Nuffnang

Pages

Tuesday 13 September 2011

21
Komen
Komunis tu apa ye..

Assalamualaikum !!

Komunis tu apa.  Kalau yang lahir zaman  laa ni berkemungkinan besar tak tahu komunis ni manusia ke alien..saya pernah buat entri pasal cita-cita seorang kawan semasa kami di tahun satu untuk menjadi komunis.  Mungkin dia tak tahu apa itu komunis..

Komunisme adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan kemasyarakatan. Ia berdasarkan kebendaan semata-mata dan terbentuk hasil daripada tindak balas fahaman Kapitalisme.

Pengasas dan Pemimpin

Pengasasnya adalah seorang Yahudi Jerman bernama Karl Marks. Dia mengisytiharkan fahamannya pada tahun 1848. Dia menulis buku yang bernama Das Kapital pada tahun 1867.

Pembantunya bernama Inakal. Kemudian, Lenin yang memimpin revolusi komunis di Rusia menubuhkan kerajaan yang berasaskan ajarannya. Kemudian, fahaman ini diteruskan oleh Stalin yang menjadi pemimpin selepas Lenin. Antara pemimpinnya ialah Terutaski, Yahudi Rusia. Dia berpecah daripada Stalin kerana berselisih pendapat. Di negara China, fahaman komunis dipimpin oleh Mau Zi Thong.

Dasar-dasar dan Pegangan

Antara dasar-dasar yang menjadi pegangan dan kepercayaan komunis adalah:

  • Tidak percaya adanya Tuhan dan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin, dosa pahala dan sebagainya. Mereka menjadikan logik dan kebenaran semata-semata sebagai asas kepercayaan. Walaupun pengikut ajaran ini berbeza mengikut keadaan setempat, konsep ini tetap menjadi asas ajaran komunis. Oleh itu, komunis menentang semua fahaman beragama sekeras-kerasnya.
  • Menentang pemilikan harta secara perseorangan. Berbanding kapitalis, mereka berfahaman segala kemewahan dan harta benda adalah milik semua. Seseorang pemilik tidak dibenarkan memiliki harta yang melebihi daripada harta orang lain. Apabila harta itu banyak, harta itu mesti menjadi milik negara dan menjadi milik orang awam.
  • Menghapuskan kelas dalam masyarakat. Tidak ada kelas antara majikan dan pekerja. Mereka sanggup meluaskan fahaman melalui kuasa politik walaupun terpaksa menggunakan senjata supaya pemerintahan negara dikuasai oleh masyarakat buruh.
  • Membentuk pemikiran rakyat supaya mengabdikan diri kepada negara semata-mata. Tidak ada prinsip beribadah kepada Tuhan kerana negara dan benda adalah tuhan yang disanjung dan dipuja.
  • Menafsirkan semula sejarah yang melibatkan pertarungan antara pekerja dengan majikan yang berakhir dengan kemenangan pekerja secara kekerasan.
  • Berpegang pada kepercayaan tidak ada hari akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Perbandingan Komunisme dengan Islam

  • Komunisme ialah fahaman yang bercanggah dengan akidah Islam iaitu mengingkari kewujudan Allah, perkara-perkara ghaib dan hari kiamat.
  • Bercanggah dengan naluri manusia yang perlu pada keselesaan dengan cara yang betul, mempunyai sifat mementingkan diri dan hidup bermasyarakat. Semua ini perlu ditimbang dengan adil.
  • Tidak berperikemanusiaan. Golongan komunis menjadikan manusia seperti kilang seterusnya merampas hak milik mereka. Sebenarnya, pemimpin komunis selaku pemilik lebih bernafsu daripada orang-orang kaya di negara-negara kapitalis.
  • Mempunyai kelemahan-kelemahan yang terbuka. Ia dicipta oleh manusia yang lemah dan mempunyai sifat dendam sesama manusia lalu menindas dengan cara yang zalim.
 5 buah negara yang kekal diperintah komunis iaitu :

  1. China
  2. Laos
  3. Vietnam
  4. Cuba
  5. Korea Utara
Sekadar suatu berkongsian..

Sumber dari : mazhab.sementoji

Post a Comment

21 comments:

Unknown said...

asal dengar komunis je diktator..ada hubung kait ehh

cik tehaa said...

terima kash sudi bkongsi! :D

Anak Wak Mail said...

ingatkan komunis ni cuma orag Jepun..salah rupanya..

Luqeem™ said...

kebanyakkan komonis ni cina..

eik`S noName said...

wow...new info nih...tq2...sedikit tambah maklumat lpas bace

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
Tak semestinya cina semua bangsa boleh jadi komunis asalkan berpeggang pada perinsip diatas..

P/S..melayu pun ada jadi komunis...

NoorNazuha said...

kdg2 sistem komunis ni ada baiknya sbb rakyat untuk rakyat kan...kita beroendapat komunis ni mcm diktator, tpi sbnrye ada baik jugak

Green Apple said...

@Bro ahmad : terhutang budi pd pahlawan yg berkorban utk keamanan negara kita..

Green Apple said...

@Anak Wak Mail : kita imbas kembali perjuangan pahlawan kita.. (suka dgn filem bukit kepong.. menyayat hati)

Green Apple said...

@Luqeem™ : x semestiny luqim.. komunis ni adalah semata2 utk menindas rakyat

Unknown said...

saye faham cikgu!

Green Apple said...

@eik`S noName : walaupon kita dilahirkan pada zaman komunis telah tiada di negara kita, namun perlu berwaspada dan ambil tahu persekitaran kita.

Green Apple said...

@yusuflaili : betul tu.. siapa2 pon boleh terpengaruh..

Green Apple said...

@noornazuha : komunis tidak percaya adanya tuhan sama dgn atheis.. berhati2

Jajas said...

fahaman komunis tak percaya pd keujudan tuhan...contoh negara komunis mcm korea utara...sbb negara diorang dipimpin oleh tentera...

Unknown said...

sejarahh :D

Unknown said...

naseb baik la malaysia x pernah di bwh penguasaan komunis

Asyila Zainuddin said...

haha.. sejarah.. tak bape nk minat sejarah.. ekeke..

Green Apple said...

@Asyila Zainuddin: subjek sejarah kat skolah memang boring..
tapi perlu ambil tahu serba sedikit sejarah negara kita..
jgn sampai negara kita dikuasai komunis..

theteeski said...

site here click here for more info why not try this out check over here check it out find here

roothee said...

u4t45a3b39 r9v50h0z28 y7a16f9h44 c0u10y7j76 c2s61z9l73 x3h69o7i04

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...