Nuffnang

Pages

Monday 6 June 2011

13
Komen
Belajarlah Berterima Kasih....


Tak pulang: Pelajar JPA kena bayar balik

05/06/2011 6:48pm
Tak diberi biasiswa.... akan menyalahkan pihak yang berkenaan.... bila dah dapat.... sukahati lah nak balik ke.... nak kerja di luar negara ker.... nak bayar ke ... tidak ker....
Tiada semangat patriotik dan perasaan untuk membalas segala budi yang telah diberi.... fikir-fikirkan....  Ibarat diberi susu dibalas.......



JERANTUT – Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara yang enggan kembali berkhidmat di negara ini selepas menamatkan pengajian mereka akan diminta membayar balik dengan nilai penuh biasiswa termasuk dikenakan faedah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Jemaah Menteri akan mengkaji berasaskan undang-undang sedia ada bagi melaksanakan tindakan itu.
“Jika Kabinet bersetuju, bekas pelajar tajaan JPA yang sudah bekerja di luar negara akan diwajibkan membayar balik semua perbelanjaan berkenaan termasuk faedah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di sini, hari ini.
Mohamed Nazri berkata, kebanyakan pelajar tajaan JPA yang enggan pulang merupakan mereka yang menuntut di universiti di Eropah dan Amerika Syarikat yang menerima biasiswa berjumlah antara RM400,000 dan RM1.2 juta setiap seorang.

“Sewajarnya golongan berkenaan patut mengenang budi kerajaan yang memberi biasiswa dan menghantar mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional tertentu di luar negara,” katanya.
Sumber  :  Berita Harian

Post a Comment

13 comments:

Unknown said...

alahai , kenapa macam tu ? lagi selesa duduk negara orang ke ?

Tak Payah Susahkan Diri

Green Apple said...

tia : dah dpt biasiswa...pandai2lah. Bukan ckit tuh...

M Fizan said...

betul2..materialisme~

Green Apple said...

m fizan : betul... materialisme mengatasi segala...
masa susah mintak bantuan... bila dah senang...lupa segalanya...

Unknown said...

tu la..
nak kata tak de duit tak mungkin la..kan??
lagipun bukan suruh bayar selepuk gitu..
tak kenang budi..

shafmechy said...

tu la pasal..byk yg suka kerja luar, xmau blk...dikaburi wang...

Unknown said...

memang tak kenang budi .. kacang lupa kulit nih ..

Tia Nak Letak Gambar Boleh?

Green Apple said...

diana : betul tuh... bukan kena bayar sekaligus.. secara ansuran... x kan x bleh..

Green Apple said...

shafmechy : kerja kat luar lg best kot...

Green Apple said...

tia : nak wat camane... fikirlah sendiri...

Normah Mohd Saat said...

Tak payah tanya anak orang biasa, tanya anak-anak menteri tu diaorang bayar balik tak?

Green Apple said...

Normah : betul tuh...

Anonymous said...

It's in point of fact a nice and useful piece of information. I am glad that you just shared this helpful information with us. Please stay us informed like this. Thanks for sharing.If you'd
like know more details on http://www.gonulvadisi.
net/index.php?do=/blog/1117/software-about-cheap-jersey-designed-for-grown-ups/, stop
by the web Seminars web site site

Check out my webpage football jersey

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...