Nuffnang

Pages

Sunday, 31 July 2011

18
Komen
LAFAZ NIAT PUASA

Kita berpuasa dibulan Ramadhan setahun sekali, mungkin..... ada yang ingat-ingat lupa nak baca niat puasa ni silap-silap terbaca niat mandi wajib lak... hahaha... disini saya kongsikan apa yang telah saya cuba cari diblog rakan-rakan kita untuk imbasan semula....insyallah....

Lafaz Niat Puasa Harian
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Puasa Sebulan
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku
dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang.




Doa Selepas Berbuka Puasa


Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN...

Saturday, 30 July 2011

10
Komen
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA....


Semoga bulan Ramadhan yang akan tiba esok akan meningkatkan lagi amalan kita berbanding hari-hari biasa.  Insyallah esok kita akan bermula Solat Tarawih, jom kita beramai-ramai mengunjungi masjid atau surau untuk mengimarahkan Solat Tarawih...

Adab dibulan Ramadhan :

* jaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain 

*  Memelihara mata dan telinga 

* Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram

* Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya

* Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. 

* Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan

* Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

* Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.


Wallahualam...


8
Komen
Segmen BW sambil tambah follower




Nak join Segmen cikyuyue sila klik SINI
Cara join :

1-Letak header yuyue and linkkan ke entry yuyue/blog yuyue 
2-Terangkan serba sedikit tentang blog kamu..berapa jumlah follower?  
   berapa lama dalam dunia blog?
3-Tagkan beberapa rakan blogger
4-Sudah siap,sila tinggalkan link di komen entry ini

Tarikh tutup pada 05/08/2011

Ini blog biasa-biasa, tidak dikhususkan untuk sesuatu tajuk... semua boleh.. hehe
Jumlah Follower setakat ni 653 sahaja
Mula menjadi ahli dikalangan blogger pada bulan Mei 2011...

Saya tag    :   http://budakkakisurfing.blogspot.com/
                        http://paperklipkertas.blogspot.com/


8
Komen
Terima Kasih iMBobo


Kali ni saya nak buat entri khas untuk blogger iMBobo
bak kata pepatah org dolu-dolu..
~ orang berbudi kita berbahasa ~

JUTAAN TERIMA KASIH iMBobo sebab telah sudi untuk
letak blog GreenApple disenarai  VIP nya... (terharu....)

Blog GreenApple tersenari di VIP list Blog iMBobo.... 
blog saya ni sebenarnya tiada apa yang istimewanya

* bukan untuk berlumba
* bukan untuk mengejar follower
* bukan untuk fofuler
* bukan untuk menunjuk-nunjuk (ngan kengkawan... hehe)
tapi....
* sekadar suka-suka je...
bukan merendah diri, itulah hakikatnya...

Tapi bila diberi penghargaan sebegitu tak dapat nak dituturkan dengan kata-kata...
Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Mula-mula menjejaki blog iMBobo saya tertanya-tanya siapakah nama sebenar tuan belog ni,
untuk disinonimkan dengan iMBobo tu...
maka terlintaslah nama-nama ni,
mungkin Rahim (haha...), Fahim, Imran atau Kasim (ala abg kassim...)

tetapi,
maksud iM tu sebenarnya "I am" (tipah tertipu....), pandainya dia...

Blog iMBobo pada saya sangat menarik, berlatar warna hitam + hijau dan biru
bermacam-macam info dan unsur-unsur pengajaran juga ada....
selain tu... yang maha penting....
tuan belog sangat adil kepada pengunjungnya....
mesti datang singgah semula.
Kepada semua yang belum pernah singgah ke blog beliau sila-silalah terjah blog iMBobo
nanti cecite kat sini tau... 

Friday, 29 July 2011

27
Komen
Suka Bermain-main Dengan Kata


singgah dan follow...
U follow.. I follow
kadang-kadang terjumpa ayat macam tu... di kotak menjerit....
tapi betul-betul follow atau sekadar nak
menyedapkan hati tuan punya blog...
dan ada juga yang datang seperti memaksa follow dia semula...
tolonglah....
kalau tak follow pon tak apa, saya tak marah pon
tapi janganlah bermain dengan kata-kata yang boleh dianggap sebagai suatu penipuan...
kepada yang betul-betul mengikuti perkembangan blog saya yang tak seberapa ni
sambil follow blog ni....
JUTAAN TERIMA KASIH untuk mu.....

Wednesday, 27 July 2011

14
Komen
Tiket Bola

gambar pinjam dr En Nakal
Khamis 28 Julai 2011 (Khamis) perlawanan kedua pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil.  Ramailah peminat bolasepak khususnya penyokong team Harimau Malaya menyerbu ke tempat yang telah ditetapkan untuk membeli tiket perlawanan.  Semangat dah berkobar-kobar untuk sama-sama penuhkan Stadium Bukit Jalil.  


Tapi, diberitahu tiket perlawanan sebanyak 60,000 telah habis dalam sekejap je...  biar betul....


Yang menjadi kebimbangan, pada hari perlawanan esok tiba-tiba ada pulak tiket..... bukan jual kat kaunter tiket.... tapi diluar stadium..... ada kaki yang jual tiket.... siaplah harganya nanti...  itu cuma kebimbangan sahaja, kalau tidak terjadi begitu baguslah...... 


Dikesempatan beginilah dikhuatirkan ada pihak-pihak yang akan mengambil peluang untuk mencari keuntungan berlipat kali ganda....keuntungan diatas kesusahan orang lain.... 


Cuma, diharap malam esok pihak berwajib akan meningkatkan kawalan di seluruh kawasan luar stadium, agar kaki atau ulat-ulat tidak berleluasa..... team bola kita baru nak naik..... baru nak merasa sorakan kebabooommmm.... dah jadi macam ni.... 


Selamat Berjuang Skuad Harimau Malaya......


pinjam dari en google


27
Komen
Cemburu

Ada dua jenis cemburu... cemburu buta dan cemburu celik... macamana diaorang kategorikan cemburu tu ye... pada pendapat'an' saya kalau cemburu buta tu maknanya cemburu tak bertempat....cemburu celik pula mungkin lebih kearah kemajuan kot... cemburu adalah cetusan dariapda gabungan beberapa emosi seperti marah, malu dan juga kecewa tapi bukan dengki tau....itu dah lain kes...


~ Cemburu Buta ~


* Beremosi keterlaluan
Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).


* Sering melemparkan tuduhan
Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.


* Suka buruk sangka
Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.


~ Cemburu Celik ~ 

Lebih kepada kearah positif.... jauh dari hasad dengki....
Cemburu dengan kawan di kolej yang rajin sangat belajar sampai dapat anugerah dekan... cemburu gile dibuatnya tu... macamana dia belajar ekkk... tak boleh jadi ni.... nak dapat juga anugerah macam dia tu.... 

Cemburu dengan kawan-kawan yang lebih berjaya, terutama bila melihat rakan blogger lain begitu ramai pengikutnya dan sangat fofuler, boleh bikin cemburu yang amat tu... hehe (gurau je...)

Pendek kata, janganlah cemburu tak tentu hala... kalau boleh biarlah berfikiran positif... fikir yang baik-baik je ye... (boleh ke....)  tak guna rasa cemburu tak tentu hala, buat sakit jiwa je.. tapi macamana nak bagi hilangkan rasa cemburu tu ye... 

Tuesday, 26 July 2011

29
Komen
Tanda-Tanda Poket Kering


Sikap tiba-tiba berubah... nampak pelik dari biasa....segala aktiviti kegemaran telah diketepikan dan lebih suka menyendiri...

- Lebih banyak menghabiskan masa dirumah
   Bila ajak keluar, banyak beri alasan dan lebih suka duduk dirumah daripada
   keluar.

 - Makan digerai yang murah..
   Kalau keluar bersama, lebih suka cari gerai yang gerenti murah punya...

- Tiada sebarang hadiah

   Bila sampai hari jadi rakan atau sidia buat derk je... hehe

- Tak nak teman kawan pergi shopping...sebaliknya ajak
   ketempat-tempat bersejarah....
   Pergi ke tempat2 yang boleh masuk free dan boleh habiskan masa disitu
   dengan senang hati...

- bila ajak pergi makan, hanya menemani... tak nak makan sekali...
   Silap haribulan dia kata dia berpuasa sunat hari tu....

- Tak nak kol... tapi SMS je... (jimat sikit)
   Teruk sangat ni...

- Bila berbual suka buka cerita sedih...
  
Sendiri punya poket sendiri tau lah.. yang penting pandai-pandailah mengawal belanja seharian...

Monday, 25 July 2011

40
Komen
Jujur ke bila bersegmen

Sejak akhir-akhir ni suka sangat nak join segmen... macam-macam blog yang saya terjah dan memeriahkan sambil memberi sokongan blog yang menganjurkan segmen-segmen ni...

Antara segmen yang telah saya join, dari cik Kotak Bulat cik Luna Lanun, en Freaky, en Bangku Kosong dan banyak lagi lah...  semuanya best dan semakin meriah blog dikunjungi rakan-rakan blogger...

Tapiiii.... sedih gak nak cerita kat sini...
Ada satu blog ni... buat segmen... suruh orang join, kemudian dia akan pilih pemenang dari blog-blog yang telah join segmen dia ni...  saya pon apa lagi dengan berkobar-kobarnya menyelitkan diri gak lah... sehari dua kemudian saya terjah kembali blog tersebut, nak tengok perkembangan segmen tuan belog... tapi yang sedihnya, tuan blog ni dengan bangganya tulis kat bawah sekali segmen dia tu..."Segmen ini dibatalkan, kerana kurang sambutan...hehehe.."

Memang kurang sambutan pon.... tak sampai 10 blog yang join... tapi... masalahnya, dia tidak jujur kepada blog yang telah sudi dan bersusahpayah ikut syarat dia... oleh kerana sakithati punya pasal, saya pon delete terus entry segmen tersebut dari blog saya...

Tabik spring pada cik Kotak Bulat semangat untuk bersegmen seperti kata-katanya yang berkobar-kobar...
p/s : aku nak study proposal projek ni.. jadi aku tetap akan buat macam yang aku kata walaupun hanya seorang yang join.. lalala~
Kalau rasa tak boleh nak menepati janji, lebih baik tak usah buat segmen....


Sunday, 24 July 2011

24
Komen
Segmen BW pantas kotak bulat!


Nak join segmen BW Pantas Kotak Bulat! sila klik SINI  

Ini kali kedua saya join segmen yang dibuat oleh cik KB... beri sokongan padu..... hehe...
Saya suka datang berkunjung ke blog cik KB, sebab cik KB ni peramah, suka singgah semula ke blog yang menyinggah ke blog cik KB... tu yang paling best.  Selain tu, blog cik KB simple dan tak berserabut... pendek kata mesra pengunjung... teruskan usaha ye cik KB....

" Mood : rajin nak blogwalking sampai pitam "

Friday, 22 July 2011

11
Komen
Segmen Kami Blogger 1Malaysia


Jom join segmen dari cik POP.  Sangat menarik segmen kali ni... jarang2 ada blogger yang buat segmen patriotik camni... bangga sangat dan teruja untuk join sekali... kalau nak join sila klik SINI

Bendera Negeri Melaka

Asal :  Negeri Melaka
Sekarang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur

Tetapi saya tetap memilih lagu negeri asal saya :  Melaka

MELAKA MAJU JAYA

Melaka Negeri Bersejarah
Tempat Tumpat Darah Kita
Dijunjung Dengan Sepenuh Jiwa
Untuk Maju dan Jaya
Rakyat Melaka Sudah Bersatu Padu
Berikrar Taat Setia
Jujur Berkhidmat Setiap Masa
Melaka Maju Jaya

Saya nak Tag :

Wednesday, 20 July 2011

28
Komen
Kesilapan

Setiap insan pasti tidak sunyi dari melakukan kesilapan.  Cuma cara menangani kesilapan yang telah dilakukan adalah berbeza-beza.

Apa yang akan dilakukan sekiranya terasa diri melakukan kesilapan terhadap seseorang. 
  • Buat Bodo...
  • minta pendapat kengkawan apa yang sepatut dilakukan
  • jaja keburukan orang tersebut... bagi kaw kaw punya.... hehe
          ATAU...
  • dengan rasa rendah diri mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki (macam hari raya lak...)
Sesetengah orang mungkin agak ego dengan prinsip untuk tidak sesekali akan mengaku kesilapan walaupon memang telah buat silap.  Seperti menegakkan benang basah.... terpulanglah pada pendapat masing-masing samada nak mengaku salah atau tidak... tepuk dada tanya selera...

Monday, 18 July 2011

11
Komen
Catatan di Tanah Abang, Jakarta

Kembali dari bercuti terus join segmen dulu... hehe... takut terlepas lak...  Bila dah join baru boleh update apa yang patut...

Ketika sampai di Hotel KarsaUtama, Tanah Abang yang telah di tempah lebih seminggu sebelum berangkat, reception dengan senang hati beritahu bilik penuh... abih... camana ngan booking yang dah dibuat sebelum ni... kira burn...  Suka-suka hati je cancel booking tanpa beritahu.  Tapi nasib baik ada yang checkout pada masa tu (kul 7.00 malam), walaupon bilik sempit tapi tak kisahlah...

Pada pandangan saya, Tanah Abang lebih kepada tempat untuk peniaga. Terdapat banyak kedai-kedai yang menjual secara borong.  Kalau beli hanya satu barang terpaksa bayar dengan harga yang mahal.

Tujuan datang pon untuk melihat sendiri keadaan di Tanah Abang yang dikatakan barang2 murah sangat.  Tapi rupanya kalau nak membeli-belah adalah lebih sesuai di Mangga Dua... memang banyak pilihan.  Terlalu banyak sampai rambang mata...

Paling best, untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat adalah lebih mudah dengan menaiki bajai.  Tambang murah dan lebih cepat... boleh merempit dicelah2 kereta...


Jakarta ni sangat terkenal dengan macet atau jalanraya yang sangat sesak.  Punca kesesakan seperti yang saya hadapi, dimana-mana dan tanpa mengira masa mereka memungah barangan.  Parking motorsikal pula tidak disediakan dan penunggang meletakkan motorsikal ditepi jalan hingga penuh sebahagian jalanan... berlapis-lapis dan macam kurang pengawasan.... 


Yang istimewa di Jakarta ni, pemandunya agak penyabar walaupon dalam keadaan yang sentiasa sesak.  Keadaan memang gamat dengan bunyi horn dimana-mana tetapi mereka tidak mudah marah seperti pemandu di Kuala Lumpur... Bila ditanyakan soalan tersebut kepada pak supir yang memandu bajai, katanya pemandu di Jakarta ni sudah maklumi keadaan disini dan saling toleransi.... emmmmm...
Sebelum pulang ke Kuala Lumpur saya cuba mencari ole-ole untuk dibuat kenangan seperti rantai kunci dan fretch magnetic... tapi hampa... sebelum naik flight rupanya kat airport ada fretch magnetic ni... mahal mak-aii..... selama lima hari di Jakarta duit banyak dibelanjakan untuk makanan dan tambang perjalanan sebab kami tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong.... redah menggunakan bajai.  Insyallah akan datang lagi suatu masa nanti....

tak sabar nak ke Bandung pula pada bulan Oktober nanti....

Kenangan Yang Tak Boleh Dilupakan


Setiap kali mengunjungi toko-toko bila diberitahu datang dari Malaysia, pasti mereka akan minta titipkan salam buat Kak Ros...terlopong kejap... siapa kak ros.... rupanya kak Ros Upin dan Ipin.... berpengaruh juga siri Upin dan Ipin di Indonesia... terasa bangga...

17
Komen
Aku Blogger Baru La Bang!


Nak join Segmen Di Bangku Kosong klik Sini

43
Komen
SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER


Nak join Segmen Mari  Menambah Follower Cik Luna Lanun sila klik  sini
Tarikh Tutup : 25 Julai 2011 

Tuesday, 12 July 2011

11
Komen
Kellie Castle

Saya sebenarnya tak pernah tahu tempat ni... hinggalah suatu hari telah melalui kawasan ni dari Gopeng, Perak... sempatlah singgah kat tempat bersejarah ni...  memang cantik.... betul-betul dihadapan Istana ni terdapat sungai yang mengalir jernih.....

Sebenarnya  Jimmy Shanley pernah merancang untuk mengadakan majlis persandingannya kat tempat ni... tapi tak tahu kenapa tak jadi kenyataan....

Selain dari Istana lama, tempat ni juga dikenali kerana terdapat objek seakan seekor beruang disebatang pokok yang terdapat di sini...mungkin kebetulan je kot... mengikut ceritanya pelakon Gerak Khas, Zukifli Ismail orang pertama yang menjumpai pokok yang agak aneh ni......

(gambar :  google)
Inilah objek yang seakan seekor beruang seperti yang dikatakan.
Untuk mengetahui sejarah kewujudan Kellie Castle ni saya temui dari blog rakan-rakan....dan kongsikan disini....

Monday, 11 July 2011

13
Komen
Jakarta

gambar dari google
  Esok last kerja... Rabu mula bercuti dan akan berangkat ke Jakarta
tak dapatlah nak update blog ni...rasa rindu lak nanti...
perancanganya akan menginap di Tanah Abang
Tak pernah sampai lagi tempat tu... harap-harap memuaskanlah...
bercuti-cuti selama seminggu.... bersama teman-teman ofis...
sebelum pergi... praktislah bahasa Indonesia... senang nak berurusniaga kat sana.... 
Sebelum berangkat ni... macam-macam pengalaman yang 
diceritakan oleh rakan-rakan yang pernah sampai di sana...
tapi itu pengalaman mereka... tunggu pengalaman sendiri pulak
tak sabar rasanya....


Thursday, 7 July 2011

28
Komen
BENAK

Benak... pernah dengar tak perkataan tu... kalau di Semenanjung ni benak tu biasanya bermaksud bengap... hehehe...

Tapi beberapa hari lepas tertonton kat TV3 satu pesta yang dinamakan Benak kat Batang Lupar, Sri Aman, Sarawak... menarik gak...teringin nak menyaksikan sendiri keindahan alam tu... sebelum pergi... cari info dulu... dan terjumpalah artikel ni...

Wednesday, 6 July 2011

43
Komen
Sarapan Pagi Pilihan


Sampai je kat opis... pagi-pagi biasanya terus gi cari sarapan...
ye la... barulah bertenaga nak meneruskan tugasan harian
kena lah isi minyak dulu... hehe
kat Malaysia ni ada macam-macam pilihan sarapan pagi...
mungkin ikut negeri juga...
orang utara dan selatan bersarapan apa ye....
kalau dipantai timur... tentulah nasi dagang ... atau nasi kerabu... bestnya...
Sabah dan Sarawak... pagi-pagi bersarapan nasi lemak ke....atau ada makanan lain...
Saya pulak... kalau pagi-pagi ni gi cari roti canai atau rawa tossai... 
nasi lemak... kalau boleh nak dikurangkan..
kononnya nak jaga kesihatan... hehe


Tuesday, 5 July 2011

11
Komen
Cari Kerja Kosong

Sorang kawan ni baru habis study....
jadi... sekarang sedang berusaha keras mencari pekerjaan, sementara menunggu
hospital panggil untuk bertugas dalam bulan Oktober nanti... 
lama gak tu...nak jadi penganggur terhormat...
lebih2 pon tolong mak masak kat rumah... namapon pompuan... hehe..
tiap2 hari terjah website jawatankosong... tapi yang paling menarik ada satu 
tawaran iklan jawatan kosong ni... (mungkin lawak je kooott...)
pencuri sambilan... hehe... 
nak tengok apa syarat2nya... 

2
Komen
Politik


Harap maaf...entri tentang politik nih... 
errrmmm... 
malas nak join... nak baca lagi malas... hehe
tak perlulah bersusah payah kempen kat blog cenonet ni soh datang baca entri dan komen...
tak kuasa nak serabutkan kepala hotak.... hehe


Sunday, 3 July 2011

30
Komen
Sharbinee Allawee selamatkan sepakan penalti - Syabas

Perlawanan yang sangat mendebarkan....
Bangga sangat.... 
dalam debaran perlawanan antara Harimau Malaya v/s Chinese Taipei... 
Sekalung TAHNIAH dan BANGGA sangat kepada penjaga gol - Harimau Malaya
Sharbini Alawi telah berjaya menyelamatkan tendangan penalti....
semasa kedudukan yang sangat mendebarkan  2 -2 
Syabas Sharbinee....teruskan kecemerlangan...
semoga Harimau Malaya terus mengaummmm..... 

Keputusan :  Malaysia 2 - 3 Taiwan
Keputusan Penuh : Malaysia 4 - 4 Taiwan
Malaysia layak ke perlawanan seterusnya menentang Singapura pada 23/7/2011

24
Komen
Terima Kasih

Blog berat.... tak tau kenapa pada 1 Julai 2011 (Jumaat) start dari pagi sampai ke malam tetiba je blog ni jd berat.... loading loading   loading.... tak habis2....

lepas sorang2 kengkawan yang singgah bagi tau blog berat...mula-mula En. Hafizal singgah kat shoutbox  bagi tau blog ni berat.... siap dgn kata-kata 'jangan marah ye...' hehe.....tak marah pon...

Pergi lak kat ruangan komen  cik Normala Ali pon bagi tau blog ni berat.... lambat loading...
Terima kasih kepada Hafizal dan Normala kerana telah relahati sudi menegur dan memberitahu saya.....baru tersedar.....

Saya datang merintih dimerata tempat.... tapi Cik Tia telah datang mencari masalah blog ni dan memberi banyak sangat tips untuk meringankan blog ni....  bersusah payah tia bagi idea dan apa yang patut saya buat..... TERHARU sesangat..... TERIMA KASIH....TIA.....

Terima kasih kepada Hafizal dan Normala yang sudi menegur dan memberitahu keadaan blog saya ni.... kalau tanpa teguran mereka mungkin blog ni sampai hari ni masih berat lagi.....

Atas tips yg cik tia beri.... saya berjaya menogelkan blog ni.... banyak juga yang telah saya buang.... sebab tak ada fungsi pon.....

TERIMA KASIH SEMUA........

Friday, 1 July 2011

64
Komen
Segmen : Seminggu 100 Follower Kembali


Seminggu 100 Follower... biar betul...

Jom sesiapa yang teringin nak join segmen ni sila terjah blog Firdaus Life
cepat cepat jangan terlambat... kita sama2 serang...
diperlukan 200 blog sahaja...


Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...