Nuffnang

Pages

Tuesday, 21 June 2011

17
Komen
Teringat-ingat Novel Badai Semalam...


Tiba2 teringatkan novel Badai Semalam... 
Novel ni pernah dijadikan teks untuk pengajian sastera tingkatan empat dan tingkatan lima pada tahun 1980 (kalau x silap... hehe)

Yang pasti... novel ni memang best... best gila... 
TV1 pernah adaptasi novel ni menjadi drama tv... tapi ... tak best... tak (hampir) sama  dengan novel tu...  mungkin pelakon pon tak gempak macam Aaron Aziz ngan Siti Saleha kottt... hehe...

Berulang-ulang kali  mengkaji novel ni... tak jemu-jemu... sesiapa peminat novel... cubalah cari novel  Badai Semalam, karya Khadijah Hashim....... tu pon kalau masih ada di pasaran sekarang...

Harap-harap akan diadaptasikan menjadi drama seperti Nora Elena....

Berjaya juga cari sinopsis novel tu......

Sinopsis Badai Semalam

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Jiran-jiran di situ berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut.Mula-mula Mazni hanya menganggap karim sebagai abangnya.

Dari perassan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latarbelakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak ada komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya itu ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu nanti bila orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni begitu kecewa lagi apabila mendengar tomahan fitnah dari orang tetang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tingallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni yang berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?.

Sumber dari Alaf12FC



Post a Comment

17 comments:

Durrani Zamri said...

adehhh, xminat la bace novel..
tp dalam hati tu mcm teringin nk jadi kaki novel..hehe

Green Apple said...

o ye ke...
baca novel ni nak kena banyak kesabaran... tapi bila dah mula baca macam x sabar nak habiskan... hehe..

insan_marhaen said...

Novel ni famous zaman mak cik masih kt sekolah rendah... Crite dia memang best..Khadijah Hashim memang salah seorang penulis yang mak cik minat...sampai skang wpun dah tua masih suka baca novel..hehe..

Green Apple said...

ummu ainries : memang best novel ni...

Shuu Hrdn said...

mcm best je novel ni hehehe

Green Apple said...

shuu hrdn : memang best... bila baca tu x sedar dgn airmata skali... hehe...

M Fizan said...

tak best..tak best..setulus janjimu lagi best :D

Green Apple said...

Fizan : mana tau x best...hehe

nurmisnan said...

hmmmmm.... sakit tuh
itu ler rajin sgt main
mesin jahit...

Green Apple said...

nur misnan : mesti ter-c-lap klik ruangan komen nih... hehe
apa2 pon tq sebab sudi mengomen kat cni ye...

amny said...

Dah lama xlayan novel..hehhe

Green Apple said...

amny : kalau ada masa terluang... best gak layan...

d.angel said...

pernah baca novel ni memang best...rasanya novel yg dijadikan buku teks paling best.

Green Apple said...

@Dorris Angel : sama le kita... sanggup ulang baca beberapa kali sambil hanyut dlm kisah mazni...rasa macam real pulak.. heeee

Anonymous said...

Saya adalah antara pelajar sastera yang mengkaji novel ini. Mmg sgt best. Malangnya novel badai semalam ni dah tiada dlm simpanan. Novel Khadijah Hashim yg juga saya baca ialah Merpati Putih Terbang Lagi. Novel tu masih ada dlm simpanan saya. Rugi kalau x baca hasil karya penulis-penulis yg hebat seperti beliau.

Anonymous said...

nama sy mazni..my mum bg nama tu sbb terpengaruh dgn cerita dlm novel badai semalam la..hehe.

Anonymous said...

Great post. I was checking continuously this blog and I'm impressed! Extremely helpful info specifically the last part :) I care for such information a lot. I was looking for this particular info for a very long time. Thank you and good luck.Get each of the most up-to-date Updates in http://www.okotobrigyadance.com/node/471193 know how from the one and only real source at site

Feel free to surf to my website :: football kit

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...