ni..
Tarikh tutup :  16 Oktober 2011

Tag :
Nad 



1
Komen
"2nd GiveAway by LyssaSecret"

Assalamualaikum..

Dah kena tag dengan budak tecik hira apalagi terus 
join "2nd giveaway lyssa..!!"  
kalau berminat nak join sama jom tekan banner kat atas ni..

Dateline : 10 September 2011 
Tag :

Saturday, 3 September 2011

25
Komen
Anugerah untuk follower

Assalamualaikum..


Selamat Hari Raya... hari ni dah hari yang ke 5 kita beraya.  Bila buka blog makin ramai follower yang sudi mengikuti perkembangan blog ni.  Rasa terfikir pula nak beri penghargaan kepada follower yang ke sekian-sekian.  Nak buat sesuatu yang boleh di ingati sampai bila-bila.  

Sedang saya mereka bentuk apa yang nak dijadikan sebagai anugerah. Saya pon mula menerjah ke blog-blog yang pernah memberi penghargaan kepada follower mereka untuk angka-angka tertentu.  Nampak cantik dan menarik.

Tetapi.. bagaimana pula dengan follower yang tidak mendapat nombor-nombor bertuah tu..  sedangkan tanpa mereka maka tiadalah angka-angka bertuah tu. Rasa tidak adil kepada semua follower saya yang lain, mesti mereka kecil hati. Kenapa nombor-nombor tertentu saja yang dapat anugerah, sedangkan tanpa klik dari mereka, angka pasti tidak berubah.

Oleh kerana sayang kepada semua follower saya... maka saya terpaksa batalkan hasrat untuk memberi anugerah khas kepada follower bertuah kerana.. kamu semua adalah yang teristimewa.

Sayang kamu semua.

Thursday, 1 September 2011

11
Komen
Hari Raya Aidil Fitri setahun sekali..

Assalamualaikum

Telah beberapa hari kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri....  setahun sekali riang gembira menyambutnya disamping keluarga tersayang.  Rindu nak makan ketupat, masa ni lah kita menjelajah kesetiap pelusuk kampung berkunjung kerumah sanak saudara, setiap rumah yang dikunjungi pasti menghidangkan ketupat atau lemang bersama rendang dan sambal kacang.   Bestnya.

Lain negeri mungkin lain pula hidangannya. Tapi kalau di kampung saya susah nak jumpa laksa utara atau laksa johor.  Teringin pulak rasanya.  

Jika ibubapa kita masih ada kewajipan kita adalah membantu emak menyediakan segala persiapan raya. Menganyam ketupat, cari buluh lemang, ambil daun pisang dan mengetuk telur didalam pasu untuk dibuat bahulu.  
gambar google

Tetapi bila mereka telah tiada, apa tujuan kita pulang ke kampung.  Nak jumpa abang, kakak..  setakat mana,..sedangkan mereka sibuk dengan anak, menantu dan cucu mereka.  Kepulangan kita adakah dinanti.

Bagaimana pula dengan ibubapa yang diabaikan.  Mendiami rumah-rumah kebajikan, sedangkan anak-anak hidup senang lenang tidak memperdulikan ibubapa yang melahirkan.  Cuba bertanya kepada diri sendiri, adakah aku menunaikan tanggungjawabku kepada ibubapa.  Adakah ibubapa ku berkemampuan untuk menjaga dirinya sendiri.  Sampaikah hati kita mengabaikan mereka dan meniggalkan mereka dirumah kebajikan.  Semoga Aidil Fitri kali ini menjadi sinar bahagia kepada ibubapa kita yang tersayang.


Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...