Nuffnang

Pages

Sunday, 3 July 2011

30
Komen
Sharbinee Allawee selamatkan sepakan penalti - Syabas

Perlawanan yang sangat mendebarkan....
Bangga sangat.... 
dalam debaran perlawanan antara Harimau Malaya v/s Chinese Taipei... 
Sekalung TAHNIAH dan BANGGA sangat kepada penjaga gol - Harimau Malaya
Sharbini Alawi telah berjaya menyelamatkan tendangan penalti....
semasa kedudukan yang sangat mendebarkan  2 -2 
Syabas Sharbinee....teruskan kecemerlangan...
semoga Harimau Malaya terus mengaummmm..... 

Keputusan :  Malaysia 2 - 3 Taiwan
Keputusan Penuh : Malaysia 4 - 4 Taiwan
Malaysia layak ke perlawanan seterusnya menentang Singapura pada 23/7/2011


Harimau Malaya lalui detik mendebarkan sebelum ke pusingan kedua

MALAYSIA menepati ramalan ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia, tetapi terpaksa mengharungi saat cukup mencemaskan sebelum layak menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan apabila tewas 3-2 kepada Taiwan di Stadium Taipei, malam tadi. 
Hakikatnya, masih ada banyak ruang kelemahan dalam skuad Harimau Malaya yang terpaksa akur rekod tanpa kalah sejak menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 Disember lalu, gagal dipertahankan. 
“Memang kita layak ke pusingan kedua tetapi kita tidak bermain dengan corak sebenar sehingga tewas pada perlawanan timbal balik ini,” kata ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

“Selama menjadi jurulatih, ini kali pertama ada tiga penalti ke atas pasukan saya tetapi satu penalti untuk kita dinafikan. Saya tidak mahu salahkan sesiapa dan berjanji skuad negara akan bangkit pada pusingan kedua nanti.”

Taiwan yang tewas 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu lalu, mendapat suntikan semangat apabila pemain berpangkalan di Belgium, Xavier Tsan Yuan diturunkan pada perlawanan kedua itu, selain kehadiran buat pertama kali lebih 15,000 penyokong tempatan ke stadium itu.

Sebaik pengadil, Vo Minh Tri dari Vietnam meniup wisel mula, kubu negara hampir dibolosi apabila perangkap ofsaid barisan pertahanan negara tidak menjadi menyebabkan lawan membuat hantaran lintang di depan pintu gol tetapi tidak disambar barisan depan tuan rumah. 
Namun anak buah Rajagobal memperlahankan rentak dan peluang terhidang menerusi tendangan percuma jarak 35 meter yang cantik disempurnakan Aidil Zafuan Abd Radzak untuk gol pertama negara pada minit ketujuh.

Taiwan menyamakan kedudukan menerusi Chan Han pada minit ke-31, bermula dengan sepakan sudut yang gagal dikeluarkan dan penyerang itu mudah menewaskan penjaga gol, Ahmad Sharbinee Alawee di tengah-te-ngah kekalutan depan pintu gol.

Harimau Malaya sekali lagi menggegar lawan dengan sepakan percuma lencong kapten, Safiq Rahim tetapi dua minit sebelum tamat babak pertama, kesilapan menyaksikan Taiwan mendapat sepakan penalti selepas Mahali Jasuli menjatuhkan Han dan Chen Po Liang menyempurnakan gol penyamaan kedua sebelum rehat.

Dengan kelebihan jaringan di tempat lawan sudah diatasi, Malaysia yang perlu memastikan tidak tewas lebih daripada dua gol memulakan langkah babak kedua dengan berhati-hati tetapi selepas dua peluang keemasan gagal dimanfaatkan, Taiwan sebaliknya mendapat peluang mendahului permainan apabila sekali lagi diberikan sepakan penalti pada minit ke-61 selepas Fadhli Shas menarik Po Liang.



Post a Comment

30 comments:

Green Apple said...

Pengadil BERAT SEBELAH....

Freaky said...

erk x tgk pun =_=

Mohd Izzar said...

xdala..pengadil buat keputusan yg betul..

akmaL said...

tahniah harimau malaya ! aumm ! haha

Anak Wak Mail said...

oo..dah start ke game..haha..

Alexandriana Alia said...

pengadil match ni patut kena simbah asid! taiwan dapat 3 penalti, malaysia patut ada satu penalti boleh plak dia tak bagi.! emo tengok match malam ni, apepun malaysia terbaek! tahniah!

suha said...

frustnya taiwan kalah hahaha (^_^)

siti kektus said...

ok lah malaysia dapat p peringkat seterusnya,

pengadil tak sihat kot, tu yg dia berat sebelah, -_-'

Green Apple said...

Freaky : game yg mendebarkan...

Izzar : pengadil tu suka sgt bermain ngan kad...

akmal : TAHNIAh.... bangga sgt...

Green Apple said...

anakwakmail : terlupa ke... kami kul 6 dah tercongok... hehe

Alexandriana alia : betul3... gerammmm...

suha : tahniah pd Harimau Malaya... semangat x pernah padam...

siti kektus : tension tngk game ni... next game, Malaysia v/s S'pore 23/7

alynfazlin said...

sharbini terbaekkk la.. hehe

syaz@rozelt said...

naseb baek keputusan akhir seri kan??hehe

Green Apple said...

alynfazlin: yezzz... terbaik... walaupon kena kad kuning...

Green Apple said...

syaz@rozelt : betul tu... nasib baik kelayakan keputusan berpihak kpd Malaysia...

DefarhanoVII a.k.a BoyPJ said...

betul...ref berat sebelah...mentang2 la, vietnam ngan taiwan tak jauh...xpe2!....MALAYSIA layak juga!...taniah MALAYSIA!

Syuxer said...

sharbinee is hero..naluri dia power boleh ramal mana bola akan pergi time penalti tuh heheh

Addin said...

huhu tak dapat nak tengok :(

alif haris said...

bo0o0 pengadil~

Green Apple said...

DefarhanoVII a.k.a BoyPJ : kalau kt Malaysia... nahas tu.. hehe

Syuxer : rasa bangga sangat... moga terus mantap...

Green Apple said...

Addin : x tengok ekk... x pe.. leh tngok game lawan S'pore nanti...

aliff hariss : memang x layak jadi refree...

SheyPull said...

AWK2...AWK BAIK HATIKAN,LEH X VOTE UNTU SAYE...

JOM singgah blog saya nak... eh pilihan raye dah mule ke? kat mane? isk...owh....

Teenager Housemaid said...

xdpt tgk haritu.. tp nnt nk tgk malaysia lwn s'porre! ;))))

sobri yaacob said...

hdup mlaysia..
tpi pngadilmcm brat sblah.. :(

slumberdek said...

persembahan yang baik la kan untuk malam tu, untuk malam tu juga rezeki berpihak kepada mereka. walaupun tak menang tapi puas hati dengan persembahan yg dberikan harap2 lepas ni akan lebih baik

fyna said...

tahniah malaysia.
tapi fyna tak suke pengadil tue.
rase nak geget je.
suke2 je bagi penalti.




jom singgah belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/2011/07/antara-facebook-dan-blogmana-yang.html

ce bagi pendapat.
hurm.

Elih Japahar said...

Gol keeper terbaik k. rajagobal hahaha..banyak lagi perlu ditingkatkan..~!

Green Apple said...

syepull : dah vott...

Green Apple said...

Teenager Housemaid : nape x tengok... x pe jgn lupa 23/7 ye...

sobri yaacob; pengadil memang bias...

Green Apple said...

slumberdek: best... tahniah Malaysia

fyna : pengadil tu memang cari nahas....

Green Apple said...

Elih Japahar : boleh ditingkatkan lagi... harap game akan dtg. main lebih baik...

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...