Nuffnang

Pages

Thursday, 1 September 2011

11
Komen
Hari Raya Aidil Fitri setahun sekali..

Assalamualaikum

Telah beberapa hari kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri....  setahun sekali riang gembira menyambutnya disamping keluarga tersayang.  Rindu nak makan ketupat, masa ni lah kita menjelajah kesetiap pelusuk kampung berkunjung kerumah sanak saudara, setiap rumah yang dikunjungi pasti menghidangkan ketupat atau lemang bersama rendang dan sambal kacang.   Bestnya.

Lain negeri mungkin lain pula hidangannya. Tapi kalau di kampung saya susah nak jumpa laksa utara atau laksa johor.  Teringin pulak rasanya.  

Jika ibubapa kita masih ada kewajipan kita adalah membantu emak menyediakan segala persiapan raya. Menganyam ketupat, cari buluh lemang, ambil daun pisang dan mengetuk telur didalam pasu untuk dibuat bahulu.  
gambar google

Tetapi bila mereka telah tiada, apa tujuan kita pulang ke kampung.  Nak jumpa abang, kakak..  setakat mana,..sedangkan mereka sibuk dengan anak, menantu dan cucu mereka.  Kepulangan kita adakah dinanti.

Bagaimana pula dengan ibubapa yang diabaikan.  Mendiami rumah-rumah kebajikan, sedangkan anak-anak hidup senang lenang tidak memperdulikan ibubapa yang melahirkan.  Cuba bertanya kepada diri sendiri, adakah aku menunaikan tanggungjawabku kepada ibubapa.  Adakah ibubapa ku berkemampuan untuk menjaga dirinya sendiri.  Sampaikah hati kita mengabaikan mereka dan meniggalkan mereka dirumah kebajikan.  Semoga Aidil Fitri kali ini menjadi sinar bahagia kepada ibubapa kita yang tersayang.


Post a Comment

11 comments:

Unknown said...

gua rindu arwah ayah setiap kali menjelang raya memang syahdu bile die dah takde di sisi..al-fatihah...

Green Apple said...

@perondajaketbiru74 : ketika ibubapa masih ada, kita berebut2 balik kampung tak sabar nak beraya bersama tapi bila dah tiada... rasanya tiada apa yang nak dikejar lagi..

Anisa Hang Tuah said...

maaf zahir dan batin..

Green Apple said...

@Anisa Hang Tuah : Selamat Hari Raya anisa, maaf zahir batin juga..

Jajas said...

selamat hari raya...banyak la dpt duit raya...hehe

msredcheesecake said...

Tak tergamak nak hantar mak rumah org tua....walaupun kita org ada gak gaduh2 manja....tapi tetap sayg....

Zahirah said...

seronok kan akak? waktu tu memang paling gembira sebab semua dapat berkumpul. alahai. seronok!

p/s: follower akak dah nak capai 900 tu. fuhhhhhh.. hebat! :D

panglima harapan said...

tringatkan ibu bapa yg dtingglkan di umah owg tua2...sgt menyedihkan...

idafirdausi said...

uuuuhh... tak sanggup nak fikir untuk tinggalkan parents kat rumah orang tua2.. :(

yusuflaili(Goku) said...

salam;
teringat arwah emak(2007),masih banyak dosa aku kat arwah..huhhuhuuu.

Anonymous said...

aslmualaikum!! CK dtg nk raya (^^,)v

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...