Nuffnang

Pages

Thursday, 30 June 2011

25
Komen
Follower yg tak dapat di follow semula

Nak kongsi maklumat kepada yang belum letak link blog kat profile korang...
beriya laa nak follow semula...  tapi frust satu jer... bile klik dekat gambar muka korang dalam Follower google friends, tak ade link pun ke blog korang...
Harap... 
sesiapa juga yg masih x tahu tentang kepentingan link ke blog
sila ke Belog AdamXis untuk dapatkan tutorial.


Sepatutnya...
Bila klik kat gambar akan ada link ke blog.... seperti arrow merah kat contoh dibawah
barulah boleh follow semula... tentu en dan cik semua akan sedikit keciwa bila
blog yg telah difollow x sudi nak follow kan.....



Wednesday, 29 June 2011

19
Komen
Segmen : Blog Kesayangan Ku...


Teringin gak nak join segmen Blog Kesayangan Ku...
Siapa tak sayang blog sendiri kan... 
Disinilah tempat untuk menambah rakan baru disamping mendapatkan maklumat
rakan... harap2 layaklah join ye... jom klik sini .... Blog Kesayangan Ku

38
Komen
Kotak Menjerit (Shoutbox) Tak Penting..

Blog mana yang perlukan kotak menjerit ni...

Kotak ni sebenarnya penting dan sangat penting untuk blog sy ni... hehe..
Rasanya jika tanpa kotak tu.. tak siapa mengenali sesama rakan blogger
Bila buat blogwalking.. banyak blog yang dapat singgah
sambil promot belogggg...

Kalau dah otai tu... tak mainlah kotak ni...
follower pon dah berpuluh riban.... org pon dah ramai kenal
Tak perlu promot... orang memang akan datang dan serang tiap hari...
itu pendapat saya... tapi kalau orang lain tu x tau pulak...
masing-masing ada pendapat sendiri...
so... terpulang....



Tuesday, 28 June 2011

12
Komen
Segmen : Kotak Bulat Promot Belog


Mesti korang tertanya2... siapa kotak bulat tu... cuba klik cni jap  baru korang tau siapa gerangannya...

nape nak join segmen ni ekkk... sebab... saja suka-suki... tengok org join rasa nak join... sambil tambah kenalan dan lebih ramai blogger dapat berinteraksi bersama... ececehhh....

Apakata jom serang blog cik kotak bulat kita meriahkan lagi segmen ni... o.ye... perlu diingat segmen ni dah nak tutup... kul 11.59... jom cepat2 serang....

Sunday, 26 June 2011

35
Komen
Follower

Siapa follower kita...

Saya sangat menghargai semua sekali follower yang telah sudi follow blog nih..
Tanpa kengkawan semua blog ni tidak bermakna.
Setiap blogger yang sudi singgah ke blog saya 
pasti 
akan saya kunjungi semula dan FOLLOW kengkawan semua
tetapi .... TOLONG... tinggalkan jejak di shoutbox atau ruangan komen
disamping itu saya juga akan 
klik klik klik incik nuff .... (kalau ada lah...) di blog kengkawan
TERIMA KASIH SEMUA... 
Sayang semua....
muuahhhhh...





Wednesday, 22 June 2011

51
Komen
Nakal tak masa kecik kecik dulu....

Nakalnya budak ni...
biasa dengar perkataan tu bila ada budak2 yang tak makan saman...
kenakalan masa kecik2 membuatkan emak selalu naik angin sebab hilang sabar dengan perangai anak2...
Mana tidaknya... bila tengok emak selalu menjahit... aku pon selalu tengok je... cara-cara emak mengoyangkan kakinya (mesin lama).... macam best jer...

Nak jadikan cerita... satu hari tu, emak kat luar rumah... jemur kain.....
aku pon senyap2 gi amek kain perca ... pegi test ... nak jahit kain tu...
putarlah benda yang macam roda tuu... tapi tak perasan rupanya jari telunjuk letak betul-betul bawah jarumm....

aku pon apa lagi... MAAAAKKKKKK.... menjerit sekuat hati... jarum dah termasuk dalam kuku... nak pusing dah tak boleh... aduuuhhhhaiiii.... sakitnya ... tak boleh nak cerita lah....

Mak aku pon berlari datang... terkejut tengok kuku dah ditembusi jarum...
nasib baik mak aku tak panik... dia pon pelan-pelan pusing roda tu... jarum tu ternaik semula....








aaaaaaahhhh.... lega.... nasib baik tak berdarah banyak... emak pon cepat-cepat sapu minyak hijau...

lepas tu... TOBAT... tak nak buat lagi....  satu pengajaran untuk diri sendiri... jangan salah guna barang emak... hehe...

Tuesday, 21 June 2011

17
Komen
Teringat-ingat Novel Badai Semalam...


Tiba2 teringatkan novel Badai Semalam... 
Novel ni pernah dijadikan teks untuk pengajian sastera tingkatan empat dan tingkatan lima pada tahun 1980 (kalau x silap... hehe)

Yang pasti... novel ni memang best... best gila... 
TV1 pernah adaptasi novel ni menjadi drama tv... tapi ... tak best... tak (hampir) sama  dengan novel tu...  mungkin pelakon pon tak gempak macam Aaron Aziz ngan Siti Saleha kottt... hehe...

Berulang-ulang kali  mengkaji novel ni... tak jemu-jemu... sesiapa peminat novel... cubalah cari novel  Badai Semalam, karya Khadijah Hashim....... tu pon kalau masih ada di pasaran sekarang...

Harap-harap akan diadaptasikan menjadi drama seperti Nora Elena....

Berjaya juga cari sinopsis novel tu......

14
Komen
Budak tersepit....

Umur masih panjang...
Kanak-kanak sebesar tu dibiarkan bersendirian di rumah...  Boleh harap ke....  Akal pon tak berapa nak cerdik... ibubapa zaman sekarang... pemikirannya tak macam orang dulu2... kalau boleh anak2 mesti sentiasa didepan mata... nak pergi bermain pon mesti ikut sekali kat padang permainan... pengajaran pada kita... jangan abaikan anak2... nanti bila tua.... kalau anak-anak abaikan kita.... macamana pulak....

Monday, 20 June 2011

21
Komen
Pernah terkena tak....


Pernah terkena tak...


Nak cerita pengalaman pagi tadi...

Macambiasalah... tiap2 hari pergi kerja naik motor....
tapi pagi ni, bila check minyak... tinggal ckit... jadi terpaksalah singgah kat stesen minyak dekat umah  ni...

Aku pon parkinglah kat pam... cambiasa...  gi kaunter bayaran... ramai pulak orang yang beratur...
aku dah siap pegang duit empat ringgit... cukuplah untuk kapcai nih...

Lepas bayar... aku gi semula kat motor... tengok ada 2, 3 bijik kereta tengah beratur nak isi minyak gak...
aku pon start injin... terus jalan... 

Dalam 3 ke 4 km perjalanan... tengok meter minyak hampir kering.... baru teringat... tadi aku start injin motor tapi minyak tak isi lagi....Allahuakbar... tawakal je lah... mujur sempat sampai ke stesen minyak lain...

Pengajaran... lain kali jangan tergopoh gapah... mengelabah tak tentu pasal ... tak pasal2 rugi RM8 hari ni...  hehehe... 


Tuesday, 14 June 2011

32
Komen
Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari

Sumber gambar google

LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.


Sumber gambar google
Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."
"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.
Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.
Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.
Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu. - Agensi
Sumber :  Kosmo Online

Saturday, 11 June 2011

21
Komen
Betul ke cara kita potong kuku....

Secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.
Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.
Kaedah yang paling mudah ialah:-
KUKU TANGAN
  1. Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
  2. Jari Tengah tangan kanan
  3. Jari Manis tangan kanan
  4. Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
  5. Jari Kelingking tangan kiri
  6. Jari Manis tangan kiri
  7. Jari Tengah tangan kiri
  8. Jari Telunjuk tangan kiri
  9. Ibu Jari tangan kiri
  10. Ibu Jari tangan kanan
Mula dari kanan, penghabisan juga sebelah kanan.

KUKU KAKI 


Mula dari kanan, penghabisan sebelah kiri iaitu kelingking kiri. Mulai dari Kelingking Kanan dan bergerak ke jari-jari lain di sebelah kiri jari kelingking kanan . (cara terus, straight – cara “highway”)

sumber dari :  Idiaron’s Weblog

Thursday, 9 June 2011

7
Komen
Terkenang kenang budi yang baik.....

Minggu ni kesihatan tak berapa mengizinkan... ada semput sikit..  malam bila nak tidor pon kena pam ubat dulu (inhealer)... kalao tak, kompom tak boleh tidor...  so kelmarin gi klinik primer UKM kat Bandar Tasik Selatan... jumpa doktor...  terpaksalah ambil nabulizer... sampai naik lenguh pegang benda tu... tapi tak apa lah janji nafas lega...

Selepas guna alat tu... badan rasa mengigil dan mengeletar semacam... biasalah tu... pernafasan pon semakin lancar... doktor bagi ubat inhealer dan perlu guna lebih kerap dari sebelum ni...

Satu lagi yang semestinya doktor bagi cuti sakit (MC).  Apa lagi terus balik sambung tidur lah....

Tapi tak perasan pulak... hari ni bila gi ofis... tengok doktor tersilap tulis tarikh... kat situ tulis bulan empat... sekarang dah bulan enam...  terpaksa lah hari ni gi semula kat klinik tuh jumpa doktor dan minta tolong ubahkan tarikh... tapi doktor kata kena buat baru...

Tapi yang buat rasa sangat terharu tu... doktor yang sedang melayan pesakit tu masih ingat GA datang kelmarin... dan tanyakan pernafasan bagaimana...   walhal GA datang nak betulkan tarikh MC tu je... betapa prihatinnya doktor pada pesakitnya...  doktor bangun dari kerusinya dan datang dekat sambil meletakkan stethoscope kat belakang dan suruh tarik nafas.... terharunya...  dan doktor kata okey... lagi dua atau tiga minggu kalau rasa tak sihat boleh datang semula... 


Dah lah hensem doktor ni... macam hero hindustan... aamir khan.... cuba la gi kalau tak caya.... hehe




Klinik ni adalah klinik kerajaan bukan klinik swasta... tu.. yang rasa sangat terharu tuh... doktor sangat berdedikasi... terima kasih doktor... jasa dan budi yang diberi tak kan dilupa...

GA mendoakan moga doktor berjaya dalam kerjaya dan menjadi yang terbaik antara yang terbaik...  doktor ni bertugas di bilik nombor 9.  Kalau ada sesiapa yang biasa ke klinik primer UKM tentu tau....




Monday, 6 June 2011

12
Komen
Belajarlah Berterima Kasih....


Tak pulang: Pelajar JPA kena bayar balik

05/06/2011 6:48pm
Tak diberi biasiswa.... akan menyalahkan pihak yang berkenaan.... bila dah dapat.... sukahati lah nak balik ke.... nak kerja di luar negara ker.... nak bayar ke ... tidak ker....
Tiada semangat patriotik dan perasaan untuk membalas segala budi yang telah diberi.... fikir-fikirkan....  Ibarat diberi susu dibalas.......



JERANTUT – Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara yang enggan kembali berkhidmat di negara ini selepas menamatkan pengajian mereka akan diminta membayar balik dengan nilai penuh biasiswa termasuk dikenakan faedah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Jemaah Menteri akan mengkaji berasaskan undang-undang sedia ada bagi melaksanakan tindakan itu.
“Jika Kabinet bersetuju, bekas pelajar tajaan JPA yang sudah bekerja di luar negara akan diwajibkan membayar balik semua perbelanjaan berkenaan termasuk faedah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di sini, hari ini.
Mohamed Nazri berkata, kebanyakan pelajar tajaan JPA yang enggan pulang merupakan mereka yang menuntut di universiti di Eropah dan Amerika Syarikat yang menerima biasiswa berjumlah antara RM400,000 dan RM1.2 juta setiap seorang.

“Sewajarnya golongan berkenaan patut mengenang budi kerajaan yang memberi biasiswa dan menghantar mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional tertentu di luar negara,” katanya.
Sumber  :  Berita Harian

Sunday, 5 June 2011

6
Komen
Tikus gergasi baham kanak-kanak

Biar betul tikus sebesar nih.... seram...


CAPE TOWN - Polis Afrika Selatan menangkap sejenis tikus gergasi yang dipercayai menggigit sehingga mati dua orang kanak-kanak di kawasan setinggan di negara itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Tikus sebesar seekor kucing dan sepanjang satu meter itu memiliki gigi hadapan lebih dua sentimeter panjang.
Pada minggu ini, seorang budak perempuan berusia tiga tahun, Lunathi Dwadwa maut diserang mamalia tersebut ketika dia tidur di rumah ibu bapanya dekat sini.
Seorang bayi lain terkorban dalam serangan serupa pada hari yang sama di ibu negara Afrika Selatan, Johannesburg. - Agensi

Sumber : KOSMO

Saturday, 4 June 2011

12
Komen
Remaja jual buah pinggang demi iPad


Jual buahpinggang untuk dapatkan iPad..... macam tak masuk akal dan tak boleh diterima akal.... cetek sangat pemikiran.... buahpinggang (organ badan) untuk digunakan sepanjang hayat... tak ada ganti... tak ada lagi buahpinggang  palsu yang boleh mengambilalih bila sebelah lagi dah rosak....  


BEIJING: Seorang remaja yang terdesak mahu mendapatkan iPad 2 nekad menjual satu daripada buah pinggangnya bagi mencapai apa yang diidamkan, lapor media semalam.
Dikenali hanya sebagai Zheng, dia dikatakan menjual organ penting itu pada harga kira-kira RM9,800.

Zheng, 17, berkata dia menjual buah pinggangnya selepas ternampak iklan dalam talian yang menawarkan wang kepada sesiapa yang mahu menjadi penderma organ.
“Saya mahu membeli iPad 2 tapi tak ada wang,” katanya kepada stesen televisyen Shenzhen.
Sumber gambar : google

Zheng berkata, melihat wang yang ditawarkan ejen dalam iklan itu, dia pun berunding dan pergi ke bandar Chenzhou di wilayah Hunan untuk menjalani pembedahan.

Dia kemudian dimasukkan ke hospital tempatan dan dibenarkan pulang tiga hari selepas menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, Zheng mengalami komplikasi dan keadaan kesihatannya yang terganggu itu menyebabkan ibunya menyedari ada yang tidak kena pada remaja terbabit.

Ibu Zheng, Liu, berkata dia terkejut apabila anaknya pulang bersama satu komputer riba serta telefon bimbit Apple.
Curiga dengan apa yang dilihatnya, Liu mendesak Zheng menceritakan apa yang berlaku.
“Akhirnya dia mengaku menjual buah pinggangnya,” katanya.

Liu kemudian pergi bersama Zheng ke Chenzhou dan membuat laporan polis. Bagaimanapun, polis gagal mengesan ejen terbabit kerana nombor telefon yang digunakan sebelum ini dimatikan. - Agensi

Sumber :  Harian Metro

Thursday, 2 June 2011

4
Komen
Nora Elena

Suka pulak nak buat sinopsis sendiri drama Nora Elena ni... harap-harap pengarah/penerbit drama ni tak marah lah ekkk...  Isnin sampai Jumaat dah jadi addicted ngan drama nih.... 

Biasalah kalau drama diadaptasi dari novel mestilah mengayat dahsyat....  rasanya kalau didunia realiti nih jarang-jarang....nak jumpa suami yang macam nih.... romantik....GiLLer.....


Berbagai cara nak menarik perhatian isteri tersayang.... walaupun teruk kena marah, kena herdik.... kesiannya... tapi episod hari ni seminar/honneymoon di Cameron Highlang hadiah (misteri) dari boss Elena telah merubah segalanya.   Elena telah mengalah dan menyesali sikap kasarnya selama ni dan memohon ampun dari Seth Tan.... 

Cuma Elena belum memberi jawapan.....keatas pertanyaan Seth... sayang abang tak....?  tunggu minggu depan ye....

Wednesday, 1 June 2011

5
Komen
Timun pon bahaya.... dah ragut 14 nyawa....

BERLIN 31 Mei - Wabak bakteria E.coli berpunca daripada timun tercemar yang sudah meragut 14 nyawa dan menyebabkan lebih 320 lagi sakit teruk di Jerman, kini merebak ke negara lain di Eropah utara dan dijangka menjadi bertambah buruk pada minggu akan datang.

Sumber bakteria berbahaya itu belum diketahui, kata pihak berkuasa Jerman semalam, menjelang mesyuarat krisis pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri di sini.

Kebanyakan kematian berlaku di utara Jerman.
"Kami berharap bilangan kes akan menurun tetapi kami khuatir keadaan akan menjadi bertambah buruk," kata jurucakap Pusat Perubatan Universiti Schleswig-Holstein di utara Jerman, Oliver Grieve.

Patogen E.coli itu dikenal pasti terdapat pada bekalan timun yang diimport dari Sepanyol tetapi belum jelas sama ada sayur tersebut mula dicemari di negara itu, semasa dalam pengangkutan atau di Jerman.
Sebanyak 36 kes disyaki E.coli dikesan di Sweden, semuanya dikaitkan dengan perjalanan di utara Jerman, kata pihak berkuasa.

Sebilangan kecil kes dilaporkan di Britain, Denmark, Perancis dan Belanda, semuanya juga dikaitkan dengan perjalanan ke Jerman.

Kerajaan Jerman mengenal pasti wabak itu sebagai sindrom hemolitik-uremik (HUS) iaitu komplikasi serius berpunca daripada sejenis E.coli yang dikenali sebagai E.coli pengeluar toksin Shiga (STEC).

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) dalam penilaian risikonya menyifatkan wabak HUS/STEC itu sebagai antara yang terbesar di dunia.

HUS menjejaskan darah, buah pinggang dan dalam kes paling teruk, sistem saraf dan boleh menjadi sangat serius bagi kanak-kanak dan orang tua. - Reuters


 sumber :  Utusan Malaysia

4
Komen
Mati Direjam....


SIMFEROPOL (Ukraine): Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.
Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.

Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini.
Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.

Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan.

Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.

Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.

Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam.
Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.

“Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati,” katanya. - DM

Sumber  :  Harian Metro

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...