Nuffnang

Pages

Thursday, 7 July 2011

28
Komen
BENAK

Benak... pernah dengar tak perkataan tu... kalau di Semenanjung ni benak tu biasanya bermaksud bengap... hehehe...

Tapi beberapa hari lepas tertonton kat TV3 satu pesta yang dinamakan Benak kat Batang Lupar, Sri Aman, Sarawak... menarik gak...teringin nak menyaksikan sendiri keindahan alam tu... sebelum pergi... cari info dulu... dan terjumpalah artikel ni...

Benak, fenomena alam yang unik

Benak ialah fenomena alam yang unik dan istimewa bagi masyarakat atau penduduk Sarawak, khususnya bagi penduduk di sekitar Batang Lupar, Sri Aman. Benak sebenarnya ialah ombak muara yang merupakan ombak tinggi yang berpunca daripada pertembungan air pasang atau air pasang yang meluru ke muara sungai yang sempit dan ketinggian ombak muara bergantung kepada musim dalam sesuatu tahun itu, cuaca dan fasa bulan.



KEJADIAN ALAM ... Masyarakat Iban di sebuah kampung berhampiran Batang Lupar, Sri Aman, Sarawak menyaksikan kehadiran Benak 

Fenomena ini diketahui berlaku di 66 lokasi di seluruh dunia termasuk tiga di Malaysia, satu daripadanya ialah di  Sri Aman. Ombak muara biasanya berlaku pada hari ketiga dan ke-18 dalam kalendar Cina dan bagi masyarakat di sini ia bagaikan satu pesta kerana pada masa ini pemilik bot serta golongan remaja akan cuba melungsuri ombak gergasi setinggi lima kaki itu yang menghempas di tepian bandar Sri Aman.


Sukan TRADISI... Kelihatan para peserta pertandingan lumba benak bersungguh-sungguh di Tebingan Batang Lupar sempena Pesta Benak 2010.
Siapa agaknya yang berani menyahut cabaran menaiki papan luncur untuk melawan ombak muara di Batang Lupar Sarawak yang memang terkenal didiami sang buaya? Bagi yang berani mencuba, mereka tidak perlu pergi jauh kerana di Sri Aman, 170km dari Kuching, aktiviti meluncur ombak muara atau ‘benak’ ini berpotensi menjadi satu daripada tarikan pelancong asing ke negara ini.


Kelihatan beberapa penduduk kampung menaiki perahu bermain Benak yang menjadi tradisi penduduk sekitar Batang Lupar.
Walaupun masih belum diperguna sepenuhnya dalam industri pelancongan negara, luncur ombak muara di Batang Lupar Sri Aman diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dalam sukan ekstrem dan di dunia. Setakat ini hanya seorang yang berani menyambut cabaran melawan ‘benak’ di sini. Beliau ialah warga Perancis Antony Colas, peluncur ombak tegar dan penulis World Stormrider Guide, buku panduan yang menyenaraikan lokasi terbaik aktiviti meluncur di seluruh dunia.

Ketinggian ombak boleh mencecah sehingga 6 meter

Kejayaannya dicipta pada Oktober tahun lepas. Tindakan berani Colas dilaporkan baru-baru ini di dalam edisi majalah Action Asia yang berpejabat di Hong Kong, sebuah majalah pengembaraan dan aktiviti lasak yang terkemuka.  Menurutnya, Ombak muara Sri Aman dianggap antara yang terbaik di dunia. Walaupun bukanlah sekuat dan menggerunkan seperti Pororoca di Brazil atau Guanchao di China, hempasan benak akan berlaku untuk selama beberapa jam dan ada kalanya menjulang setinggi lima kaki, keadaan ini memberikan pukulan ombak yang baik bagi peluncur.



Menyambut baik penganjuran tahunan ‘Pesta Benak’ yang diadakan untuk mempromosi fenomena meluncur ombak muara Sri Aman, Colas menggesa supaya diwujudkan pakej khas pelancongan yang membolehkan pelancong meluncur di ombak muara yang akan diperkenal sama seperti yang dilakukan di Brazil dan Kanada untuk meningkatkan industri pelancongan di sini.

Bagaikan badai di lautan

Dilancarkan pada 2001, Pesta Benak ini merupakan antara acara utama di dalam kalendar pelancongan Sarawak dan disambut bersama pesta sukan air, pertunjukan kebudayaan dan pameran kraf. Pesta Benak tahun ini ialah dari 28 April hingga 2 Mei dan setiap tahun pesta ini menjadi semakin popular dan semua hotel penuh dengan tempahan sepanjang acara berlangsung.

Menjadi tumpuan peminat sukan luncur air antarabangsa

Walaupun aktiviti meluncur dengan papan luncur belum begitu popular dalam kalangan penduduk dan pelancong tempatan, usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan promosi ombak muara di Sarawak.

Batang Lupar, Sri Aman Sarawak

Pegawai perhubungan awam Jawatankuasa Penganjur Pesta Benak Zaidi Sarkawi berkara perancangan sedang dibuat untuk meningkatkan infrastrukur pelancongan di Sri Aman bagi mengalu-alukan lebih ramai pelancong sama ada untuk datang menyaksikan pesta ini atau semata-mata untuk melihat hempasan ombak muara itu.


 Sumber diperolehi dari kebunketereh  (Terima Kasih...)

Post a Comment

28 comments:

fa said...

tinggi juga ombak tu an..

Gadis Kecil said...

subhanallah.maha suci Allah.sesungguhnya kejadian alam ini amat tinggi nilainya.

meh singgah kat sini

Firdaus Life said...

ehhh ada orang main luncur di sarawak ?

Shafiq said...

Bestnye Ombak..

Diari Si Froggie said...

ciptaan tuhan...indah2 belaka.. :)

athira said...

mmg la ade main luncur kt sarawak..knpa?lg pun pesta benak ni salah satu pesta yg terkenal kat sarawak

Anak Wak Mail said...

macam best je main benak ni..fuh!

syuxer said...

sapa men benak neh maybe bengap kot hahaah..bahaya tuh..kan lemas,melayang nyawa huhu

Unknown said...

indahnya ciptaan tuhan :D

ain revival said...

indahnya ciptaan Allah..

kelantan benak means 'bodoh'//huhu

iPai said...

1. tak tahu maksud benak

2. dasat ye ombak 6 meter

3. tak sangka sangat rupanya kat malaysia pon ada tempat gini ..

Green Apple said...

tak sangka kat Malaysia ada fenomena macam tu... saya pon baru tahu...

benak mungkin berasal dari bahasa orang Sarawak... harap2 kalau ada yg berasal dari Sarawak... bolehlah bantu...apa maksudnya...

Gua Syed said...

igtkan benak ape td.. hehe.. ni yg rase nk duk swk ni..

Syazana Zainn said...

pergh. hebat tu leh surf kat sungai je :))

Mohd Hazwan said...

wah macam unik je pesta ni..siap ada surfing lagi

Unknown said...

memang tenggelamlah kalau saya ditelan benak...

athira said...

yup green apple..sy org sarawak

ct kektus said...

bengap biasa dengar. benak tak pernah.

fuyoo! tinggi nya ombak dia. ;)

tia @ Ini Kisah Tia said...

tinggi gak ombak eh ..

Ezad Skytech said...

da macam kat pantai pulak tgk dalam gambar... siap boleh surfing lagi... (^^,)

fiQRa said...

menakukan tgok air dia.... urmmm....nway jum tlg komen entry ni..tq;)


jom klik cni & komen erh ;)

Biar Tinggi di Langit said...

salam kenal dr gaadis butterfly... wau, nie salah 1 ilmu yg saya dpt.. thaanks.. ceria2 selalu k :)

Unknown said...

tak tahu pulak benak tuh, hehe..selalunya dgr benak fikiran je.. :)

Rean said...

bestnye meluncur..kne belajar cara2 nak meluncur ni baru boleh pergi sana :)

Fahmi P said...

hanya ada 2 sungai yang mcm ni dunia..salah satu di sarawak..bangga kan..
p/s : jom join contest ni: adiah free domain setahun
http://freedomismine-kimiez.blogspot.com/2011/07/contest-tagline-kreatif-by-alyaesprezzo.html

Acik said...

benak, siapa sangka, kan? wow, cantik sungguh!

Jahirah said...

kat tempat saya guna je ayat air sungai benak..huhuu banyak maksud benak ni kan...kena tgk ayat dia.:)

abglan said...

Bahaya la ombak kat sungai... kang buaya melompat baru tau...

Ingat Selalu Dihati...

Get this commentators widget

Tinggalkan jejak kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...